29 May 2009

Hari Itu Menjadi Sejarah

Suatu petang kawan gua bagi tahu ada satu rumah buat kenduri doa selamat. majlis start lepas maghrib. katanya tuan rumah ada jemput datang. gua syak sepupu sepapat dia jugak. jadi dia ajak gua dan beberapa orang member yang lain untuk teman dia pegi. oleh kerana rumah kenduri tu agak jauh dari kawasan perumahan gua dan agak terpencil sedikit, kenderaan amat diperlukan. nak naik bas karang nak balik nanti macam mana. mana ada bas dah tengah-tengah malam. paling kurangpun mesti naik motor. ya, zaman tu kalau ada motor memang ekselen. tapi disebabkan masa tu gua takda motor lagi, jadi gua terpaksa mencari kawan-kawan gua yang ada motor. agak lama mencari, tapi tak satu pun yang dapat gua tumpang. jenis pegi kenduri doa selamat pun nak bawak makwe. memang gua hasut member gua tu jangan ajak budak-budak yang bawak makwe tu ikut. buat malu sepupu-sepapat dia je nanti. dah la pakai tak berapa nak senonoh.


Kalau nak diikutkan rumah gua memang ada sebijik motor. itu pun abang gua yang punya. nak harapkan moto tu? pehh, memang gua dapat sentuh jela. kedekut kemain. katanya takut gua rempit. tu semua alasan je tu. padahal bukan dia guna pun motor tu malam-malam. bila keluar pun naik kereta kawan. kalau mak gua suruh pegi kedai atau bayar bil auto je bagi kunci. haram jadah. jadi gua takda pilihan. terpaksa gua jumpa sorang mamat ni untuk mintak belas ehsan. hati gua memang berat nak mintak. tapi itu je pilihan yang ada. karang melepas pulak gua nak makan nasi kenduri. makwe-makwe kat sana lagi sapa yang nak mintak no talipon. mamat sorang ni jela harapan sekarang.


Biar gua namakan mamat ni sebagai along(singai) je. dia ni ada motor kriss tapi takda lesen dan cukai jalan. kira advantage kat gua la masa tu sebab gua ada lesen. umur dia lebih kurang dalam pertengahan 30. belum kawin-kawin lagi sebab ada beberapa masalah tertentu seperti masuk air sedikit. cakap pun bersepah-sepah. mak dia cakap masa kecik-kecik dia ni pandai. UPSR dapat 4A. lepas kena demam panas terus jadi camtu. entah betul ke tidak gua tak tahu. gua dengar je malas nak melawan cakap orang tua. kalau mak dia tipu, korang pun kena tipu jugakla. jadi nak dipendekkan cerita lepas puas pujuk memujuk, along pun setuju. janji dia ikut sama.


Lepas maghrib gua mintak izin dengan mak gua nak pegi kenduri. dapat je green light, gua pecut keluar pegi rumah member-member gua. sampai-sampai gua tengok along ni dah tersengeh-sengeh pandang gua. member gua yang lain dah pandang gua semacam. semua bebulu sebab gua ajak along ni ikut serta. apahal?. sapa suruh pergi kenduri doa selamat ajak makwe. sekarang sama-samala tanggung bawak budak istemewa.


Perjalanan pegi gua bermula dengan lancar. takda sekatan jalan raya dari encik-encik polis mahupun JPJ. takda motor yang tayar pancit secara tiba-tiba atau karburator nak 'kong'. apatah lagi binatang-binatang ternakan bersembang-sembang di tengah jalan seperti lembu ataupun kambing. bila niat baik nak pegi sesuatu tempat tu insya Allah semua jadi tersusun kata gua dalam hati. tapi yang jadi masalahnya member-member lain semua bawak moto macam pelesit. entah mende pegi kenduri doa selamat pun nak berlumba. malam jumaat je pun bukan malam minggu. yang paling tak senonoh bila ex5 nak lumba dengan rxz. sedarla diri tu yob!!. tinggal gua dengan along ni terkulat-kulat makan asap. bebulu tahap longkang gua masa tu. nak borak dengan along ni macam dah buang tebiat. gua mana paham dia cakap apa. jadi gua ambil keputusan zikir-zikir atas motor je.tengah elok-elok gua zikir atas motor, along cuit bahu gua.


"Weh.. weh.. tu.. tu.. nengok uu." kata along pelat-pelat.

"Nengok mendenye." gua balas sambil ajuk-ajuk cakap along.

"Tulaaa.. awek uuuu" along cakap sambil tunjuk-tunjuk jari ke arah bahu jalan.


Bila gua tengok, takda satu awek pun kat situ. gua mula jadi cemas. berpeluh tapak tangan dibuatnya. zikir-zikir dan ayat Quran yang gua ingat semua bersepah. otak ingat cita orang tua-tua je. katanya orang kurang akal ni boleh nampak benda-benda ghaib. memang cilakak gua rasa malam tu. gua apply break terus u turn balik. along kat belakang marah-marah kata gua takut nak usya makwe tu. yang gua ingat dia kata,


"Nape tak uca?. awa uu. iap cenyum akap luuu." (kenapa tak usya?. lawa tu. siap senyum cakap lu).


*****


nota: start pada tu gua dah tak tumpang along lagi. gua taknak bahayakan jantung gua dari serangan-serangan penyakit yang tidak diingini.

4 comments:

Antusabun said...

Gampang! Lu kutuk gua tu..

MZ said...

start gelak dengan istilah budak istimewa tu.
lawak ah.

dia nampak hantu betul ke apa tu?

xoxoc said...

haha....x bleh blah lu mat

langkasuke said...

gua syak memang dia nampak la. cilakak punya along. berhenti darah sekejap..