10 December 2009

Tok Mat Belanda

AHMADAN AFFANDI MUSTAFA


Kalau gua ikut jejak langkah tok sheikh ni kacak tak?. mak gua pesan kalau belajar kena lama. tak boleh kejap kejap. koman koman 20 30 tahun. baru macho ilmu di dada. sekarang gua nak cari sponser. anda berminat?, hubungi saya di laman ini. terima kasih.

*******

nota: balik jugak tok mat ye. gua doakan dia bahagia disamping anak anak buah tercinta. ada umur yang panjang, kita bertemu lagi. gua cilok gambar dari kosmo.

6 November 2009

Semangat Kenegerian


Esok bermulo eh final pialo Malaysia. nogori den bertombong dongan nogori kelantan. tapi yang malang eh mano den nak tengok live perlawanan ni?. hilang aka kalau telibisyen mosir tayang live. setelit berkuaso tinggi 3000 canel pun bolom tontu ado siaran eh. melilau dah den cari kek internet kot kot adolah sosek lives streaming perlawanan ni. kot korang semua jumpo link eh, jangan lupo bagi kek den yo.
*****
nota: gua ingat tak nak sokong mana mana team. sebab hati gua kat arsene wenger je ni. apa cerita?.

4 November 2009

Gua Manusia Yang Penuh Dengan Dosa Dosa

Satu hari gua bersama rakan sebaya berkunjung ke masjid azhar atas tujuan jihad fisabilillah. kelas pengajian usul fiqh yang sentiasa berlangsung seminggu 2 kali pada belah petang tidak akan gua lepaskan peluang untuk mengikutinya. memandangkan rakan sebaya gua pertama kali menghadirinya walaupun sudah bermastautin selama 4 tahun di mesir, gua terpaksa berlakon hero menerangkan selok belok tentang pengajian yang akan berlangsung kejap lagi. padahal gua bukan paham sangat pun. harap angguk dari awal sampai abis je. yang penting keberkatan majlis ilmu tu gua dapat.

Sampai masjid azhar, gua tengok majlis tak start lagi. bakal pejuang pejuang Islam pun dah ramai menanti sheikh sampai. gua bersama rakan sebaya amik port belakang belakang. mak gua pesan tak baik langkah langkah orang. nanti kena sumpah seranah. gua memang setuju nasihat tu. karang langkah langkah orang semata mata nak duduk depan tapi tak paham lepas tu kena marah lagi tak guna jugak. jadi gua nasihat sekali rakan sebaya gua supaya duduk belakang je. beliau akur. huh, macam ustaz jugak gua ni sekali pandang.

5 ke 10 minit sheikh yang akan mengajar tiba. gua dah standby awal awal buka kitab dan baca doa doa belajar. doa tidur memang gua tak baca. nak mati tidur depan sheikh. adab kena jaga beb. ini pun antara pesan mak gua dulu masa gua hari hari kena panggil masuk bilik guru sebab asyik tidur dalam kelas waktu pelajaran bahasa omputih. cilakak, nak marah depan gua sorang sudah lah. kenapa mesti libatkan mak gua sekali dalam arena leteran ni?. jatuh air muka gua tahu tak?, jatuh.

Minit minit pertama pengajian memang gua paham. tak paham memang bangang orang cakap. dah tentu muqaddimah pengajian dengan selawat dan doa doa belajar. gua sungguh sungguh tadah tangan mengAminkan doa. doa ulama' jangan macam macam. kadang kadang gua pikir balik gua duduk mesir ni kerja gua amik berkat ulama' je. belajar malas. haih!!.

Start pengajian sheikh syarah pung pang pung pang. gua kat belakang angguk pelan pelan sambil kerut kerut dahi tak paham. rakan sebaya gua rileks dan tenang je sengih sengih pandang gua. siap gelak gelak lagi bila sheikh buat lawak. apahal gua sorang sorang buat muka serius orang lain ketawa.

Dekat dekat sejam pengajian sheikh gua simpulkan pengajian. siapa nak tanya waktu tu memang digalakkan. takut tak paham balik buat ajaran sesat pulak nanti. dah datang kelas serta mendengar penerangan sheikh pun still lagi kabur untuk memahami. betapa tingginya ilmu agama untuk difahami. dan gua tambah kompius bila orang zaman sekarang ni amik jalan mudah untuk belajar ilmu agama dengan hanya melalui pembacaan buku buku serta input dari internet. kepala hotak lu mengaji macam tu.

Habis pengajian gua selit selit kedepan nak salam dengan sheikh. rakan sebaya gua entah dari mana tahu tahu dah dekat depan gua. memang jenis nak potong trip betul. gua tengok sheikh selamba hulur tangan untuk orang lain salam dan menciumnya. rakan sebaya gua pun tak ketinggalan. sampai turn gua, baru gua nak tunduk sikit cium tangan, sheikh gua tarik tangannya. gua sedikit kecewa dan berlalu pergi. dalam hati gua dapat salam pun jadila.

Tengah tengah gua nak keluar dari tempat pengajian, gua pusing pandang sheikh gua balik. terdetik dalam hati gua, "mungkin ini sebab dosa dosa yang gua buat". tiba tiba sheikh gua mengalihkan pandangannya ke arah gua sambil tersenyum manis. gua pusing terus balik rumah dalam keadaan hati berdebar debar.

*****

nota: musim sejuk ni gua rasa gua kalah dengan selimut setebal buku teks sejarah tingkatan 4. damn!!.. malas gile nak pergi talaqqi.

29 October 2009

Wang Buat Saya Lupa Segalanya

wang yang akan dilaburkan di Legasi 43 Karat

Lama gile rasanya saya tak update. sekali dia punya feel malas datang, macam nak buang paswed blog dalam sungai nile je. maklumla sekarang dah nak masuk krismas. musim sejuk pun slow slow datang membuatkan hikmat tidur saya meningkat ketahap paling kurang 12 jam sehari. ahhh, tulis blog bukan boleh kaya pun. waktu tengah kaya ni malas dia lain sikit. nanti saya dah jatuh miskin saya tulis blog balik ye.

CEO Legasi 43 Karat

*****

nota: line tengah panas sekarang ni. jadi penggunaan 'gua lu-gua lu' terpaksa dikurangkan untuk sementara waktu bagi menjaga karier gua sebagai blogger. harap maklum.

10 October 2009

Carik Carik Bulu Ayam, Lama Lama Bercantum Jua

abang gua masa kecik kecik

Zaman gua kecik kecik dulu, rumah siapa ada internet memang dah dikira advance, luas pengetahuan, berdaya saing dengan masyarakat luar dan berwawasan. tak kira keluarga papa kedana ke atau kaya raya. yang penting teknologi terkini dah meresap dalam saluran wayar talipon rumah. masa tu slogan satu rumah satu komputer mana wujud lagi. gomen lambat pick up lagi masa tu. sekarang pun lambat jugak .

Satu hari abah gua isytihar nak pasang line internet kat rumah. gua masa tu mula hilang arah. mula bayang macam macam yang senonoh dan yang kurang senonoh. benda alah borak borak dengan makwe makwe tanpa melihat wajah muncul satu persatu. nak hantar kad raya pakai email pun ada. mana boleh tahan nganga telan air liur dengar sembang sampah kawan kawan. kemodenan gua tercabar. setakat gua terer lumba lari dan main galah panjang masih belum cukup untuk gua jadi ketua kongsi gelap. sedikit sebanyak internet ni dapat membantu gua dalam pemilihan akan datang.

Hari yang dinantikan muncul. gua dengan abang gua dah tak sabar sabar tunggu orang telekom sampai rumah. masing masing berebut duduk depan komputer. apa nak buat benda ada satu. nak kena kongsi sampai 6 orang adik beradik. tu tak campur mak ayah gua lagi. kuasa pemerintahan rimba terpaksa digunakan. siapa kuat dapat pakai dulu. dan macam biasa gua mengalah sebab abang gua dah tarik muka masam macam budak budak.

Selesai orang telekom pasang, abang gua dah stanby depan komputer. tekan sana tekan sini, godek sana godek sini, picit sana picit sini tapi tak dapat bukak jugak internet explorer. gua duduk kerusi belakang sengih sengeh. ingat cekap sangat kata gua dalam hati. bila dah give up, baru abang gua tanya kat abah gua.

"Bah, nape tak boleh bukak internet ni?. dari tadi tak dapat dapat".

Abah gua yang dari tadi duduk perati anak anak dia macam tak pernah jumpa menatang internet bangun menuju ke arah gua dan abang gua.

"Memang la tak boleh bukak. dah kau tak connect lagi. haih..". keluh abah gua

Gua tahan gelak kat belakang. sangkaan gua yang abang gua power serba serbi pasal komputer dengan internet meleset sama sekali. penat gua jaja nama dia kat kawan kawan gua. nasib baik tak kantoi.

"Ni siap kena ada password lagi ni. apa password dia bah?". abang gua tanya lagi.

"101080" ringkas jawapannya.

"Macam pernah dengar je nombor tu". ngomel abang gua.

"Memangla pernah dengar. tu tarikh lahir kau. sebab aku sayang kau la aku letak password camtu". terang abah gua.

Gua tengok keadaan abang gua dah tak tentu arah bila abah gua cakap camtu. pantang orang sayang. pelan pelan gua bangun masuk bilik. dasar yang abah gua gunakan sama sekali gua tak dapat terima.

*****

nota: gua wish birthday lu dalam blog beb. kira gua sayang kat lu ni. jangan lupa RX7 gua bila lu dah kaya nanti.

5 October 2009

Takda Hala Tuju

Hati gua tak tenteram. gundah gulana. kacau bilau. macam kena santau pun ada. buat apa kerja semua jadi gampang. datang kelas rasa nak lempang budak pakistan, jawab pekse macam gua tengah nak amik PHD, soalan susah macam sial, masak nasi jadi cencaluk, masak lauk asyik terlebih garam, buat nescafe rasa teh susu, minum pepsi tekak jadi loya, macam teguk air sungai nile pun ada, tengok bola Arsenal menang hati gua tak rasa apa, tidur gua tak lebih sejam dua, dan baru tulis entry pendek ni gua rasa macam nak mencarut. babi punya line internet.
*******
nota: takde nota....

25 September 2009

Cairo-Dubai-KL-New Delhi-Cairo

Gua baru sampai Cairo. kepala hotak gua masih ingat lemang lagi ni. benda alah ni je yang takda kat mesir. habis alahan kulit gua sebab tak makan lemang cukup sebulan waktu raya. duit simpanan gua pun dah susut dengan teruk sekarang. tak pernah dibuat orang balik mesia seminggu semata mata nak raya. macam bapak gua bill gates gua buat.
*****
nota: gua jet lag lagi ni. apa gila raya gua dihabiskan bersama pramugari pramugari je. muka dia orang gua tengok pun ada riak sedih. gua buat buat paham sebab gua pun sama situasi dengan dia orang.

18 September 2009

Balik Kampung

Gua tengah bungkus kain baju, kitab kitab yang gua dah beli dalam kotak serta barang barang cendermata untuk keluarga dalam beg. dan gua juga dah memastikan yang gua tak lupa bawak pasport dan tiket kapal terbang yang baru gua beli semalam ke airport. apa nak jadi jadi lah, gua kena balik jugak raya ni. bederau darah gua rasa nak sambut raya kat sini. doakan penerbangan gua tak sibuk di awan biru.

*****
nota: antusabun, standby pagi raya jemput gua kat KLIA. jangan macam macam pegi semayang raya pulak.

13 September 2009

Manchester City 4 - 2 Arsenal

Sumpah gua tak masuk casino belakang tu walaupun Arsenal kalah

Kalah, menang, seri, Wenger mati kena tembak, Fabregas pindah Barca, Arsenal jatuh divisyen, 10 tahun takda piala, gua tetap sokong Arsenal. jangan sampai gua balik dari mesir ramai pakai baju Manchester City belakang tulis Adebayor sudah. memang gua stud muka sekor sekor. "he is not professional footballer"-Van Persie-.

*****

nota: bangang!!. kucar kacir tarawih gua dengar Arsenal kalah.

10 September 2009

Kekurangan

Gua masuk rumah separa banglo gua. gua tengok sekeliling ruang tamu. gua perhati betul betul. sofa ada dua jenis siap dengan meja tengah tengah ruang tamu ala ala jepun lagi. boleh la muat sekali 20 orang kalau nak datang raya ni. tibi pun tak kurang besar macam tibi bravia cuma 14 inci je saiznya. ada jugak gua dengar mega construction sebelum ni nak pakai 29 inci. tapi tak jadi sebab takda astro. macam gampang alasan.

Kemudian gua pandang arah tingkap. gua tengok pakai sejadah je ketip dengan penyepit baju buat jadi langsir. kira ekselen juga idea ni. jimat kos untuk belanja hari raya kata kawan serumah gua. "woi langsir dulu mana woi?. buat lap kaki ke?". jerit gua dalam hati.

Gua tengok bawah pulak. kapet taknak kalah pakai jenis baldu punya. tempat yang takda kapet disaluti dengan tikar jenama apa ntah gua lupa. tapi kawan gua cakap puluh puluh jugak harganya semeter. peh, taraf rumah exco kerajaan negeri ni. rumah gua kat mesia pun tak pasang tikar macam ni keliling rumah. silap hari bulan boleh kena potong pinjaman sebab hidup dengan kemewahan. haih.

Tapi gua tetap rasa ada kekurangan walaupun rumah gua boleh diketogorikan macam luar setinggan dalam banglo dah. sebab benda yang tampal tampal dan gantung gantung kat dinding takda satu pun sampai kat sini. tak seni langsung raya gua tahun ni.

Imarah 10, Blok 115
Jamaluddin Al-Syayyal street
7th District, Nasr City
Cairo, Egypt.

*****

nota: dah dekat 10 tahun gua tak pernah dapat kad raya. semua hantar pakai sms je. kedekut!!.

6 September 2009

Pendidikan Kelas Jasmani


Ni nak kira macam mana ni?. gua jadi tak reti nak terangkan dah. ganas mana pun gua takdalah sampai nak kencing muka ulama' ulama'. pewaris nabi tu beb. jangan Allah dah balas sok baru nak menyesal sudah la. ancaman Allah jangan lupe brader!!!.
*****
nota: ini bukan entry politik. ini cerita adab manusia dengan ulama' yang Allah angkat darjatnya tak sama dengan manusia biasa. ada otak letak kat mana?.

4 September 2009

FRU


gambar khas untuk FRU

Sekitar gua sekolah darjah darjah.

FRU adalah satu gelaran individu. individu yang banyak menyusahkan hidup gua kalau ada kenduri kendara kat surau kampung gua. lebih lebih lagi dibulan ramadhan. seorang yang penyibuk dan perangai macam apa ntah suka jaga tepi kain orang lain. hal budak budak pun nak busy body. biasa la budak budak suka main. takkan tu pun tak boleh.

Nama sebenar FRU ni gua tak ambil port sangat. yang selalu gua dengar orang orang kampung panggil dia pak abu. tapi lebih femes FRU dikalangan kanak kanak macam gua. gelaran FRU ni pulak idea sepupu gua. katanya perangai FRU memang macam ni. kacau orang tak tentu hala. pukul sana sini. paling teruk orang nak semayang pun dia nak jaga. macam gampang. nasib baik tak main tembak tembak air.

Kebiasaan time semayang tarawih budak budak kena duduk saff belakang. tak boleh campur orang tua kat saff depan. peliknya pak abu ni jenis suka duduk kat saff belakang jugak. dia pun nak sama macam budak budak. kenapa taknak rebut saff depan?. kan banyak ganjarannya tu. takkan ada kelonggaran orang macam dia duduk dengan budak budak kat belakang kot.

Paling gua sakit hati bila imam dah mula angkat takbir. dia buat rilek rilek je duduk macam takda pape. bile tengok gua ngan budak budak lain pun ikut rilek rilek macam dia, tahu pulak nak marah. kenapa lu tak nak jadi contoh kat budak budak?. siapa bayar lu pak abu?. sistem dasar apa yang cuba lu buktikan pada kanak kanak macam gua ni?. bila dengar imam dah nak ruku', baru gua perasan pak abu gopoh gopoh bangun nak angkat takbir. memang gua tak paham dengan FRU sorang ni.

Gua dan budak budak lain memang tunggu pak abu angkat takbir nak sembahyang. masa tu la waktu yang paling sesuai nak cabut pegi luar surau main mercun. kalau yang tak menyempat nak main mercun tu, dekat dalam surau dah gesek mercun mancis baling kat luar pintu surau. tunggang langgang budak budak lari takut mercun mancis masuk dalam baju. bangang tak bertempat. kesian gua tengok ada pakcik pakcik melatah dalam solat bila dengar bunyi mercun. budak budak macam ni lu jangan buat geng. susah hidup lu nanti.

Puas main mercun sampai lubang lubang baju melayu. gua dan angkatan kanak kanak yang lain tunggu tahiyyat akhir solat witir. imam bangun je dari sujud yang terakhir masing masing berlari masuk surau amik saff masing masing. mana yang tak sempat nak duduk kat saff kanak kanak sebab imam dah bagi salam terpaksa buat saff baru kat bahagian belakang. berterabur jugak gua tengok saff kanak kanak masa tu.

Lepas bagi salam gua buat buat tunduk macam takda pape berlaku. tapi gua dah yakin sangat habuan yang pasti gua dapat dari FRU. tak kena cubit kat peha, gua kena sepak kat kepala. gua tadah jelah dari gua kena ngan mak gua sendiri. paling kesian kalau ada yang kena tempeleng ngan FRU sebab kantoi dalam poket baju melayu ada mercun lebih. gua dah pesan habiskan stok mercun tu. siapa ingkar pesanan gua memang camtula jadinya.

***

Puasa tahun lepas gua terserempak dengan pak abu. ada jugak gua tegur sikit sikit tanya khabar. cuma yang gua perasan ada budak kecik selalu dengan dia berkepit sampai habis solat witir. gua syak anak dia. masalah sekarang kenapa lu taknak letak anak lu kat saff belakang?. tahu pulak lu takut gua cubit anak lu kalau mainkan.

*****

nota: lu tunggu gua balik pak abu. ada hutang tak berbalas lagi ni.

*****

update terkini: sumpah gua tak tahu pak abu dah meninggal. al-fatihah untuk beliau. moga rohnya dicucuri rahmat. ameen.

27 August 2009

Kegagalan Gua Update Selalu Dibulan Ramadhan

nak baca kasi tutup hp tu. gua tengah solat ni

4 hari lepas hari pertama gua kerja dangan bos gua. gua kena sediakan juadah berbuka kat budak budak rumah negeri . ada la dalam ratus ratus orang gua nak kena bagi makan. potong bawang pun boleh nangis nangis walaupun pakai specs. macam cilaka pedih.

Esoknya pulak gua buat buat kental taknak update. saja gua sibukkan diri dengan membaca Al-Quran. sikit lagi gua dah nak khatam. target gua sekarang 4 kali khatam bulan ramadhan ni. jadi ini alasan kukuh gua tak dapat update selalu.

2 hari lepas tengah baru nak klik mozilla firefox, gua dengar suara suara yang boleh dipercayai kata malam ni lailatul qadar dari kawan kawan serumah. dengan keadaan cemas cemas seronok gua bangun bentang sejadah terus semayang berbilang bilang rakaat. habis dekat 10 rakaat gua baca setengah juzu'. kemudian sambung balik solat. peh, hati gua tak pernah tenang macam ni.

Semalam pulak, baru je gua nak daftar masuk blogger dot com abang gua antar mesej suruh tahajjud. gua off komputer ambik wudu' semayang banyak rakaat. terima kasih kat abang gua sebab mengingatkan.

Hari ni gua gagahkan diri juga nak update. ini pun gua taip secara turbo. kejap lagi dah nak subuh dah. jadi tiada panggilan sepenting seruan Ilahi.

*****

nota: apa lebihnya amalan pada ramadhan kali ini dengan yang lepas?. renungkan sejenak.

21 August 2009

Countdown

Rutin harian gua akan berubah bermulanya 1 ramadhan. dan gua juga mempunyai misi misi yang agak mustahil untuk gua gapai dan takluk. lu orang usya carta kat bawah ni. mana tahu boleh praktikal sekali ngan gua.

1. Misi paling utama gua bulan puasa ni nak cari malam lailatul qadar. gua tak tahu sebelum sebelum ni gua pernah dapat ke tak. sebab dekat dekat nak raya je mesti gua pegi chow kit cari baju raya dengan kawan kawan. apa cerita?.

2. Kalau boleh gua nak khatam Quran sekali dalam bulan puasa ni. tak dapat sekali 4 kali. tak dapat jugak gua khatam hari hari. tapi gua target sehari 2 kali. amacam, kacak tak?.

3. Gua nak tambah berat badan. macam mana gua nak tambah kalau bulan tak puasa pun tak naik naik?. inisiatif gua sahur dengan buka gua telan kurma je. nasi makan sikit sikit. tu pun kalau gua punya gigil lapar dah sampai.

4. Gua taknak jadi imam bulan puasa ni. apa gila gua nak jadi kalau bersepah sepah budak tahfiz kat sini. nak kena tendang?.

5. Tiap tiap malam gua nak tukar tukar masjid cari imam yang baca best time solat tarawih. kalau dah jumpa gua akan stay kat masjid tu sampai malam yang terakhir. baru feel solat tarawih gua.

6. Siang hari gua dipenuhi dengan membaca Quran. malam pulak gua nak solat puluh puluh rakaat. blog gua?, hak tuih. tengok la kalau gua ada masa nak update.

Gua tak tahu dapat buat ke atau tak misi misi ni. cuma gua yakin sikit kat no 4 tu. lain lain gua doa moga Allah permudahkan. tak dapat semua, jangan tinggal semua.

*****

nota: kepada abang gua, selamat menjadi imam tarawih. tak baik main nyorok nyorok belakang tiang. kehkehkeh.

20 August 2009

Burnley FC 1 - 0 Manchester United

Petang semalam gua pulang dari asrama rumah melayu abbasiah (ARMA) dengan penuh kekecewaan. niat hati ingin bertemu dengan seorang tokoh ulama' yang paling gua kagumi iaitu Sheikh Dr Ali Jumuah yang akan berucap disana bagi sebuah majlis penutup. tapi apakan daya, beliau tidak dapat hadir atas sebab sebab tertentu. kekecewaan jelas terpancar diriak wajah gua dan juga teman teman. gua akur. mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini.

****

nota: kenapa kawan kawan gua ramai tak online malam ni ye?. setan merah kena bakar dengan burnley kot. maklumla nak masuk bulan Ramadhan kan.

18 August 2009

Muke Mukikah Ini?

Semalam gua jalan sorang sorang pulang dari kelas Quran. biasa kalau kelas Quran gua akan berdua bersama kawan serumah. tapi hari tu dia sakit mende ntah. jadi gua jalan solo je. ikut hati nak ponteng gak. panas weh. dugaan nak pegi talaqqi musim panas ni lain macam. nasib baik gua dah buat perjanjian dengan sheikh gua. sekali tak datang denda 10LE. kalau tak, dengan gua gua sekali boleh jatuh sakit mengejut macam kawan gua.

Sedang enak melayan perasaan, gua terpandang seorang lelaki melayu yang gua rasa gua teramat kenal. sah. memang sah mamat ni. muka dia gua takkan lupa sampai bila bila. nasib baik kemera hanpon gua 1.3 mp bukan cybershot. kalau tak boleh snap satu kali sambil berjalan.

Dekat dekat nak sampai gua ngan mamat tu, gua cuba buat tak perasan. jalan masa tu tunduk ibarat ahli sufi. mulut kumat kamit macam tengah ngulang Quran. otak gua ligat apa tindakan sewajarnya yang patut gua ambil. tendangan fabregas atau jari hantu?.

Ngam ngam sampai sebelah mamat tu gua angkat kepala. mata gua tepat ke matanya. maka berlakula perkara yang dituntut dalam Islam.

****

nota: petang tu gua berpakaian begitu siqah sekali. berbaju melayu berseluar slack. kopiah putih gua bubuh atas kepala. rambut gua dah potong pendek. takde nak rock rock dah. kata ahli sufi!!.

17 August 2009

Kerja Gila # 4

Jalan cantik tapi keliling hutan. peh, menangkap.

Perlahan lahan along bukak visor. dengan mata merah menyala, ditambah pula sinaran lampu jalan berwarna kuning. wajah along cukup tak mengerikan. macam nak lempang je gua rasa.

"Nasib baik kau jerit tadi. boleh terlelap pulak. ngantuk gile weh!!". suara along tenggelam timbul.

"Babila. dah dah, kau duduk belakang. bak sini sarung tangan tu, biar aku bawak lak. kalau eksiden tadi, memang aku terajang kau".

Dengan lafaz syukur tak terhingga ke hadrat Ilahi, gua meneruskan perjalanan semula.

***
Jasad gua dan along dah melepasi pekan Raub. bermakna tinggal pekan lipis je lagi sebelum gua sampai sempadan pahang-kelantan. along kat belakang dah lena diulit mimpi. bahu gua mula terasa berat. kenapa mesti letak kepala kat bahu gua?. ini kalau gua tolak sikit ni memang bersepai jatuh kat jalan ni. nasib baik gua tak sejahat tu.

Detik detik yang gua lalui juga bertambah bosan. lepas sebatang, sebatang rokok gua cucuh. yang paling gua tak tahan dengan along. gua berhenti nak cucuh rokok pun dia boleh steady je sandar kepala kat bahu gua. memang nak kena tendang. dah la gua sorang sorang layan perasaan atas motor tanpa peneman. suara pun takda nak nyanyi nyanyi lagi. apa gila gua nak main tegur tegur benda tepi jalan. salah tegur mendapat gua nanti. gua bukan along singai beb.

Sampai pekan lipis gua singgah satu Petonas. saja gua tak kejut along yang sedang enak melayan mimpi sambil letak kepala kat bahu gua. pelan pelan gua tarik badan pegi ke arah kiri sikit kasi kepala dia jatuh mengejut.

"Babila wei. potong stim betul. aku ngantuk ni". along marah sambil pejam mata.

"Ahh, banyak kau punye stim. dah sampai lipis dah ni. pi basuh muka tu. lepas ni kau bawak pulak". gua bagi arahan sambil tahan gelak ngan pekerja Petronas.

"Malas. aku nak tido ni".

Lepas 15 minit rehat dan bertengkar ngan along siapa punya turn nak kena bawak motor, akhirnya gua beralah jugak. ini pun untuk keselamatan bersama. kerajaan tak bagi memandu waktu mengantuk. jadi gua terpaksa akur dengan saranan tersebut. lagipun gua taknak pisang berbuah dua kali.

***
Ketibaan gua di stesyen minyak Shell Gua Musang disambut dengan senyuman oleh pekerjanya. gua syak gua dan along pelanggan yang pertama. malas gua nak main senyum senyum dengan orang pagi pagi buta ni. kalau makwe mungkin gua akan pertimbangkan. kepala gua still tengah kusut sebab masa perjalanan yang wajib gua tempuh untuk sampai ke PCB lebih kurang 5 ke 6 jam lagi. jadi gua kena serius sentiasa. no senyum senyum.

Dari Gua Musang nak ke Kuala Krai jalan paling tak best. keliling hutan pekat. lampu jalan jangan ditanya. memang takkan ada. kena pulak waktu dah subuh. kanak kanak berseragam putih kelihatan ditepi tepi jalan. gua terpaksa merendahan meter kelajuan akibat motor motor yang gua syak takda road tax memenuhi jalan raya. ada yang menghantar anak anak ke sekolah, dan mungkin juga ke kebun barangkali. yang buat gua marah kenapa tak nak pasang lampu kat motor?. gua tahu la motor kampung sekali pun. tapi lu dah menyusahkan pengguna pengguna seperti gua yang mahu mengejar masa. kalau gua langgar lu macam mana?.

Embun embun pulak turun dengan menggila. kejap kejap gua lap visor motor dengan sarung tangan. kejap kejap lap dengan sweater. macam tengah hujan pun ada. along kat belakang still macam cilaka. keadaan macam orang tengah berzikir tersengguk sengguk tahan kepala dari sandar kat bahu gua. paling tak tahan tengah sedap sedap gua bawak dia boleh berdiri kat belakang sambil nganga mulut. katanya dahaga nak minum air embun. perangai macam setan.

Dekat dekat nak habis subuh gua singgah satu masjid. kewajipan seorang muslim wajib diutamakan. niat hati lepas solat boleh pekena nasi lemak sekali. itu pun kena tengok harga jugak. kejap lagi tak lepas nak beli madu dengan duit minyak balik apa cerita?. duit bajet ngam ngam je ni. dan macam biasa along mesti mintak bukan bukan. selera taknak kalah. rokok dunhill dah bagi pun nak makan nasi lemak sambal sotong lagi. sekali lagi gua jugak kena beralah makan roti canai je. haram...

***
Nak sampai PCB gua pulas minyak motor kasi laju. harapan hanya satu. cepat sampai dan gua boleh terus tido sejam dua. kelopak mata dah mula jadi kecik. tekak dan lidah pun rasa lain macam. nak hisap rokok kena pikir dua kali. kelat kelat je gua rasa. jenis tak cukup tidor, perut lapar paksa hisap rokok. memang boleh buat gaduh rasa rokok time tu.

Sampai depan rumah sewa, gua senyum puas. tak sia sia gua susah payah bersengkang mata bawak motor ngantuk ngantuk, sampai jua akhirnya. gua langgar satu kali pintu rumah sewa gua kasi terbukak sikit. terus masuk parking motor dalam rumah. pintu ni pun satu. mana mahu tuan rumah nak baiki. tolak camtu je terus terbukak. mentang mentang sewa rumah murah. kebajikan ahli sewa langsung tak dipedulik. kasut bola gua pun boleh kene rembat. nasib baik gua tak pegi ngadu kat persatuan pengguna. kalau tak, nahas kakak tuan rumah tu kena saman.

Gua turun motor pelan pelan menuju ke arah rak kasut. gua punya kebas satu badan masa tu jangan cakap. macam orang cacat gua jalan. sampai depan rak, satu satu kasut mula gua selongkar.

"Sial!!, kunci rumah takda pulak kat kasut kasut ni. takkan pencurik curi kunci rumah kot?".

"Kau jangan macam macam. jauh jalan ni. tipon la kawan kau tanya. mana tahu dia letak tempat lain ke". along dah mula segar bila dengar kunci rumah takda.

"Jap, aku try call kawan aku dulu".

Gua auto dial nombor housmate gua seraya membuka helmet. apa gila gua nak talipon orang selit hanpon dalam helmet. tak gagah perkasa langsung kalau orang tengok. dah la pakai hanpon cakap kat tepi. lagi tak masuk akal kalau gua selit. along singai pun tak buat keje macam tu.

"Wei un, sape budak terakhir kuar rumah ni?. kunci takde pun kat rak kasut ni". tanya gua pantas.

"Hang ni jerit jerit pehal?. bagi salam la dulu kot ye pun. aku last skali balik. kunci aku bagi kat kak mah. pi la mintak kat dia. awat hang tanya?".

"Ok2. aku takde mase nak explain. lain kali aku bagi tahu na. assalamualaikum tuan sheikh". terus gua matikan talian.

"Kau tunggu kat sini jap. aku nak pegi amik kunci kat umah depan tu".

Gua start motor balik pecut pegi rumah kak mah. gua doa dalam hati janganla tuhan bagi ujian yang berat kat hambanya yang dhoif ni. mintak mintak kak mah ada kat rumah. tak sanggup dah gua nak tanggung beban ni lagi.

Sampai depan rumah kak mah, hati gua hancur berkecai. segala nama tingkap dan pintu tertutup rapat. takda tanda tanda rumah tu sedang didiami. terjelupuk kejap gua kat handle motor mengenangkan nasib yang bakal menimpa gua.

"AGGGGRRRRRHHHHHHHHHH". gua jerit dalam hati.

bersambung..

13 August 2009

Misi Gua Sekarang Mencari Baju Arsenal Belakang Tulis Eduardo Pulak


BPL belum start lagi Google dah cakap macam ni. bertambah malas la gua nak ulas lebih lebih. karang ada pulak yang makan hati berulamkan jantung. apa apa hal pun kita tunggu dan lihat je sampai akhir musim.

Gua harap takda siapa yang tuduh gua percaya benda benda tahyul ni. syirik dan khurafat apatah lagi. kalau tak memang gua tendang.

LONG LIVE ARSENAL

10 August 2009

Murad Budak Russia

Semalam gua ada pekse. macam pekse dulu dulu jugak, gua jawab biasa biasa je sebab malas nak tunjuk power. dah memang gua tak power mana. lulus pun dah kira ok. bukan guna sistem pointer pun. gua ingat last last nanti baru gua nak jawab cara orang luar biasa. amacam, licik tak gua?.

Untuk bahagian akhir kertas peperiksaan, gua kena buat karangan yang bertajuk surat kabar di negara anda. antara isi pentingnya siapa penulis yang masyhur di akhbar tersebut. entah siapa penulisnya pun gua tak kenal. gua hentam je janji bunyi nama orang.

Tengah tekun gua layan karangan yang diberi, tiba tiba seorang budak russia tegur gua.

"Muaiyid, kau tahu tak penulis akhbar yang paling masyhur kat negara aku?". murad tanya rileks macam bukan tengah pekse.

"Manala aku tahu. negara kau murad. nama orang rusia pun dah pelik pelik. kalau penulis lagila pelik aku rasa". jawab gua nak taknak.

"Cuba kau teka. penulis ni memang masyhur diserata dunia. aku yakin kau pun mesti tahu". murad paksa jugak macam budak budak.

"Aku tak tahu. kau bagi tahu je. kalau aku kenal memang penulis tu masyhur. kalau tak, tak payah paksa paksa lagi. karang kena koyak kertas peksa pulak". marah gua sambil tengok ustaz gua dah daring semacam dari tadi.

"Kau ni takut la. ustaz ni baik. takkan dia koyak kertas pekse punya. kau nak tahu tak siapa penulis yang masyhur tu?".

"Siapa?".

"Michael jackson". ringkas jawapan murad.

*****

nota: semua perbualan dalam bahasa russia. gua dah belajar sikit sikit dari murad. lepas ni boleh ajar kat orang kampung.

6 August 2009

Jika Kau Tahu (if you know)

Aku bertemu dengannya di sebuah kedai kopi lama di desa minang ini. Kerapkali orang memandang kami yang sedang berbual disalah sebuah meja yang ada di situ. Mungkin perbezaan dari segi gaya pertuturan kami ataupun orang-orang di sini memang suka memerhati perbualan orang lain. Atau mungkin kedudukan kami begitu hampir dengan kaki lima. Ah kataku dalam hati.

"Ah," katanya, "sialkan orang-orang itu", bila aku menyuarakan pandangan-pandangan yang ditujukan kepada kami.

"Mereka semua anti kuasa." ujarnya lagi.

Aku seperti selalu, pura-pura bingung dengan pandangan orang ramai dan kemudian menghadap apa jua yang ada di hadapanku. Dan buat masa ini di hadapanku adalah dia. Dia yang bercerita itu dan ini. Dia yang mengosongkan mindaku dari jeling pandang orang yang lalu lalang. Dia yang terlalu agung untuk diajak berbicara. Dia yang melontarkan pada ku buih-buih kisah. Dia yang kau tak perlu hidup bagi aku bercerita bersama dengannya.

"Jika kau tahu," tuturnya, dan aku tidak pula melihat mulutnya berbunga-bunga dan hidungnya keluar api yang menyambar makhluk hidup seperti aku yang selalu ku dengar dari cerita-cerita purbakala yang terkadang cerita-cerita purba itu datangnya dari negeri-negeri eropah. Sial, kataku pada cerita-cerita purba itu. Tetapi cerita sial itu pada pengetahuanku telah mendewasakan aku, kamu dan seluruh anak-anak hingusan di maya pada ini. Ah, kita semua telah ditipu.

"Jika kau tahu pasti", ditekannya kalimah pasti itu sambil jari-jemari digengam erat.

"pasti kau akan berlumba di atas bangunan setinggi beratus-ratus tingkat lalu beramai-ramai terjun ke bawah, menghentakkan kepala dahulu dari anggota badan yang lain, mengharap ubun-ubun hancur menyerpih dan urat-urat di dalam otak terburai memaliti segala-galanya." Dia menarik nafas.

Aku tersentak merasai gelombang tengkorak yang berkecai dan serpihan tadi terpelanting ke serata arah dengan seketul otak yang berselaput telah bersepai dan berselerakan ke sekelian sudut. Aku terpegun dengan warna merah darah yang telah diganti lendir-lendir putih.

"Tak cukup dengan itu," aku mendengar katanya sambil aku menahan nafas berberapa detik untuk menghindar dari bayangan hanyir.

"kau akan menggali sebuah lubang sebesar satu benua sedalam lautan dan di dalam lubang itu kau tanam berupa ranjau dari batang-batang besi sebesar jari pada setengah ketinggian lubang itu yang telah diruncingkan setajam mata pisau yang dihalakan tegak lalu kau beramai-ramai terjun dengan mata yang terbuka memandang hujung besi yang ditajamkan itu hingga mata-mata kamu ditusuk tembus besi tadi," Dia menggeleng-gelengkan kepala.

"dan kamu timpa-menimpa di atas besi tajam tadi sehingga orang yang paling bawah mencium dasar bumi dimana besi yang kamu tanam berceracak dibadannya yang padanya masih tersisa nyawa dan degup nadi."

Aku juga turut berbuat demikian, menggeleng-gelengkan kepala menahan ngeri tusukan besi menembusi segenap anggota badan, mata, mulut, leher, hidung dan ah! Sial, kataku. Peri sakitnya menjalar saat ini.

"Tidakkah itu kejam." Tukas ku. Dan aku memejamkan mata tidak dapat membayangi detik-detik tadi.

"Tidak!" Dia memekik padaku.

"Jika kau tahu kejamnya neraka!"

Dan aku ingin benar melolong dan memekik dari saat dia bercerita hingga kini.

*****

nota: terima kasih kepada saudara Sidra Kamar atas kesudiannya membenarkan gua mencetak semula hasil karya beliau. semoga menjadi ikhtibar kepada pembaca.