15 June 2009

"nak 20sen bah beli coki coki"

Memory 1

Masa tu gua umur 5 tahun. petang tu gua tengah cabut rumput dekat halaman rumah dengan abah gua. tengah layan baik punya cabut rumput abah gua tanya soalan cepu emas.

"Dah besar nanti cita-cita nak jadi apa?". tanya abah gua rileks.

"Takda cita-cita. tak tahu nak jadi apa". jawab gua lagi rileks.

"Takkan takda cita-cita. cita-cita nak beli basikal pun takda ke?". abah gua sindir tikam jantung dan paru-paru.

Gua diam tunduk cucuk rumput. dalam hati gua simpan niat nak jadi orang hafaz Quran.

Memory 2

Biasa malam jumaat gua sekeluarga berkumpul baca yasin bersama. ayah gua ketua yang lain follow belakang. gua macam biasa bajet pandai baca kuat-kuat. habis semua tajwid, huruf, panjang pendek berterabur. gua pedulik apa masa tu. umur baru 6 tahun tak silap. baca jelah mana gua tahu. tiba-tiba abah gua jerit.

"Dah dah berenti. kau ni kenapa ha?. baca bersepah-sepah. makin teruk pulak aku dengar. apa yang mak kau ajar kau tak ambik pedulik ke?".

Gua kaget. cuba buat tak paham main kuis-kuis buku yasin yang gua pegang. abah gua sambung baca balik. kali ni gua buat tak pandai baca. diam je main dengan kapet. habis doa abah gua bangun terus masuk bilik. gua lempar buku yasin tu kat lantai pegi bucu ruang tamu. puas jugak mak gua pujuk malam tu. tapi gua ada cakap kat mak gua sesuatu. sampai sekarang gua ingat.

"Tengok la nanti bila orang dah pandai. masa tu baru tahu. orang akan buktikan".

Memory 3

Gua baru dapat result PMR. tak silap gua masa tu bulan puasa. memang teruk gila result bahasa arab gua. gua ingat gua dapat pangkat C masa tu. dari time gua tunjuk result tu tengah hari kat abah gua, sampaila waktu berbuka. abah gua tak pandang langsung kat gua. tegur pun tak. senyap je. tiba time berbuka abah gua mula bersuara.

"Apa kene ngan kau ni?. kau belajar ke tak?. apasal malukan mak ngan abah?. belajar arab dari kecik. ini je ke yang kau dapat?". abah gua start marah.

"Kau dah taknak ngaji agama dah ke?. ko nak masuk mane lepas ni?. abah malas dah nak tolong. pandai kau la". sekali lagi abah gua bagi.

Satu keluarga pandang gua. mak gua pun tak ketinggalan top up sikit-sikit. marah betul dia orang malam tu. santapan berbuka gua pun dah rasa tak sedap. depan rezeki gua kena marah. tak best langsung. gua angkat pinggan pegi dapur. pastu masuk bilik ambil kopiah terus keluar buat pegi masjid nak solat terawih.

*****

Itu sebahagian memori gua dengan abah gua. sekarang satu-satu gua dah buktikan kat abah gua. cuma memori yang pertama tu belum ada rezeki lagi. tengok la 2 3 tahun lagi insya Allah. lain2 memori gua continue tahun depan. ini sempena hari bapa je. walau apapun berlaku, abah gua tetap king dalam hati gua. sebab marah, sindir, pukul dia tula yang buat gua jadi manusia


nota: kepada antusabun. jangan pepandai tunjuk entry ni kat abah. gua racun turbo lu nanti.

13 June 2009

Panas

Musim panas dah menjelma. kulit gua yang elok-elok putih dah bertukar menjadi gelap. dah tak macho langsung. nak keluar tengah hari buta jalan-jalan memang orang kata gila. kalau boleh waktu nak pegi kelas gua nak berlari-lari anak biar cepat sampai. sebab kelas gua ada ekon. gua ingat lepas ni nak mintak zakat kat MAINS la. nak pasang ekon kat rumah pulak.

Bila dah panas makhluk-makhluk yang tak pernah muncul musim sejuk start tunjuk muka. tikus, lalat, lipas semua wujud. macam cilaka. paling king makhluk bernama lalat ni. dia punya ramai sampai boleh buat muktamar kat rumah gua. bersih macam manala rumah tetap ada. gua tak kisah kalau nak berhibur di rumah gua sangat. tapi yang pegi berkelah kat kelopak mata gua sapa suruh?. gelila bodoh!!.

Sekarang gua dah dapat cara macam mana nak slow downkan lalat kat rumah ni. gua baru dapat ilham tadi. apa nak jadi, jadilah. gua nak pelihara katak pisang kat rumah gua. bernas tak idea gua?


*****


nota: gua belum jumpa lagi katak kat mesir ni. gua ingat dah pupusla sebab banyak sangat melantak lalat. pupus akibat banyak makan.

12 June 2009

Standby La Dari Sekarang

Rock-rock jugak, sesekali gua layan nasyid nak tenangkan fikiran yang kusut. ingat mati kan orang yang bijak. jadi layan lagu yang gua terbangkan khas dari egypt. jangan panik, lirik dalam bahasa melayu.





*****

nota: takde lagi gua dengar budak mesir cakap kumpulan ni tak sedap. orang mesir pun suka. lu orang pernah dengar tak?.


11 June 2009

Kalaulah Guna Hukum Hudud

Tarikh : gua tak ingat. tahun 2007
Waktu : 5 ke 6 petang
Lokasi : ruang tamu rumah sewa gua

Petang tu memang damai. gua dan akim asyik bersembang melepaskan penat setelah pulang dari kuliah. sesambil itu kami mengunyah pisang goreng yang baru dibeli dan dicicah dengan air coca cola. siapa punya idea pun gua tak tahu. tak sedap langsung. dasar pemalas nak buat air, inilah jadinya. sah-sah menyalahi adat. sambil mengunyah, mulut pun jalan mengumpat sana sini. habis orang kami umpat. entah bila gua jadi mak andam pun gua tak tahu. kawan dengan hakim macam-macam boleh jadi. memang dasar anak pengetua, pandai pengaruhi fikiran orang betul.

Sekadar makluman, rumah sewa gua jenis apartment. keliling ada pagar. kalau nak masuk mesti kena soal siasat dengan jaga dulu. siap pakai stiker kenderaan lagi. keselamatan gua auto terjamin. rumah pulak kat tingkat 7. serangan makhluk-makhluk halus seperti lalat nak datang ziarah pun terpaksa pikir 2 3 kali. boleh pitam dibuatnya encik lalat tu sebab gayat. kena hari cuti lagi happening. dapat bersidai depan koridor tengok orang mandi laut. masing-masing pulak sanggup beli teropong dari saiz kecik sampai ke besar. siap warna-warni lagi cermin depan teropong tu. dah macam askar kombat pun ada. huh, naik juling jugakla usya orang mandi.

Sambung cerita balik. topik mengumpat gua dan akim pun dah sampai tahap menghina orang. memang rancak sampai tumpah-tumpah air tersepak cawan. sedak goreng pisang pun dah naik terabur. tengah baik punya sembang tak semena-mena pintu rumah gua dibuka separuh. sesi mengumpat terbantut buat seketika. kemudian kami sambung kembali topik perbincangan yang terputus. masing-masing sangka baik kawan serumah baru balik. tiba-tiba.

Pang..!! keletang..!! keletung..!! keleting..!! gedebuk..!! tap..!! tap..!! tap..!! tap..!!

Gua berpandangan sesama hakim. gua bangun terus berlari ke pintu. akim menyusul dari belakang. pergerakannya agak lambat kerana faktor permakanan yang berlebihan. gua buka pintu untuk melihat apa yang berlaku. gua tengok botol air loncan depan rumah gua berterabur. kelibat seorang manusia berkaki ayam berseluar pendek tidak berbaju sedang berlari kearah tangga.

"Woi, jangan lari..!!". gua jerit spontan. dengan tak pakai baju, pakai kain pelekat berkaki ayam gua kejar pencuri tu.

Akim tak dapat follow kerana beberapa masalah tertentu..!!



*************************************************************************************



nota: siang-siangpun nak pecah masuk rumah orang. siap guna pintu depan lagi. kalau gua dapat pencuri tu, memang gua benam kepala dia dalam mangkuk tandas.