27 August 2009

Kegagalan Gua Update Selalu Dibulan Ramadhan

nak baca kasi tutup hp tu. gua tengah solat ni

4 hari lepas hari pertama gua kerja dangan bos gua. gua kena sediakan juadah berbuka kat budak budak rumah negeri . ada la dalam ratus ratus orang gua nak kena bagi makan. potong bawang pun boleh nangis nangis walaupun pakai specs. macam cilaka pedih.

Esoknya pulak gua buat buat kental taknak update. saja gua sibukkan diri dengan membaca Al-Quran. sikit lagi gua dah nak khatam. target gua sekarang 4 kali khatam bulan ramadhan ni. jadi ini alasan kukuh gua tak dapat update selalu.

2 hari lepas tengah baru nak klik mozilla firefox, gua dengar suara suara yang boleh dipercayai kata malam ni lailatul qadar dari kawan kawan serumah. dengan keadaan cemas cemas seronok gua bangun bentang sejadah terus semayang berbilang bilang rakaat. habis dekat 10 rakaat gua baca setengah juzu'. kemudian sambung balik solat. peh, hati gua tak pernah tenang macam ni.

Semalam pulak, baru je gua nak daftar masuk blogger dot com abang gua antar mesej suruh tahajjud. gua off komputer ambik wudu' semayang banyak rakaat. terima kasih kat abang gua sebab mengingatkan.

Hari ni gua gagahkan diri juga nak update. ini pun gua taip secara turbo. kejap lagi dah nak subuh dah. jadi tiada panggilan sepenting seruan Ilahi.

*****

nota: apa lebihnya amalan pada ramadhan kali ini dengan yang lepas?. renungkan sejenak.

21 August 2009

Countdown

Rutin harian gua akan berubah bermulanya 1 ramadhan. dan gua juga mempunyai misi misi yang agak mustahil untuk gua gapai dan takluk. lu orang usya carta kat bawah ni. mana tahu boleh praktikal sekali ngan gua.

1. Misi paling utama gua bulan puasa ni nak cari malam lailatul qadar. gua tak tahu sebelum sebelum ni gua pernah dapat ke tak. sebab dekat dekat nak raya je mesti gua pegi chow kit cari baju raya dengan kawan kawan. apa cerita?.

2. Kalau boleh gua nak khatam Quran sekali dalam bulan puasa ni. tak dapat sekali 4 kali. tak dapat jugak gua khatam hari hari. tapi gua target sehari 2 kali. amacam, kacak tak?.

3. Gua nak tambah berat badan. macam mana gua nak tambah kalau bulan tak puasa pun tak naik naik?. inisiatif gua sahur dengan buka gua telan kurma je. nasi makan sikit sikit. tu pun kalau gua punya gigil lapar dah sampai.

4. Gua taknak jadi imam bulan puasa ni. apa gila gua nak jadi kalau bersepah sepah budak tahfiz kat sini. nak kena tendang?.

5. Tiap tiap malam gua nak tukar tukar masjid cari imam yang baca best time solat tarawih. kalau dah jumpa gua akan stay kat masjid tu sampai malam yang terakhir. baru feel solat tarawih gua.

6. Siang hari gua dipenuhi dengan membaca Quran. malam pulak gua nak solat puluh puluh rakaat. blog gua?, hak tuih. tengok la kalau gua ada masa nak update.

Gua tak tahu dapat buat ke atau tak misi misi ni. cuma gua yakin sikit kat no 4 tu. lain lain gua doa moga Allah permudahkan. tak dapat semua, jangan tinggal semua.

*****

nota: kepada abang gua, selamat menjadi imam tarawih. tak baik main nyorok nyorok belakang tiang. kehkehkeh.

20 August 2009

Burnley FC 1 - 0 Manchester United

Petang semalam gua pulang dari asrama rumah melayu abbasiah (ARMA) dengan penuh kekecewaan. niat hati ingin bertemu dengan seorang tokoh ulama' yang paling gua kagumi iaitu Sheikh Dr Ali Jumuah yang akan berucap disana bagi sebuah majlis penutup. tapi apakan daya, beliau tidak dapat hadir atas sebab sebab tertentu. kekecewaan jelas terpancar diriak wajah gua dan juga teman teman. gua akur. mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini.

****

nota: kenapa kawan kawan gua ramai tak online malam ni ye?. setan merah kena bakar dengan burnley kot. maklumla nak masuk bulan Ramadhan kan.

18 August 2009

Muke Mukikah Ini?

Semalam gua jalan sorang sorang pulang dari kelas Quran. biasa kalau kelas Quran gua akan berdua bersama kawan serumah. tapi hari tu dia sakit mende ntah. jadi gua jalan solo je. ikut hati nak ponteng gak. panas weh. dugaan nak pegi talaqqi musim panas ni lain macam. nasib baik gua dah buat perjanjian dengan sheikh gua. sekali tak datang denda 10LE. kalau tak, dengan gua gua sekali boleh jatuh sakit mengejut macam kawan gua.

Sedang enak melayan perasaan, gua terpandang seorang lelaki melayu yang gua rasa gua teramat kenal. sah. memang sah mamat ni. muka dia gua takkan lupa sampai bila bila. nasib baik kemera hanpon gua 1.3 mp bukan cybershot. kalau tak boleh snap satu kali sambil berjalan.

Dekat dekat nak sampai gua ngan mamat tu, gua cuba buat tak perasan. jalan masa tu tunduk ibarat ahli sufi. mulut kumat kamit macam tengah ngulang Quran. otak gua ligat apa tindakan sewajarnya yang patut gua ambil. tendangan fabregas atau jari hantu?.

Ngam ngam sampai sebelah mamat tu gua angkat kepala. mata gua tepat ke matanya. maka berlakula perkara yang dituntut dalam Islam.

****

nota: petang tu gua berpakaian begitu siqah sekali. berbaju melayu berseluar slack. kopiah putih gua bubuh atas kepala. rambut gua dah potong pendek. takde nak rock rock dah. kata ahli sufi!!.

17 August 2009

Kerja Gila # 4

Jalan cantik tapi keliling hutan. peh, menangkap.

Perlahan lahan along bukak visor. dengan mata merah menyala, ditambah pula sinaran lampu jalan berwarna kuning. wajah along cukup tak mengerikan. macam nak lempang je gua rasa.

"Nasib baik kau jerit tadi. boleh terlelap pulak. ngantuk gile weh!!". suara along tenggelam timbul.

"Babila. dah dah, kau duduk belakang. bak sini sarung tangan tu, biar aku bawak lak. kalau eksiden tadi, memang aku terajang kau".

Dengan lafaz syukur tak terhingga ke hadrat Ilahi, gua meneruskan perjalanan semula.

***
Jasad gua dan along dah melepasi pekan Raub. bermakna tinggal pekan lipis je lagi sebelum gua sampai sempadan pahang-kelantan. along kat belakang dah lena diulit mimpi. bahu gua mula terasa berat. kenapa mesti letak kepala kat bahu gua?. ini kalau gua tolak sikit ni memang bersepai jatuh kat jalan ni. nasib baik gua tak sejahat tu.

Detik detik yang gua lalui juga bertambah bosan. lepas sebatang, sebatang rokok gua cucuh. yang paling gua tak tahan dengan along. gua berhenti nak cucuh rokok pun dia boleh steady je sandar kepala kat bahu gua. memang nak kena tendang. dah la gua sorang sorang layan perasaan atas motor tanpa peneman. suara pun takda nak nyanyi nyanyi lagi. apa gila gua nak main tegur tegur benda tepi jalan. salah tegur mendapat gua nanti. gua bukan along singai beb.

Sampai pekan lipis gua singgah satu Petonas. saja gua tak kejut along yang sedang enak melayan mimpi sambil letak kepala kat bahu gua. pelan pelan gua tarik badan pegi ke arah kiri sikit kasi kepala dia jatuh mengejut.

"Babila wei. potong stim betul. aku ngantuk ni". along marah sambil pejam mata.

"Ahh, banyak kau punye stim. dah sampai lipis dah ni. pi basuh muka tu. lepas ni kau bawak pulak". gua bagi arahan sambil tahan gelak ngan pekerja Petronas.

"Malas. aku nak tido ni".

Lepas 15 minit rehat dan bertengkar ngan along siapa punya turn nak kena bawak motor, akhirnya gua beralah jugak. ini pun untuk keselamatan bersama. kerajaan tak bagi memandu waktu mengantuk. jadi gua terpaksa akur dengan saranan tersebut. lagipun gua taknak pisang berbuah dua kali.

***
Ketibaan gua di stesyen minyak Shell Gua Musang disambut dengan senyuman oleh pekerjanya. gua syak gua dan along pelanggan yang pertama. malas gua nak main senyum senyum dengan orang pagi pagi buta ni. kalau makwe mungkin gua akan pertimbangkan. kepala gua still tengah kusut sebab masa perjalanan yang wajib gua tempuh untuk sampai ke PCB lebih kurang 5 ke 6 jam lagi. jadi gua kena serius sentiasa. no senyum senyum.

Dari Gua Musang nak ke Kuala Krai jalan paling tak best. keliling hutan pekat. lampu jalan jangan ditanya. memang takkan ada. kena pulak waktu dah subuh. kanak kanak berseragam putih kelihatan ditepi tepi jalan. gua terpaksa merendahan meter kelajuan akibat motor motor yang gua syak takda road tax memenuhi jalan raya. ada yang menghantar anak anak ke sekolah, dan mungkin juga ke kebun barangkali. yang buat gua marah kenapa tak nak pasang lampu kat motor?. gua tahu la motor kampung sekali pun. tapi lu dah menyusahkan pengguna pengguna seperti gua yang mahu mengejar masa. kalau gua langgar lu macam mana?.

Embun embun pulak turun dengan menggila. kejap kejap gua lap visor motor dengan sarung tangan. kejap kejap lap dengan sweater. macam tengah hujan pun ada. along kat belakang still macam cilaka. keadaan macam orang tengah berzikir tersengguk sengguk tahan kepala dari sandar kat bahu gua. paling tak tahan tengah sedap sedap gua bawak dia boleh berdiri kat belakang sambil nganga mulut. katanya dahaga nak minum air embun. perangai macam setan.

Dekat dekat nak habis subuh gua singgah satu masjid. kewajipan seorang muslim wajib diutamakan. niat hati lepas solat boleh pekena nasi lemak sekali. itu pun kena tengok harga jugak. kejap lagi tak lepas nak beli madu dengan duit minyak balik apa cerita?. duit bajet ngam ngam je ni. dan macam biasa along mesti mintak bukan bukan. selera taknak kalah. rokok dunhill dah bagi pun nak makan nasi lemak sambal sotong lagi. sekali lagi gua jugak kena beralah makan roti canai je. haram...

***
Nak sampai PCB gua pulas minyak motor kasi laju. harapan hanya satu. cepat sampai dan gua boleh terus tido sejam dua. kelopak mata dah mula jadi kecik. tekak dan lidah pun rasa lain macam. nak hisap rokok kena pikir dua kali. kelat kelat je gua rasa. jenis tak cukup tidor, perut lapar paksa hisap rokok. memang boleh buat gaduh rasa rokok time tu.

Sampai depan rumah sewa, gua senyum puas. tak sia sia gua susah payah bersengkang mata bawak motor ngantuk ngantuk, sampai jua akhirnya. gua langgar satu kali pintu rumah sewa gua kasi terbukak sikit. terus masuk parking motor dalam rumah. pintu ni pun satu. mana mahu tuan rumah nak baiki. tolak camtu je terus terbukak. mentang mentang sewa rumah murah. kebajikan ahli sewa langsung tak dipedulik. kasut bola gua pun boleh kene rembat. nasib baik gua tak pegi ngadu kat persatuan pengguna. kalau tak, nahas kakak tuan rumah tu kena saman.

Gua turun motor pelan pelan menuju ke arah rak kasut. gua punya kebas satu badan masa tu jangan cakap. macam orang cacat gua jalan. sampai depan rak, satu satu kasut mula gua selongkar.

"Sial!!, kunci rumah takda pulak kat kasut kasut ni. takkan pencurik curi kunci rumah kot?".

"Kau jangan macam macam. jauh jalan ni. tipon la kawan kau tanya. mana tahu dia letak tempat lain ke". along dah mula segar bila dengar kunci rumah takda.

"Jap, aku try call kawan aku dulu".

Gua auto dial nombor housmate gua seraya membuka helmet. apa gila gua nak talipon orang selit hanpon dalam helmet. tak gagah perkasa langsung kalau orang tengok. dah la pakai hanpon cakap kat tepi. lagi tak masuk akal kalau gua selit. along singai pun tak buat keje macam tu.

"Wei un, sape budak terakhir kuar rumah ni?. kunci takde pun kat rak kasut ni". tanya gua pantas.

"Hang ni jerit jerit pehal?. bagi salam la dulu kot ye pun. aku last skali balik. kunci aku bagi kat kak mah. pi la mintak kat dia. awat hang tanya?".

"Ok2. aku takde mase nak explain. lain kali aku bagi tahu na. assalamualaikum tuan sheikh". terus gua matikan talian.

"Kau tunggu kat sini jap. aku nak pegi amik kunci kat umah depan tu".

Gua start motor balik pecut pegi rumah kak mah. gua doa dalam hati janganla tuhan bagi ujian yang berat kat hambanya yang dhoif ni. mintak mintak kak mah ada kat rumah. tak sanggup dah gua nak tanggung beban ni lagi.

Sampai depan rumah kak mah, hati gua hancur berkecai. segala nama tingkap dan pintu tertutup rapat. takda tanda tanda rumah tu sedang didiami. terjelupuk kejap gua kat handle motor mengenangkan nasib yang bakal menimpa gua.

"AGGGGRRRRRHHHHHHHHHH". gua jerit dalam hati.

bersambung..

13 August 2009

Misi Gua Sekarang Mencari Baju Arsenal Belakang Tulis Eduardo Pulak


BPL belum start lagi Google dah cakap macam ni. bertambah malas la gua nak ulas lebih lebih. karang ada pulak yang makan hati berulamkan jantung. apa apa hal pun kita tunggu dan lihat je sampai akhir musim.

Gua harap takda siapa yang tuduh gua percaya benda benda tahyul ni. syirik dan khurafat apatah lagi. kalau tak memang gua tendang.

LONG LIVE ARSENAL

10 August 2009

Murad Budak Russia

Semalam gua ada pekse. macam pekse dulu dulu jugak, gua jawab biasa biasa je sebab malas nak tunjuk power. dah memang gua tak power mana. lulus pun dah kira ok. bukan guna sistem pointer pun. gua ingat last last nanti baru gua nak jawab cara orang luar biasa. amacam, licik tak gua?.

Untuk bahagian akhir kertas peperiksaan, gua kena buat karangan yang bertajuk surat kabar di negara anda. antara isi pentingnya siapa penulis yang masyhur di akhbar tersebut. entah siapa penulisnya pun gua tak kenal. gua hentam je janji bunyi nama orang.

Tengah tekun gua layan karangan yang diberi, tiba tiba seorang budak russia tegur gua.

"Muaiyid, kau tahu tak penulis akhbar yang paling masyhur kat negara aku?". murad tanya rileks macam bukan tengah pekse.

"Manala aku tahu. negara kau murad. nama orang rusia pun dah pelik pelik. kalau penulis lagila pelik aku rasa". jawab gua nak taknak.

"Cuba kau teka. penulis ni memang masyhur diserata dunia. aku yakin kau pun mesti tahu". murad paksa jugak macam budak budak.

"Aku tak tahu. kau bagi tahu je. kalau aku kenal memang penulis tu masyhur. kalau tak, tak payah paksa paksa lagi. karang kena koyak kertas peksa pulak". marah gua sambil tengok ustaz gua dah daring semacam dari tadi.

"Kau ni takut la. ustaz ni baik. takkan dia koyak kertas pekse punya. kau nak tahu tak siapa penulis yang masyhur tu?".

"Siapa?".

"Michael jackson". ringkas jawapan murad.

*****

nota: semua perbualan dalam bahasa russia. gua dah belajar sikit sikit dari murad. lepas ni boleh ajar kat orang kampung.

6 August 2009

Jika Kau Tahu (if you know)

Aku bertemu dengannya di sebuah kedai kopi lama di desa minang ini. Kerapkali orang memandang kami yang sedang berbual disalah sebuah meja yang ada di situ. Mungkin perbezaan dari segi gaya pertuturan kami ataupun orang-orang di sini memang suka memerhati perbualan orang lain. Atau mungkin kedudukan kami begitu hampir dengan kaki lima. Ah kataku dalam hati.

"Ah," katanya, "sialkan orang-orang itu", bila aku menyuarakan pandangan-pandangan yang ditujukan kepada kami.

"Mereka semua anti kuasa." ujarnya lagi.

Aku seperti selalu, pura-pura bingung dengan pandangan orang ramai dan kemudian menghadap apa jua yang ada di hadapanku. Dan buat masa ini di hadapanku adalah dia. Dia yang bercerita itu dan ini. Dia yang mengosongkan mindaku dari jeling pandang orang yang lalu lalang. Dia yang terlalu agung untuk diajak berbicara. Dia yang melontarkan pada ku buih-buih kisah. Dia yang kau tak perlu hidup bagi aku bercerita bersama dengannya.

"Jika kau tahu," tuturnya, dan aku tidak pula melihat mulutnya berbunga-bunga dan hidungnya keluar api yang menyambar makhluk hidup seperti aku yang selalu ku dengar dari cerita-cerita purbakala yang terkadang cerita-cerita purba itu datangnya dari negeri-negeri eropah. Sial, kataku pada cerita-cerita purba itu. Tetapi cerita sial itu pada pengetahuanku telah mendewasakan aku, kamu dan seluruh anak-anak hingusan di maya pada ini. Ah, kita semua telah ditipu.

"Jika kau tahu pasti", ditekannya kalimah pasti itu sambil jari-jemari digengam erat.

"pasti kau akan berlumba di atas bangunan setinggi beratus-ratus tingkat lalu beramai-ramai terjun ke bawah, menghentakkan kepala dahulu dari anggota badan yang lain, mengharap ubun-ubun hancur menyerpih dan urat-urat di dalam otak terburai memaliti segala-galanya." Dia menarik nafas.

Aku tersentak merasai gelombang tengkorak yang berkecai dan serpihan tadi terpelanting ke serata arah dengan seketul otak yang berselaput telah bersepai dan berselerakan ke sekelian sudut. Aku terpegun dengan warna merah darah yang telah diganti lendir-lendir putih.

"Tak cukup dengan itu," aku mendengar katanya sambil aku menahan nafas berberapa detik untuk menghindar dari bayangan hanyir.

"kau akan menggali sebuah lubang sebesar satu benua sedalam lautan dan di dalam lubang itu kau tanam berupa ranjau dari batang-batang besi sebesar jari pada setengah ketinggian lubang itu yang telah diruncingkan setajam mata pisau yang dihalakan tegak lalu kau beramai-ramai terjun dengan mata yang terbuka memandang hujung besi yang ditajamkan itu hingga mata-mata kamu ditusuk tembus besi tadi," Dia menggeleng-gelengkan kepala.

"dan kamu timpa-menimpa di atas besi tajam tadi sehingga orang yang paling bawah mencium dasar bumi dimana besi yang kamu tanam berceracak dibadannya yang padanya masih tersisa nyawa dan degup nadi."

Aku juga turut berbuat demikian, menggeleng-gelengkan kepala menahan ngeri tusukan besi menembusi segenap anggota badan, mata, mulut, leher, hidung dan ah! Sial, kataku. Peri sakitnya menjalar saat ini.

"Tidakkah itu kejam." Tukas ku. Dan aku memejamkan mata tidak dapat membayangi detik-detik tadi.

"Tidak!" Dia memekik padaku.

"Jika kau tahu kejamnya neraka!"

Dan aku ingin benar melolong dan memekik dari saat dia bercerita hingga kini.

*****

nota: terima kasih kepada saudara Sidra Kamar atas kesudiannya membenarkan gua mencetak semula hasil karya beliau. semoga menjadi ikhtibar kepada pembaca.

4 August 2009

Samseng

mujahid dan muaiyid masa muda muda

Gambar ni gua jumpa kat celah mana ntah gua dah lupa. gua syak masa ni abang gua tengah dengki dengan gua sebab gua lahir kat dunia ni. mentang mentang gua takda kudrat nak melawan, boleh la lu.

Gua tak boleh tulis entry ni panjang panjang. nanti jadi perbalahan dua kuasa besar dunia. sikit sikit je boleh. ini pun gua dah rasa macam ada orang nak mengamok. apa apa hal baik gua chow dulu.

*****

nota: kecik kecik dah samseng. dah besar sok tahula pak teh kejekan.

1 August 2009

Demonstrasi

Hari ini ada demo kat kolumpo. demo pasal nak mansuhkan ISA. demo mintak dibebaskan tahanan tahanan ISA dan ditutup kem kemunting. mari pergi beramai ramai. jangan tanya gua pergi ke tak. roh gua dah sampai masjid negara dah. jasad gua je tinggal kat mesir ni.

*****

nota: dekat mesir pun bakal ada jugak demo demo ni. demo yang akan gua handle kalau peksa gua batal sekali lagi.