31 May 2009

Ini Bukan Buku 555



Tamat je belajar, gua start berjinak-jinak dengan alam perguruan. tak terer mana pun. mana yang perlukan khidmat, gua pergi je dengan berbekalkan ilmu yang maha sedikit ni. gua bukan ajar subjek-subjek akademik mahupun agama seperti tauhid, feqah, dakwah, tafsir ke. tu semua belum sampai tahap gua lagi. sesat anak-anak murid gua nanti tak memasal kena tangkap. jadi gua amik keputusan untuk mengajar Al-Quran. ini je yang mampu gua ajar.


Memang rezeki gua mengajar Quran ni tak disangka-sangka. banyak tempat yang panggil sampai tak menang tangan dibuatnya. paling banyak mak bapak budak mintak datang rumah untuk ngajar anak dia orang. pelik masyarakat sekarang. kalau Quran mesti nak privacy. nak suruh datang rumah ngadap anak-anak dia orang. cuba subjek akademik, boleh pulak hantar ke rumah guru yang nak mengajar tu. katanya anak-anak dia orang tak boleh mengaji ramai-ramai dengan budak-budak lain. heran heran. dah jadi adat la kot. dalam masa yang sama terdapat jugak asrama yang mintak khidmat gua untuk mengajar. gua terima je mana yang apply asalkan nak mengaji. Jenis gua pulak sebelum mengajar gua akan talipon dulu untuk memastikan hari tu kelas berjalan seperti biasa. selalu orang yang incas tu yang gua akan talipon. ini untuk memastikan gua tak menunggu terlalu lama, atau buat habis minyak kereta je pegi tanpa hasil.


Ada satu malam gua kena ngajar kat sebuah asrama. petang tu gua talipon dulu untuk kompemkan kelas. jawapannya positif. malam tu kelas seperti biasa jam 8.30. takda pertukaran jadual atau pun waktu. kira gua akan gerak dari rumah gua jam 8 malam. bila sampai kat sana gua tengok asrama gelap gulita. macam rumah tinggal pun ada. pintu pagar terkunci rapat. siap mangga pajak gadai lagi. hati gua mula rasa tak tenteram. macam-macam yang bermain dihati gua ketika itu. takkan 'wakenabeb' kot. memang spastikla kalau camtu. terus gua talipon 'brother' yang incas kelas gua tu.


"Assalamualaikum bang, malam ni kelas jadi ke tak?" tanya gua biasa-biasa.

"Waalaikumussalam, ha ustaz. jadi jadi jadi. kami dari segamat ni. on the way sekarang. kejap lagi kami sampai. dalam 10 ke 15 minit lagi insya Allah". jelas beliau macam watak upin & ipin.

"Takpala kalau camtu, saya tunggu. sekarang saya depan asrama ni. apa-apahal abang talipon saya nanti ye". gua tutup perbualan dengan biasa-biasa jugak.


Jadi gua terpaksa menunggu seketika. gua ambil keputusan ke masjid berdekatan untuk solat isya' dulu. dari gua tunggu kosong je baik cari pahala jemaah. kebetulan waktu solat pun baru je masuk. terus start kereta pegi masjid. Selesai solat jam dah pukul 8.50. gua pederas ke asrama. mana tahu sampai dah bebudak ni. tapi asrama tu tetap macam rumah tinggal. suhu badan gua dah mula naik sedikit demi sedikit. gua talipon balik untuk mendapatkan kepastian.


"Assalamualaikum. abang kat mana sekarang?. kalau lambat lagi kita batalkan jelah kelas malam ni". tanya gua dah tak macam biasa.

"Waalaikumussalam, maaf ustaz. kami lewat sikit. mungkin dalam pukul 9 ke 9.15 kami sampai. harap ustaz boleh tunggu". balas beliau sedikit lembut.

"Insya Allah saya akan tunggu". gua jawab dengan sedikit suara kekesalan.


Gua mula buntu. apa gua nak buat sekarang?. takkan nak cap teh time-time camni. buang tebiat namanya tu. nak singgah rumah kengkawan yang berdekatan macam tak kena waktu pulak. pikir punya pikir gua amik keputusan untuk tido je dalam keta. baring punya baring tak mahu tido. nak tido mendenya, jenis tido pukul 3 4 pagi paksa tido pukul 9, tak jalan de. tup tup dah pukul 9.15. suhu badan gua kembali naik ke tahap yang agak membahayakan orang sekeliling. gua try talipon sekali lagi.


"Assalamualaikum. bang saya balik dulula ya. kalau ada kelaspun nak habis pukul berapa?. dah lewat sangat dah ni". gua mula naik suara.

"Waalaikumussalam. takpa ustaz, kita boleh habis lewat nanti. ustaz jangan risau. pukul 9.30 memang kami sampai. ok ye ustaz". balas beliau macam takda apa-apa pun berlaku.


Gua tunggu lagi dengan penuh kesabaran. dan waktu tu gua rasa macam gua ni tugu negara je. orang lalu sebelah pun macam perasan tak perasan gua wujud kat situ. tercegat macam orang gila. rupa tunggul pun ada jugak. memang rasa nak balik je. tapi kenang anak murid punya pasal gua cuba buat-buat rileks marah. 15 minit je lagi kata gua dalam hati. tepat 9.30 tak sampai jugak. gua talipon balik. apa nak jadi, jadilah.


"Assalamualaikum, abang datang ke tak datang ni?. dah lama sangat saya tunggu. saya balik jela camni". marah gua

"Waalaikumussalam, kalau ustaz nak balik ustaz baliklah ye. Assalamualaikum". jawabnya slamber.


*******


Dalam kereta menitis-nitis air mata gua memikirkan musibah apa yang sedang menimpa umat Islam kini. gua tak minta dihormati dan disanjung. tapi tolongla pandang ketinggian dan kemuliaan Al-Quran tu. mana adab dan akhlaq kita pada kitab suci ni???. Al-Quran bukan buku 555 tahu tak!!!!!!.

29 May 2009

Hari Itu Menjadi Sejarah

Suatu petang kawan gua bagi tahu ada satu rumah buat kenduri doa selamat. majlis start lepas maghrib. katanya tuan rumah ada jemput datang. gua syak sepupu sepapat dia jugak. jadi dia ajak gua dan beberapa orang member yang lain untuk teman dia pegi. oleh kerana rumah kenduri tu agak jauh dari kawasan perumahan gua dan agak terpencil sedikit, kenderaan amat diperlukan. nak naik bas karang nak balik nanti macam mana. mana ada bas dah tengah-tengah malam. paling kurangpun mesti naik motor. ya, zaman tu kalau ada motor memang ekselen. tapi disebabkan masa tu gua takda motor lagi, jadi gua terpaksa mencari kawan-kawan gua yang ada motor. agak lama mencari, tapi tak satu pun yang dapat gua tumpang. jenis pegi kenduri doa selamat pun nak bawak makwe. memang gua hasut member gua tu jangan ajak budak-budak yang bawak makwe tu ikut. buat malu sepupu-sepapat dia je nanti. dah la pakai tak berapa nak senonoh.


Kalau nak diikutkan rumah gua memang ada sebijik motor. itu pun abang gua yang punya. nak harapkan moto tu? pehh, memang gua dapat sentuh jela. kedekut kemain. katanya takut gua rempit. tu semua alasan je tu. padahal bukan dia guna pun motor tu malam-malam. bila keluar pun naik kereta kawan. kalau mak gua suruh pegi kedai atau bayar bil auto je bagi kunci. haram jadah. jadi gua takda pilihan. terpaksa gua jumpa sorang mamat ni untuk mintak belas ehsan. hati gua memang berat nak mintak. tapi itu je pilihan yang ada. karang melepas pulak gua nak makan nasi kenduri. makwe-makwe kat sana lagi sapa yang nak mintak no talipon. mamat sorang ni jela harapan sekarang.


Biar gua namakan mamat ni sebagai along(singai) je. dia ni ada motor kriss tapi takda lesen dan cukai jalan. kira advantage kat gua la masa tu sebab gua ada lesen. umur dia lebih kurang dalam pertengahan 30. belum kawin-kawin lagi sebab ada beberapa masalah tertentu seperti masuk air sedikit. cakap pun bersepah-sepah. mak dia cakap masa kecik-kecik dia ni pandai. UPSR dapat 4A. lepas kena demam panas terus jadi camtu. entah betul ke tidak gua tak tahu. gua dengar je malas nak melawan cakap orang tua. kalau mak dia tipu, korang pun kena tipu jugakla. jadi nak dipendekkan cerita lepas puas pujuk memujuk, along pun setuju. janji dia ikut sama.


Lepas maghrib gua mintak izin dengan mak gua nak pegi kenduri. dapat je green light, gua pecut keluar pegi rumah member-member gua. sampai-sampai gua tengok along ni dah tersengeh-sengeh pandang gua. member gua yang lain dah pandang gua semacam. semua bebulu sebab gua ajak along ni ikut serta. apahal?. sapa suruh pergi kenduri doa selamat ajak makwe. sekarang sama-samala tanggung bawak budak istemewa.


Perjalanan pegi gua bermula dengan lancar. takda sekatan jalan raya dari encik-encik polis mahupun JPJ. takda motor yang tayar pancit secara tiba-tiba atau karburator nak 'kong'. apatah lagi binatang-binatang ternakan bersembang-sembang di tengah jalan seperti lembu ataupun kambing. bila niat baik nak pegi sesuatu tempat tu insya Allah semua jadi tersusun kata gua dalam hati. tapi yang jadi masalahnya member-member lain semua bawak moto macam pelesit. entah mende pegi kenduri doa selamat pun nak berlumba. malam jumaat je pun bukan malam minggu. yang paling tak senonoh bila ex5 nak lumba dengan rxz. sedarla diri tu yob!!. tinggal gua dengan along ni terkulat-kulat makan asap. bebulu tahap longkang gua masa tu. nak borak dengan along ni macam dah buang tebiat. gua mana paham dia cakap apa. jadi gua ambil keputusan zikir-zikir atas motor je.tengah elok-elok gua zikir atas motor, along cuit bahu gua.


"Weh.. weh.. tu.. tu.. nengok uu." kata along pelat-pelat.

"Nengok mendenye." gua balas sambil ajuk-ajuk cakap along.

"Tulaaa.. awek uuuu" along cakap sambil tunjuk-tunjuk jari ke arah bahu jalan.


Bila gua tengok, takda satu awek pun kat situ. gua mula jadi cemas. berpeluh tapak tangan dibuatnya. zikir-zikir dan ayat Quran yang gua ingat semua bersepah. otak ingat cita orang tua-tua je. katanya orang kurang akal ni boleh nampak benda-benda ghaib. memang cilakak gua rasa malam tu. gua apply break terus u turn balik. along kat belakang marah-marah kata gua takut nak usya makwe tu. yang gua ingat dia kata,


"Nape tak uca?. awa uu. iap cenyum akap luuu." (kenapa tak usya?. lawa tu. siap senyum cakap lu).


*****


nota: start pada tu gua dah tak tumpang along lagi. gua taknak bahayakan jantung gua dari serangan-serangan penyakit yang tidak diingini.

28 May 2009

Barcelona 2 - 0 Manchester United

Gua sekarang tengah tido sambil senyum-senyum dengan memakai baju arsenal belakang tulis henry. sabarla ye setan merah...

27 May 2009

Kenapa Arsenal


BPL sudah pun melabuhkan tirai semalam. pasukan kegemaran gua macam tu jugakla. tak no 3 no 4. memang bebulu gua tunggu sampai 4 tahun tak dapat piala. ape cite??. tapi emosi tak boleh menguasai diri. yang penting perjuangan mesti diteruskan. takkan nak pi bunuh diri sebab kalah kot. itu keja orang takda agama. yang menjadi kegampangannya apasal tak habis-habis gua dapat masej lagi dari penyokong man u ni. dia orang menang lu dapat apa bincek!! dah menang tu dah la.


Banyak mamat-mamat yang tak sealiran dengan gua mempersoalkan kenapa gua sokong arsenal. katanya kenapa sokong team budak-budak. team yang dah lama tak kucup piala. apasal tak sokong man u ker, liverpool or chelsea. beb, hidup mesti ada prinsip. takkan team yang banyak menang je lu nak sokong. asal kuat lu sokong. macam lalang la wei. sokong dan minat mesti ada sebab. watpe nak sokong team yang mejoriti star tapi main cam haram. kesenian bola tu lu orang tengok dari segi mana? fakta kenapa gua tak sokong man u, liverpool dan chelsea adalah seperti berikut.


Manchester united:
  • penat mengaji agama tinggi-tinggi tapi sokong devil.
  • gua tak suka corak permainan seperti england. macam man u main, no open game lepas leading.
  • rata-rata penyokong man u belagak nak mampos.
  • gua tak suka ronaldo.

Liverpool:
  • takkan nak cakap jugak. terang-terang jenama arak kat baju. kelakar apa lu support.
  • ada pemain yahudi mabuk.
  • tapi gua sokong liverpool menang lagi dari man u kahkahkah.

Chelsea:
  • yang ni gua lagi tak paham. dulu mana ada penyokong kat malaysia. alih-alih mourinho masuk belambak penyokong. macam lalang.
  • rata-rata penyokong siap tak kenal pemain lagi. sokong sebab dulu kuat je.
  • star terlalu ramai. corak permainan tak cantik mana pun.
  • lu tambah sendiri.


Ada satu hari gua tengah syok layan bola chelsea vs arsenal. macam biasa penyokong chelsea memang ramai. gua duduk sorang-sorang tanpa ada penyokong arsenal bersama gua. tiba-tiba mamat sebelah gua jerit.


"Baikla lampard, bawak lagi. yeah.. budak-budak je tu boleh makan punya" terkinja-kinja mamat tu gua tengok.


Gua tengok skrin bukan lampard, tapi ballack. gua pusing gelak berdekah-dekah siap guling-guling depan dia.bangang!!!.

26 May 2009

Apahal lu brader????

Satu petang yang panas tahap kronik, gua tengah ngadap komputer layan ym ngan kengkawan yang entah mana hala. sambil 'ngonyeh-ngonyeh' beberapa jenis keropok yang pelik made in egypt. tiba tiba ade orang buzz gua. apahal?? tak reti nak bagi salam ke. benda basic pun nak kena tegur ngomel gua sendirian. tapi bila gua tengok nama orang yang buzz tu, marah gua jadi hilang. senyum terukir terus kat bibir. alahmak perempuan. tambah bermakna la petang gua macam ni.


Iwann alyyn: buzz!!

Iwann alyyn: assalamualaikum..

Gua : waalaikumsalam..

Iwann alyyn: ape kabar, sihat tak, tengah watpe??

Gua : alhamdulillah sihat... siapa ni??

Iwann alyyn: tak kenal ker??

Gua : tak kenal.. mane ade kawan perempuan nama alyyn.

Iwann alyyn: memang la takde. itu nama awek aku. ni along pendek la wei..


Serta-merta darah tinggi gua meningkat. terus log out ym. takda mood gua nak chating-chating ni. apahal lu main cantum-cantum dengan nama awek ni. nama lu dah tak sedap ke??

25 May 2009

Terbaik!!!


Dengar sampai habis baru tahu sedap tak sedap. gua suka starting min ke 2.36. menangkap jiwa cakap lu.. boleh meleleh air mata dengar.


24 May 2009

Masalah budak belajar luar negara

Pagi tadi lepas subuh, gua rasa macam dah tak boleh blah. mata memang dah kecik gila, otak melilau nampak bantal dengan selimut je. cakap pun dah lalok-lalok macam cina surat khabar lama kat taman perumahan gua. jenis orang ajak makan burger king pun gua tolak. memang gua tak tunggu lama terus pecut ke tilam tanpa memikirkan larangan tido lepas subur yang mak gua selalu nasihat. yang gua tahu tido tu satu nikmat je. tengah baru nak on the way ke alam tido gua dengar satu jeritan.


"Babi, bangsat, bangang, lahanat, cincau, kepala ayah dia." jerit kawan serumah gua macam budak hesteria zaman gua sekolah dulu.


Pelan-pelan gua bangun pegi tengok ape yang berlaku. mood nak marah-marah dah memang takda. apatah lagi nak lempang orang pagi-pagi ni. sabar tu kan separuh dari iman. cakap gua dalam hati.


"Apahal ko hesteria pagi-pagi buta ni. macam orang tak belajar agama je aku tengok" tanya gua lemah sambil kesat-kesat mata.


"Kepala hotak dia. aku baru tahu yang PM Malaysia sekarang ni Najib, bukan Pak Lah lagi." member gua jawab sambil sumpah seranah depan moniter.


Cilakak, siapa suruh tak ambik tahu perkembangan semasa.




Untuk makluman, rumah gua baru masuk line internet. itu antara sebab gua baru nak layan bendalah blog-blog ni. kalau tak haram!!!

23 May 2009

SYA..MU..THOH


Masa gua nak pegi mesir dulu, macam-macam gua rasa. takut, gemuruh, ketar lutut, tak tenteram. bila cuba buat steady pun tak berapa nak ngam. ntah gua pun tak paham. orang kata tu semua memang dah lumrah. dah nak duduk negara orang. yang kata tu tahu cakap je lebih. bukan nak hulur duit ke apa ke kat gua yang nak pegi jihad ni. jadi gua malas nak pikir sangat. kang tak jadi pegi ape kata orang kampung gua. motor dah jual, duit dah bagi, kenduri dah buat, tiket pun dah beli. kang negara akhirat pulak gua sampai.


Bila dah sampai, masalah paling utama gua hadapi ialah pertuturan. nak cakap mana reti. ana anta/anti bolehla. kalau dah kene susun ayat, kene tahu kalimah, perkataan tu untuk lelaki ke perempuan agrhhhhhh..... tu yang buat gua macam nak putus asa. bila tanya orang-orang lama kat sini semua nasihat kena rajin bercakap, gaul dengan orang arab, jangan malu bertanya. datang semangat gua nak lakukan tu semua. gua kena buktikan yang gua layak berada kat sini. kalau tidak musnahla impian gua nak masuk Al Kuliyyah.


Step pertama yang gua ambil ialah berjinak-jinak untuk jumpa orang ramai. dengan bercakap akan buat gua lebih yakin dan tahu banyak perkataan. jadi satu hari gua cakap kat budak rumah gua,


"San, aku ingat esok aku nak pegi pasar, beli barang rumah sikit. aku tengok dapur tu dah banyak barang takda." kata gua yang baru-baru nak berjinak dengan dunia permasakan.


"Kau nak pegi pasar? biar betul. ko nak pegi dengan sapa?" tanya asan yang kurang keyakinan pada gua.


"Betulla, ko ingat aku main-main. aku pegi sorang je. tak payah ikut. aku dah boleh pegi sendiri." gua balas sambil angkat kepala.


"Ikut ko lah, aku tak paksa. esok aku bagi senarai yang ko nak kena beli."


"Ko tulis dalam bahasa arab sekali tau. aku bukan tahu semua pun. arab aku ni cukup-cukup makan je" kata gua dengan penuh merendah diri.


"Iyolahhh." jerit asan dengan pandangan mata yang penuh makna tersirat.


Esoknya gua bangun awal. semangat gila nak melakar sejarah baru dalam hidup gua . lepas ambil list barang yang nak dibeli. gua cek semua ok terus melangkah ke pasar. sambil jalan gua bersiul-siul keriangan. siap nyanyi lagu maryam faris(artis mesir) lagi yang baru gua hafal masa mula-mula sampai. punyala excited. kalau boleh nak bawak webcam pastu tunjuk kat mak ayah gua. baru gempak.


Sampai pasar gua tengok list, terus tuju kedai-kedai yang perlu. perghhhhh.... mantap. gua dapat beli barang-barang dalam list tanpa menghadapi masalah. menitis air mata gua. rasa macam nak buat kenduri kesyukuran bila sampai rumah nanti. nak bagi tahu yang gua dah boleh berborak dengan orang arab. sebelum balik gua tengok list sekali lagi, bawang!! gua lupa nak angkat bawang. dengan air mata di pipi gua kesat sambil jalan cari kedai jual bawang. betul-betul depan kedai sayur,


"Min fadlik, isnin kilo syamuthoh(excuse me, 2 kilo bawang)." kata gua tersekat-sekat menahan sebak lagi.


Makcik arab tu pandang gua semacam. gua jadi heran. apahal makcik ni. takkan tak paham. gua ulang balik perkataan yang sama. tak jalan jugak. gua tengok kekerutan dahi dia makin bertambah. hati sebak gua terus hilang. gua gigit gigi gua kuat-kuat menahan marah. pekak agaknya arab ni. tak cakap banyak gua terus tinggikan suara kat makcik tu dengan perkatan yang sama sambil menambah perkataan bodoh kat belakang. terus sepi pasar tu untuk beberapa saat. sambil semua orang memandang gua......


*****


Depan pintu rumah gua


"Bape kilo syamuthoh ko bawak balik." tanya asan sambil buat-buat tak tengok gua.


Semua perkataan carut-carutan yang pernah gua hafal gua zikir kat depan dia. nasib baik tak bawak webcam.


SYAMUTHOH = PELACUR



Moral: malu bertanya, bodoh sombong orang kata,
terlebih tanya memang lu kena.




22 May 2009

IKIM.FM

'Akim', kawan sekolej merangkap housemate gua waktu belajar dulu. nama memang jenis makna baik-baik punya. kalau sebut nama tu satu kolej gua tahu sape. dari pondok pak guard sampai ke dekan fakulti kenal. terus bayang muke dia yang agak tak berperikemanusiaan, badan ala-ala samseng gerak khas, rambut pulak botak ikut penyanyi hattan. perghhhhh, memang budak-budak junior takut kalau terserempak dengan dia. kalau boleh pegi kolej dah siap doa dulu mintak-mintak tak jumpa brother akim ni. memang brutal kalau ikut dari segi luaran. kena pulak bapak dia bagi van macam pengangkutan gangster omputih, lagila menunjukkan keganasan tahap tenno gelap. nampak macam kongsi gelap je bila tengok tang jauh. tak macam anak pengetua langsung.


Bila muka dah ganas, hati mesti follow ganas jugak. takkan belah dada keluar pasu bunga kot. kurang-kurang gear box keta ke lori ke. baru ada personaliti. baru boleh jadi idola dekat budak-budak yang baru nak 'up'. jangan idola budak-budak shuffler sudah. takda 'shape' langsung. tu sebab dengar lagu nak yang ganas-ganas je. pantang dengar lagu-lagu nasyid yang jiwang-jiwang tahap bajingan. memang nak kena maki kalau pasang lagu tu kat depan dia. takda seni katanya.


Satu petang akim lepak dalam van kongsi gelap dia sambil dengar lagu-lagu yang paling 'senonoh' di fakulti. budak-budak yang lalu tepi semua bagi salam hormat. siap datang salam lagi dengan muka jenis nak bodek mintak payung kembang. nasib baik tak pegi cium tangan. memang gua panas dengan budak-budak macam tu. ada jugak gua sepak 2 3 orang sebelum gua berhenti dulu. ntah macam mana boleh lalu satu ustazah yang agak-agak 'heavy' sikit mendekati van akim. mengelupur akim tukar siaran radio IKIM.FM yang kebetulan tengah berkumandang lagu nasyid paling top kat malaysia masa tu.


"tak payah tukar siaran akim, bukan saya tak dengar" kata ustazah 'heavy' dengan lembut sambil berlalu.


akim pandang kerut dahi dengan mata kecik besar.


*****


Dekat rumah sewa gua


'kau tahu ku merinduimu,
kau tahu ku menyintaimu.. oh kasih.........'


"wei, apahal lu bukak lagu nasyid ni. cubela pasang lagu yang senonoh sikit" apply gua yang baru keluar dari bilik.


"Diam" akim jerit sambil tutup muka dengan bantal sofa.


20 May 2009

Mesir Oh Mesir

gua syak dia orang ni rakan kongsi


Dari petang kelmarin sampai ke hari ini gua jadi pelik. buka tv je dengar orang baca Al Quran tak henti-henti. buka siaran lain ada nasyid-nasyid arab siap qasidah dan madeh-madeh(puji-pujian) yang memang gua tak paham satu apa pun. selalu memang takda macam ni. bile bukak tv je mesti talkshow tak habis-habis. sah-sah gua takkan paham sebab cakap dah serupa orang asli. takpun rancangan nyanyi-nyanyi yang agak menghiburkan dan mengairahkan. tanya kawan gua takda sorang pun tahu kenapa. terpaksalah tunggu malam sikit sebab nak tunggu berita. kesannya cucu Presiden Mesir Husni Mubarak meninggal. kira macam Malaysia jugakla, kalau orang kenamaan meninggal pasti tv jadi lebih islamic. heran gua, islam ni diguna pakai untuk hari mati dengan perkara-perkara yang berkaitan hal perkahwinan je. tak tahu ikut pegangan siapa. tapi gua ucapkan jugak takziah pada keluarga mangsa.


Bukan gua nak cakap pasal tv, pasal lagu tu semua. ada benda yang paling menghairankan gua, kenapa Husni Mubarak langsung tak datang hari perkebumian cucu dia(Muhammad A'la' Mubarak)???. takkan sibuk benar sampai tak boleh datang kot. eksyen gila. kalau ada persidanganpun buat-buatla batalkan. tak pun gua syak dia tengah buat persiapan nak sambut obama bulan depan. paling tidak red carpet mesti gila-gila punya. puas menyiasat, kaji selidik, lepas gua tanya ramai orang baru gua tahu ape sebabnya. gambar dibawah ada kaitan dengan perkara yang dibincangkan.



tak ke yahudi mabuk punya keja ni


Mejoriti rakyat Mesir membenci cara mamat ni pimpin. pegi je kedai majalah atau buku, terpampang muka mamat ni kat akhbar-akhbar tulis 'Husni Mubarak musuh Allah'. gila!! kalau lu orang kene amacam?. seluruh dunia islam mengutuk segala tindakan yang telah dia buat ke atas Palestin. kes Obama nak datang ni pula gua tak tahu apa yang diorang nak bincangkan. segalanya menjadi sebab mamat ni mendapat ancaman bunuh dari banyak pihak. memang dah sah-sah mamat ni nak kena bunuh. sebab tu tak berani nak keluar. cikgu gua cakap mamat ni kalau nak keluar sekurang-kurangnya perlukan 40 hari untuk memastikan tempat yang dia nak pegi itu selamat. anak haram!!!


*****


Inilah akibat bila tiada keadilan dalam pemerintahan, gomen Malaysia pulak amacam??

Muke Muki

Persepsi orang ramai kalau pegi negara Timur Tengah je mesti belajar agama. itu gua tak nafikan. memang kebanyakan pelajar Malaysia kat sini amik jurusan agama. tapi gua bukan yang macam orang sangkakan. sebab gua kat sini amik jurusan macam mana nak tulis blog. gile!!! macam mana gua boleh terjebak pun gua tak tahu.


Mula-mula nak datang gua dah bayangkan yang budak-budak Malaysia kat sini 'kompom' baik-baik. paling kurang peramah, suka tolong orang, murah senyuman, dan paling penting muka tak bertopengkan ......... (lu orang isi sendiri). tapi gua silap. semua tu hanya khayalan yang menyebabkan impian gua nak jadi macam Dr. Ali Juma'h(mufti mesir sekarang) terkubur. dah keja maki orang je tak jadi beb. tapi gua tak maki semua ye.


Sampai di mesir gua dah tak pikir apa. gua jihad sorang-sorang. mana tempat yang gua dengar sheikh-sheikh besar ngajar gua pegi. gua tak nak balik tangan kosong. kurang-kurang balik Malaysia dapat masuk Al Kuliyyah pun jadilah. itupun dah membanggakan orang kampung gua. bila dah banyak pegi berjihad mesti banyak jumpa orang. terutama budak-budak Malaysia. maklumlah dia orang pun nak gak masuk tv bile balik nanti.


Seperti yang gua cakap jiwa gua memang rock. jadi pemakaian gua pun ala-ala rock jugak. tak kira mana gua pegi, seluar jeans, t-shirt lusuh dengan jeket adalah pakaian rasmi gua. rambut gua yang panjang ke bahu gua tutup ngan snow cap. memang takda wajah seorang pelajar agama. nasib baik muka gua ada nur. budak Malaysia lain jangan cakapla, pakai jubah putih, siap lilit serban kat kepala,pastu letak selendang kat bahu. perghh.. boleh segan kalau jalan ngan dia orang. paling kurang pun pakai baju melayu letak kopiah kat kepala dengan seluar slack.


Disebabkan gua pegi jihad sorang-sorang, gua terpaksa menjadi seorang yang peramah. mana tahu dapat naik bas free dia orang belanja. jumpa je orang gua tegur, bagi salam siap senyuman paling mahal sekali. tapi gua jadi bengang bile orang balas nak tak nak. senyum pun macam mengejek. siap daring gampang lagi kat gua. ape cite??


Nak dijadikan cita ada sorang mamat ni gua tegur sebab gua ngan dia selalu balik sama-sama. dalam seminggu gua akan jumpa dia 4 ke 5 kali. mungkin rumah dia dekat dengan rumah gua. bila gua bagi salam dia diam pandang semacam kat gua. pastu tarik muke. gua sabar, mungkin dia tengah bad mood. gua tak berputus asa. gua teruskan niat murni gua, pun tak jalan jugak. gua mula naik hantu. tangan gua mula rasa macam nak lempang orang. lama-lama gua dah malas tegur. buat tambah dosa gua je. kalau jumpa buat 'dono' macam dia tak wujud di mata. terus gua lupa pasal dia.


Satu malam gua baru balik dari kelas. dengan muka sangap nak tido, lapar air lagi gua jalan kaki sorang-sorang. tengah jalan gua nampak muslimah-muslimah Malaysia jalan beramai-ramai dengan di bimbing seorang lelaki di hadapan mereka. gua jadi steady. terus bukak snow cap sebab nak tunjuk rambut yang macam Aweera OIAM. bile nak dekat sampai je dengan muslimah-muslimah tu ......


"Assalamualaikum Warahmatu Allah.." sapa lelaki tersebut. dengan senyuman yang manis, pandangan mata yang tepat ke arah mata gua buat gua terkedu.


"Waalaikumussalam" jawab gua terkebil-kebil.


Gua pusing angkat jari hantu tunjuk kat kelaki tersebut. semua muslimah pandang gua semacam.



Interanet ternenet..

Gua dah agak dah, kalau gua nak mulekan sesuatu yang mulia je mesti ade promblem.


"Bangkai, gua nak pakai internet ni. sampai bile nak suruh gua mencarut"

19 May 2009

Metal 98-02

selamat maju jaya wat kawan-kawan seperjuangan gua

Gua bukan jenis kawan dengan semua orang. payah, sebab kawan yang muke-muki banyak sangat. jadi gua amik keputusan untuk limitkan persahabatan gua ngan orang-orang yang tertentu je. termasukla aweks kat sekolah. kang ramai sangat aweks yang gua baik kang bukan boleh berlaku adil pun. kalau dalam kelas boleh bilang budak yang kawan dengan gua. kawan-kawan yang gua ngam adala 3 orang. yang lain macam ada takda gua buat. tapi yang paling gua ngam budak nama paran ni. budak ni lain sikit. ada keistimewaan yang tak dapat gua nak terjemahkan ngan kata-kata.


Gua mula baik ngan paran bila dia ditugaskan menjadi 'barua' pengetua untuk menangkap pelajar-pelajar yang merokok masa gua form 1. masa tu gua cukup bebulu ngan dia. lepas tahu die pem'barua'nya, gua mengambil tindakan drastik melempang sampai muntah darah. nasib baik tak mati, kalau tak buat apa cerita. tapi lepas dia menjelaskan kedudukan sebenar, barulah gua faham yang dia jadi pem'barua' olok-olok je. sebab dia pun sama gak macam gua. start lepas tu gua dengan dia mula ngam dan terus ngam. nak katakan jodoh berkawan ngan dia sampai birthday pun sama ngan dia. ha amacam caya tak??.


Keakraban gua ngan dia makin kuat. pegi sekolah sama-sama(dah duduk asrama memangla), kat kelas duduk sebelah, kena terajang ngan senior(tapi lawan balik beb),buang asrama sama-sama. pendek kata bersama selamanya. masih gua ingat lagi masa lutut gua kena bisul, memang dah tak boleh jalan dah. pulak tu dorm kat tingkat 4. gila gua nak turun naik dengan kaki gua macam tu. tapi atas dasar seorang sahabat, dia dukung gua dari dorm ke mana sahaja gua nak pegi. memang gua terharu sangat. walaupun jiwa rock, tapi perasaan hiba tu memang tak dapat gua sembunyikan dah.


Lepas form 3 gua pindah sekolah. tak dapat nak jumpe lagi. tapi gua ngan dia yang dilahirkan bijak ambil keputusan couple dengan awek yang duduk sekampung. cadangan tu dipersetujui bersama. ape-ape hal nak dating senang, boleh save bajet bayar 'tong-tong' kalau awek gua mengidam makan kat kfc.


Habis je pekse SPM mak gua mencadangkan gua duduk dikampung. katenya untuk mengurangkan aktiviti gua yang dah terlampau bebas di bandar. masa tu memang tak kesah sabab kampung gua dekat ngan rumah awek gua. dan bermakna gua boleh ajak paran lepak sama. tanpa pikir panjang gua bagi tahu paran matlamat mak gua. terus setuju. hati gua makin ingat kat awek gua je. dan mungkin matlamat mak gua takkan tercapai.


Seminggu sebelum bertolak ke kampung, waktu tu gua baru balik umah dari main bola ngan ah chong(khairul anwar baharom). "yied tipon". jerit adik gua. gua mule jadi panas. ape keja maghrib-maghrib tipon orang ni. tak respek langsung. ngan helmet kat tangan kiri, but adidas gua kat tangan kanan, gua angkat talifon letak kat bahu."hello, ni apahal tipon maghrib-maghrib ni, nak makan kaki" tengking gua. lepas bapa saat semua yang kat tangan gua jatuh..


*****


p/s: Arwah berdiri di belakang dari kiri memakai cap, yang sebelah tu gua. Al Fatihah untuk arwah Zafran bin Mat Jan. sikit pun gua tak nangis sebab gua tahu yang sebenarnya gua beruntung dipertemukan dengan seseorang yang mengajar gua erti persahabatan.


Angan-Angan Mat Jenin


Ini adalah antara sebab kenape gua benci sangat ngan rancangan ni. Nasib baik takde lagi ahli keluarga atau kawan-kawan gua jadi pelajar. Kalau tak memang kredibiliti(betul tak gua eja ni) gua sebagai rockers akan tercalar.


"Ya Allah ya tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau beri hidayah"


p/s: "Nasib baik gua kat Mesir sekarang. Kalau tak, emmmm.. Silap hari bulan memang habis gak kredit
gua taip AFUNDI"

Mukaddimah

"Bismillah... Cubaan cubaan 1 2 3, cubaan.." Getus gua dalam hati. Harap-harap penulisan gua ni satu titik permulaan untuk gua jadi cam Prof. Shahnon Ahmad,

Aminnn...