20 May 2009

Muke Muki

Persepsi orang ramai kalau pegi negara Timur Tengah je mesti belajar agama. itu gua tak nafikan. memang kebanyakan pelajar Malaysia kat sini amik jurusan agama. tapi gua bukan yang macam orang sangkakan. sebab gua kat sini amik jurusan macam mana nak tulis blog. gile!!! macam mana gua boleh terjebak pun gua tak tahu.


Mula-mula nak datang gua dah bayangkan yang budak-budak Malaysia kat sini 'kompom' baik-baik. paling kurang peramah, suka tolong orang, murah senyuman, dan paling penting muka tak bertopengkan ......... (lu orang isi sendiri). tapi gua silap. semua tu hanya khayalan yang menyebabkan impian gua nak jadi macam Dr. Ali Juma'h(mufti mesir sekarang) terkubur. dah keja maki orang je tak jadi beb. tapi gua tak maki semua ye.


Sampai di mesir gua dah tak pikir apa. gua jihad sorang-sorang. mana tempat yang gua dengar sheikh-sheikh besar ngajar gua pegi. gua tak nak balik tangan kosong. kurang-kurang balik Malaysia dapat masuk Al Kuliyyah pun jadilah. itupun dah membanggakan orang kampung gua. bila dah banyak pegi berjihad mesti banyak jumpa orang. terutama budak-budak Malaysia. maklumlah dia orang pun nak gak masuk tv bile balik nanti.


Seperti yang gua cakap jiwa gua memang rock. jadi pemakaian gua pun ala-ala rock jugak. tak kira mana gua pegi, seluar jeans, t-shirt lusuh dengan jeket adalah pakaian rasmi gua. rambut gua yang panjang ke bahu gua tutup ngan snow cap. memang takda wajah seorang pelajar agama. nasib baik muka gua ada nur. budak Malaysia lain jangan cakapla, pakai jubah putih, siap lilit serban kat kepala,pastu letak selendang kat bahu. perghh.. boleh segan kalau jalan ngan dia orang. paling kurang pun pakai baju melayu letak kopiah kat kepala dengan seluar slack.


Disebabkan gua pegi jihad sorang-sorang, gua terpaksa menjadi seorang yang peramah. mana tahu dapat naik bas free dia orang belanja. jumpa je orang gua tegur, bagi salam siap senyuman paling mahal sekali. tapi gua jadi bengang bile orang balas nak tak nak. senyum pun macam mengejek. siap daring gampang lagi kat gua. ape cite??


Nak dijadikan cita ada sorang mamat ni gua tegur sebab gua ngan dia selalu balik sama-sama. dalam seminggu gua akan jumpa dia 4 ke 5 kali. mungkin rumah dia dekat dengan rumah gua. bila gua bagi salam dia diam pandang semacam kat gua. pastu tarik muke. gua sabar, mungkin dia tengah bad mood. gua tak berputus asa. gua teruskan niat murni gua, pun tak jalan jugak. gua mula naik hantu. tangan gua mula rasa macam nak lempang orang. lama-lama gua dah malas tegur. buat tambah dosa gua je. kalau jumpa buat 'dono' macam dia tak wujud di mata. terus gua lupa pasal dia.


Satu malam gua baru balik dari kelas. dengan muka sangap nak tido, lapar air lagi gua jalan kaki sorang-sorang. tengah jalan gua nampak muslimah-muslimah Malaysia jalan beramai-ramai dengan di bimbing seorang lelaki di hadapan mereka. gua jadi steady. terus bukak snow cap sebab nak tunjuk rambut yang macam Aweera OIAM. bile nak dekat sampai je dengan muslimah-muslimah tu ......


"Assalamualaikum Warahmatu Allah.." sapa lelaki tersebut. dengan senyuman yang manis, pandangan mata yang tepat ke arah mata gua buat gua terkedu.


"Waalaikumussalam" jawab gua terkebil-kebil.


Gua pusing angkat jari hantu tunjuk kat kelaki tersebut. semua muslimah pandang gua semacam.



4 comments:

Maryam said...

lelaki tersebut sebenarnya tak nampak pun ko tunjuk jaru hantu tu kan?
muslimah-muslimah tu je yg nampak kan?

antusabun said...

Stended la lelaki. Pasni kalau nampak dia jalan sorang2 ko sepak lutut dia dengan tendangan fabregas. Biar sedar sikit langit tinggi rendah. Ingat belajar mesir nak mencapap je ke?

langkasuka.blogspot said...

nampak tak nampak ke yang penting laki tu memang muke muki..

an2blur said...

hahaha.
kalau lelaki tu nampak, gerenti tak balik Malaysia selamanya.