28 June 2009

Siri Cerita Bersiri # 2

Pelajar-pelajar semua senyap buat muka baik. gua buat-buat tak layan sambil menguap entah ke berapa puluh kali.

"Saya dapat laporan ada 2 orang pelajar telah melakukan kesalahan besar. nama yang saya panggil sila ke depan dewan dengan segera. paham!!". leman jerit kuat-kuat.

"Muaiyid sani bin abd rahim dan ............(gua tak ingat nama dia). sila ke atas dewan sekarang". leman cuba buat suara keras sebut nama gua.

Gua tersentak. aura mengantuk gua hilang sekelip mata. apa gila nama gua kena sebut pegi depan. apa kena mengena budak tu dengan gua. budak tu pun gua tak kenal. hati gua jadi gelabah. dengan hati yang berat pelan-pelan gua bangun. satu dewan dah mula pandang gua. budak yang lagi sorang tu pun dah mula jalan menuju depan dewan. gua follow slow-slow dari belakang.

Sampai depan dewan gua rasa macam nak pitam. berapa ratus pasang mata pandang gua masa tu. macam orang bodoh pulak gua rasa. gua cuba ingat kot-kot gua ada buat salah. damn!!, takde langsung!!. gua tambah musykil. apa yang sebenarnya leman ni nak buktikan pun gua tak tahu. gua syak dia salah orang je.

"Weh, aku kenal kau ke?. apahal aku ngan kau boleh kene panggil kat depan ni?". gua cuba jadi ramah.

"Kau panggil aku ganu. mane aku tau. aku rase aku tak wat salah pape pun". ganu jawab muka cuak-cuak.

"Kau hisap rokok tak?. mane tahu kot die orang ade nampak kau hisap rokok ke". tanya gua cube selidik.

"Takde, takde. aku tak pernah hisap bende alah tu". ganu tambah cuak jawab soalan gua.

Gua semakin musykil. puas gua cuba rewind apa yang gua dah buat sepanjang orientasi ni. makin gua ingat makin gua tambah tak steady berdiri kat depan. kalau pasal rokok tak munasabah. gua hisap dalam bilik je. tak pun kalau nak masuk tandas. kalau pasal barang amanah, elok je gua simpan telur ayam ni dalam poket gua. apa gampang yang fesi-fesi ni nak cuba buktikan?. tengah elok-elok jadi model kat depan dewan, sorang fesi datang kat gua dengan ganu.

"Baik korang mengaku kesalahan cepat. kang semua budak tido dalam dewan ni kang. pagi esok nak qiam lagi. aku dah penat ni korang tahu tak?". fesi tu cuba ugut gua dengan ganu.

"Mane ade wat pape. ape gila nak ngaku kesalahan yang tak buat". gua jawab kasi panas line. ganu angguk pelan-pelan tanda setuju.

"Oh melawan. korang tahu la nasib korang kejap lagi. ingat benda ni main-main ker?". jawab fesi tu sambil geleng-geleng kepala ke arah leman.

"Kamu berdua taknak ngaku ye. baik. sekarang pelajar-pelajar lain akan tanggung kesalahan yang kamu berdua telah buat". leman mula bersuara kembali.

Budak dalam dewan mula merungut tak memasal. masing-masing bisik-bisik nak salahkan gua dengan ganu sebab tak ngaku bila buat salah. gua macam biasa rasa seronok bila gua buat salah ada orang lain tanggungkan.

"Semua pelajar berdiri. saya akan denda kamu semua sebab kawan kamu yang dua orang ni taknak mengaku kesalahan dia orang". leman start bagi arahan.

"Alaaaaaaaaaaaaaaaaaa". satu dewan merungut.

"Memandangkan jam dah menunjukkan pukul 12. maka tarikh bertukar ke 28 hari bulan jun. mereka berdua mempunyai hari lahir yang sama. jadi mari kita nyanyikan lagu selamat kepada mereka berdua". leman dan fesi-fesi lain tersenyum kat gua dan ganu.

*****

nota: selamat hari jadi buat ganu dan juga al-fatihah buat arwah kawan gua yang mempunyai tarikh lahir yang sama dengan gua.

27 June 2009

Siri Cerita Bersiri # 1

Memang dah menjadi kebiasaan dan kezaliman, asal bulan jun dengan bulan julai je kolej-kolej ataupun seluruh universiti tanah air akan mengambil pelajar-pelajar baru. tak kira la budak lepasan SPM ke, STPM ke atau sijil-sijil yang berkaitan dengannya. memang bulan jun dan julai musim budak-budak masuk U. musim mak ayah gadai tanah atau bendang nak bagi anak-anak dia orang pergi pelajar. musim kita dengar keluhan-keluhan budak-budak miskin tak dapat masuk U pun ada. bodoh gomen ni. zakat pegi simpan buat lawan sesama negeri siapa kutipan zakat paling tinggi.

Gua juga mula rasa bimbang bila bulan jun ni tiba. perasaan ini gua rasa semenjak 4 5 tahun kebelakangan ini. gua memang tak paham kenapa gua rasa takut, gelabah dan macam ada orang perhatikan gua sepanjang masa. debaran yang gua rasai tu semakin klimaks bila hampir tiba bulan julai. gua cuba selidik dan membuat research kenapa gua menjadi begitu. setelah lama mengkaji baru gua dapat tahu apakah punca sebenarnya.

Peristiwa tu berlaku ketika gua baru masuk belajar di sebuah IPTS. biasala kalau baru masuk tu mesti nak buat orentasi. benda yang paling gua menyampah sekali. gua tak nampak kebaikan melainkan nak membuli orang je kerja bebudak fesilitator ni. pakai name tag besar-besar, bawak barang-barang amanah macam telur atau biskut yang dah dicop dengan cop rasmi kolej. kalau pecah barang amanah ni lu orang paham sendiri apa yang bakal lu orang kena dengan fesi-fesi skema ni. tak dia orang dajal bawak baldi 24 jam, disuruhnya nyanyi kuat-kuat kat dataran kolej tengah malam lagu negaraku. abah dia ajar. boleh malu dengan orang kampung kalau dapat tahu.

Satu malam tu ada satu program kat dalam dewan. tak silap gua malam tu malam yang ke 3 gua kena orentasi dengan senior-senior yang skema ni. masa tu jam dah pun menunjukkan pukul 11.50. ketua fesi gua yang bernama leman ni tak habis-habis marah dengan bebudak baru akibat kurangnya disiplin. semua kesalahan dari hari pertama sampai ke malam tu diungkitnya. entah apa-apa ntah. orang dah besar pun nak kongkong-kongkong lagi. nasihat sikit-sikit dah la. bukan budak-budak pun nak ajar marah-marah. gua punya mata masa tu jangan cakap la. dia punya mengantuk macam beribu setan dah tenggek kat kelopak mata gua ni. si leman ni pun satu. macam takda perasaan tengok gua dengan bebudak lain dah terbabas-babas tidur. dia boleh buat selamba badak je membebel kat atas pentas sorang-sorang.

Malam tu seingat gua memang lain dia punya tune. malam-malam yang sebelum ni tak pernah pulak habis lewat. paling lewat pun pukul 11. kang habis lewat nak tidur pukul berapa. dah la hari-hari ada qiamullail. segala sembahyang sunat fesi-fesi ni buat. sembahyang sunat tasbih pun ada. mengantuk tambah letih jawapannya boleh tumbang time rukuk solat sunat tasbih tu. tapi yang palatnya fesi-fesi yang turun berapa kerat je. itu pun yang ditugaskan menjadi imam. yang lain gua syak tengah terbungkang kat dalam bilik membuta. sembang disiplin pung pang pung pang. tapi diri sendiri tak mahu cermin. bikin buat gua nak ong bak je sorang-sorang.

Gua dah mula mencarut-carut dalam hati. rasa nak terajang leman ni pun ada. mata gua dah bersepah-sepah tahan ngantuk masa tu. dah la duk dalam dewan ada air cond. lagi la syok kalau dapat tidur. apa yang leman cakap pun gua dah tak berapa nak clear masuk dalam kepala. fesi-fesi yang lain pulak tunjuk muka bengis kat depan dewan. bajet siswi-siswi baru nak pandang muka. jenis fesyen bodoh nak ngorat makwe. takda maknanya. tiba-tiba brader leman bersuara.

"Kamu semua tahu tak kenapa saya marah betul hari ni?". suara leman memecahkan keheningan dewan sambil kerut-kerut dahi buat muka ganas.


bersambung..................

21 June 2009

Batu Kikir Jambatan Bosi


Esok pagi akan berlangsungnyo hari keluargo bagi anak-anak nogori sembilan. ini satu mosir tau. mano-mano kek no IC eh ado tulih 05 kono datang. tak kiro la yang duduk kek colah-colah padang pasir pun. sapo tak datang zakat dio kono potong. ni den yang kobar. bukan MAINS. sajo nak takut-takutkan bebudak yang nak boikot.

Den dah tak sabor-sabor nak tunggu esok sobonar eh. sobab eh den dongar makan kono tanggung. pengangkutan pun dio orang bagi. nasib takdo duit poket yo. lopeh tu pulak banyak aktiviti-aktiviti yang menarik. ado lawan futsal, takraw(yang ni den tak roti main), debat, who wants to be a dai'e dan macam-macam laie. kalau buleh den nak masuk semuo. kalah takpo, janji den cubo. sapo marah den paranawei.

Andai katolah den monang banyak pertandingan yang den masuk, ini bermakno den memang terer. tak dinafikan laie. tapi kalau den banyak kalah, memang ekau semuo tak doakan den. jadi pakat-pakatlah doakan den yo. bukan kono bayar pun. kalau den sompek atau tersingkir mano-mano pertandingan di peringkat awal, den update la blog ni. kalau tak, paham-paham sendiri.


*******

nota: amacam speking german gua. ada siapa nak celen?

19 June 2009

Rabun Dekat

Gua start bekerjaya sejurus tamat peperiksaan SPM. kerja ni kalau nak mintak tak payah pakai sijil apa-apa. resume apatah lagi. jenis orang tak sekolah pun boleh apply. gua kerja pun untuk menampung keperluan rokok, minyak motor dan top up handpon gua. tambah pulak gua jenis kutu lepak malam-malam. memang duit jadi amat penting masa tu. nak mintak mak gua duit bukan selalu dapat. kat abah gua pulak, gua tak berapa nak berani. jadi usaha kena la ada. baru nama anak laki.

Kerja pertama yang gua maksudkan ialah sebagai pencuci kereta di sebuah carwash. ini carwash milik abang saudara gua. memang mencabar dan perlu ada jati diri. sebabnya nak buat palat kat bos kang abang sedara. nak malas-malas kerja pulak di report kat mak abah gua nanti. kalau ponteng senang pulak nak detect. bila matikan handpon pun boleh call rumah je. kesimpulannya memang susah kalau kerja bawah sedara ni.

Nak dijadikan cerita. peristiwa tu berlaku pada hari ahad. memang hari ahad hari yang paling cilakak sekali. kereta datang bertimbun-timbun. paling kurang pun 30 bijik. peh... memang kejang-kejang tangan dibuatnya. tu belum campur lagi yang nak wax dengan polish. kereta kot sama jenis takpe la. ini ade saiz kecik besar tinggi rendah. kena datang sekali 10 pajero. tak mati lu orang panjat nak basuh bumbung pajero tu. tu belum dikira kereta-kereta yang baru keluar hutan. pandai-pandaila lu orang hitung tahap kepenatan gua macam mana.

Hari tu lepas je makan dan solat tengah hari gua kasi rehat kejap. gua bukan mengular. gua jenis rajin beb. ini disebabkan takda kereta yang masuk. gua kena kumpul balik tenaga sambil menghadam dan mencernakan makanan dalam perut gua. disebabkan letih yang teramat sangat, rehat kejap gua pun boleh jadi tidur.

"Oi, tidur plak. tu ade keta masuk. pegi cuci". bos gua jerit kasi roh gua auto masuk dalam badan.

"Ha ha.. ok2". terkulat-kulat gua bangun dan dengan akur menerima arahan.

Bila gua tengok, ada sebijik kereta kat tempat cuci. kereta jenis datsun warna putih. body pulak dah berkarat. gua mula menyumpah. benci betul gua dengan kereta macam ni datang nak cuci. tak payah cuci la kereta cam ni. vacume sudah. sambil ngomel-ngomel gua bangkit lipat seluar sampai lutut. kemudian nyala rokok sebatang bagi segar. gua jalan slow-slow ke tempat cuci sebab mamai gua tak hilang lagi.

"Dik, cuci luar dalam ek. tayar kasi wax. body tu sental kuat sikit. maklumla keta lama". brader tu sengeh-sengeh bagi arahan.

"Ok2. abg pi duk sane. kang basah pulak". gua pulak bagi arahan.

Gua angkat getah paip, kasi bukak volume paling kuat sekali terus on water jet. kereta lama macam ni kena tembak kuat sikit. baru karat-karat hilang kata gua dalam hati. dari depan kereta bawak ke tepi sampai ke belakang gua tembak. memang syok betul main dengan water jet ni. pernah jugak gua guna menatang ni tembak dinding rumah gua masa abah gua suruh cat rumah dulu. tak payah susah-susah kikis secara manual. jimat masa dan fleksible.

Tiba-tiba gua rasa tak sedap hati. tangan gua mula mengeletar. gua mula panik. rasa macam nak lari luar negara pun ada. tuan punya kereta dah mula bangun tengok gua dari jauh. abang sedara merangkap bos gua pulak dah cekak pinggang. pelan-pelan gua tutup water jet garu-garu kepala.

*****


nota: dah tahu kereta takda cermin buat apa hantar carwash. cuci sendirila kat rumah. sekarang siapa susah. betul-betul luar dalam gua cuci.

15 June 2009

"nak 20sen bah beli coki coki"

Memory 1

Masa tu gua umur 5 tahun. petang tu gua tengah cabut rumput dekat halaman rumah dengan abah gua. tengah layan baik punya cabut rumput abah gua tanya soalan cepu emas.

"Dah besar nanti cita-cita nak jadi apa?". tanya abah gua rileks.

"Takda cita-cita. tak tahu nak jadi apa". jawab gua lagi rileks.

"Takkan takda cita-cita. cita-cita nak beli basikal pun takda ke?". abah gua sindir tikam jantung dan paru-paru.

Gua diam tunduk cucuk rumput. dalam hati gua simpan niat nak jadi orang hafaz Quran.

Memory 2

Biasa malam jumaat gua sekeluarga berkumpul baca yasin bersama. ayah gua ketua yang lain follow belakang. gua macam biasa bajet pandai baca kuat-kuat. habis semua tajwid, huruf, panjang pendek berterabur. gua pedulik apa masa tu. umur baru 6 tahun tak silap. baca jelah mana gua tahu. tiba-tiba abah gua jerit.

"Dah dah berenti. kau ni kenapa ha?. baca bersepah-sepah. makin teruk pulak aku dengar. apa yang mak kau ajar kau tak ambik pedulik ke?".

Gua kaget. cuba buat tak paham main kuis-kuis buku yasin yang gua pegang. abah gua sambung baca balik. kali ni gua buat tak pandai baca. diam je main dengan kapet. habis doa abah gua bangun terus masuk bilik. gua lempar buku yasin tu kat lantai pegi bucu ruang tamu. puas jugak mak gua pujuk malam tu. tapi gua ada cakap kat mak gua sesuatu. sampai sekarang gua ingat.

"Tengok la nanti bila orang dah pandai. masa tu baru tahu. orang akan buktikan".

Memory 3

Gua baru dapat result PMR. tak silap gua masa tu bulan puasa. memang teruk gila result bahasa arab gua. gua ingat gua dapat pangkat C masa tu. dari time gua tunjuk result tu tengah hari kat abah gua, sampaila waktu berbuka. abah gua tak pandang langsung kat gua. tegur pun tak. senyap je. tiba time berbuka abah gua mula bersuara.

"Apa kene ngan kau ni?. kau belajar ke tak?. apasal malukan mak ngan abah?. belajar arab dari kecik. ini je ke yang kau dapat?". abah gua start marah.

"Kau dah taknak ngaji agama dah ke?. ko nak masuk mane lepas ni?. abah malas dah nak tolong. pandai kau la". sekali lagi abah gua bagi.

Satu keluarga pandang gua. mak gua pun tak ketinggalan top up sikit-sikit. marah betul dia orang malam tu. santapan berbuka gua pun dah rasa tak sedap. depan rezeki gua kena marah. tak best langsung. gua angkat pinggan pegi dapur. pastu masuk bilik ambil kopiah terus keluar buat pegi masjid nak solat terawih.

*****

Itu sebahagian memori gua dengan abah gua. sekarang satu-satu gua dah buktikan kat abah gua. cuma memori yang pertama tu belum ada rezeki lagi. tengok la 2 3 tahun lagi insya Allah. lain2 memori gua continue tahun depan. ini sempena hari bapa je. walau apapun berlaku, abah gua tetap king dalam hati gua. sebab marah, sindir, pukul dia tula yang buat gua jadi manusia


nota: kepada antusabun. jangan pepandai tunjuk entry ni kat abah. gua racun turbo lu nanti.

13 June 2009

Panas

Musim panas dah menjelma. kulit gua yang elok-elok putih dah bertukar menjadi gelap. dah tak macho langsung. nak keluar tengah hari buta jalan-jalan memang orang kata gila. kalau boleh waktu nak pegi kelas gua nak berlari-lari anak biar cepat sampai. sebab kelas gua ada ekon. gua ingat lepas ni nak mintak zakat kat MAINS la. nak pasang ekon kat rumah pulak.

Bila dah panas makhluk-makhluk yang tak pernah muncul musim sejuk start tunjuk muka. tikus, lalat, lipas semua wujud. macam cilaka. paling king makhluk bernama lalat ni. dia punya ramai sampai boleh buat muktamar kat rumah gua. bersih macam manala rumah tetap ada. gua tak kisah kalau nak berhibur di rumah gua sangat. tapi yang pegi berkelah kat kelopak mata gua sapa suruh?. gelila bodoh!!.

Sekarang gua dah dapat cara macam mana nak slow downkan lalat kat rumah ni. gua baru dapat ilham tadi. apa nak jadi, jadilah. gua nak pelihara katak pisang kat rumah gua. bernas tak idea gua?


*****


nota: gua belum jumpa lagi katak kat mesir ni. gua ingat dah pupusla sebab banyak sangat melantak lalat. pupus akibat banyak makan.

12 June 2009

Standby La Dari Sekarang

Rock-rock jugak, sesekali gua layan nasyid nak tenangkan fikiran yang kusut. ingat mati kan orang yang bijak. jadi layan lagu yang gua terbangkan khas dari egypt. jangan panik, lirik dalam bahasa melayu.





*****

nota: takde lagi gua dengar budak mesir cakap kumpulan ni tak sedap. orang mesir pun suka. lu orang pernah dengar tak?.


11 June 2009

Kalaulah Guna Hukum Hudud

Tarikh : gua tak ingat. tahun 2007
Waktu : 5 ke 6 petang
Lokasi : ruang tamu rumah sewa gua

Petang tu memang damai. gua dan akim asyik bersembang melepaskan penat setelah pulang dari kuliah. sesambil itu kami mengunyah pisang goreng yang baru dibeli dan dicicah dengan air coca cola. siapa punya idea pun gua tak tahu. tak sedap langsung. dasar pemalas nak buat air, inilah jadinya. sah-sah menyalahi adat. sambil mengunyah, mulut pun jalan mengumpat sana sini. habis orang kami umpat. entah bila gua jadi mak andam pun gua tak tahu. kawan dengan hakim macam-macam boleh jadi. memang dasar anak pengetua, pandai pengaruhi fikiran orang betul.

Sekadar makluman, rumah sewa gua jenis apartment. keliling ada pagar. kalau nak masuk mesti kena soal siasat dengan jaga dulu. siap pakai stiker kenderaan lagi. keselamatan gua auto terjamin. rumah pulak kat tingkat 7. serangan makhluk-makhluk halus seperti lalat nak datang ziarah pun terpaksa pikir 2 3 kali. boleh pitam dibuatnya encik lalat tu sebab gayat. kena hari cuti lagi happening. dapat bersidai depan koridor tengok orang mandi laut. masing-masing pulak sanggup beli teropong dari saiz kecik sampai ke besar. siap warna-warni lagi cermin depan teropong tu. dah macam askar kombat pun ada. huh, naik juling jugakla usya orang mandi.

Sambung cerita balik. topik mengumpat gua dan akim pun dah sampai tahap menghina orang. memang rancak sampai tumpah-tumpah air tersepak cawan. sedak goreng pisang pun dah naik terabur. tengah baik punya sembang tak semena-mena pintu rumah gua dibuka separuh. sesi mengumpat terbantut buat seketika. kemudian kami sambung kembali topik perbincangan yang terputus. masing-masing sangka baik kawan serumah baru balik. tiba-tiba.

Pang..!! keletang..!! keletung..!! keleting..!! gedebuk..!! tap..!! tap..!! tap..!! tap..!!

Gua berpandangan sesama hakim. gua bangun terus berlari ke pintu. akim menyusul dari belakang. pergerakannya agak lambat kerana faktor permakanan yang berlebihan. gua buka pintu untuk melihat apa yang berlaku. gua tengok botol air loncan depan rumah gua berterabur. kelibat seorang manusia berkaki ayam berseluar pendek tidak berbaju sedang berlari kearah tangga.

"Woi, jangan lari..!!". gua jerit spontan. dengan tak pakai baju, pakai kain pelekat berkaki ayam gua kejar pencuri tu.

Akim tak dapat follow kerana beberapa masalah tertentu..!!



*************************************************************************************



nota: siang-siangpun nak pecah masuk rumah orang. siap guna pintu depan lagi. kalau gua dapat pencuri tu, memang gua benam kepala dia dalam mangkuk tandas.

9 June 2009

Arsene Wenger Turun Mesir

"Excuse me boss, you have a text message". handpon katak gua bunyi nak bagi tahu ada mesej masuk. teraba-raba gua atas katil cari handpon.

"Slm. weh ko tau kan wenger trn msia?. ni plk yg terbaru aku dpt berita. awal bulan 7 bukan wenger je datang, satu team arsenal trn mesir. ade friendly ngan kelab ahly. amcm? aku nak angkat tiket ni. ko nak tak? balas cepat".

Gua senyum terpejam-pejam mata. ada can gua nak bergambar dengan nasri. boleh tepek gambar kat facebook ngan blog.



*********





nota: dah 10 kali gua cari msg kat atas tadi. mana dia pegi hah?

6 June 2009

Anak Murid Pasif

Satu malam gua tengah ngajar. anak murid gua masa tu sorang je. ramai-ramai buat apa. nanti gua semak kepala. yang penting kualiti walaupun sorang. ini prinsip gua. lu orang jangan ikut. sebabnya gomen kata kita kekurangan guru. nanti budak-budak lain siapa nak ajar kan?. balik kepada cerita malam tu, budak yang gua tengah ajar tu namanya ajim. malam tu ntah jin mana dah masuk badan gua pun gua tak tahu. habis ajim ni gua kerjakan.

"Takkan salah lagi. berapa kali ustaz nak bagi tahu?". marah gua. dalam masa yang sama gua sesah satu kali dengan rotan kat peha ajim.

Ajim senyap sambil usap-usap peha. kepala tunduk bawah. memang gua buat muka paling ganas sekali. tak berani tengok muka gua la tu. mak dia memang bagi lesen gua sesah dia. takkan gua nak lepaskan peluang.

"Cepat baca balik. dah berapa hari muka ni aje tak alih-alih. buang masa tahu". gua mula bagi syarahan. nak jadi cikgu jangan bagi muka sangat. nanti anak murid naik lemak. ini pun prinsip gua jugak. time tu ajim tunduk rapat sambil main-main jari.

"Kenapa diam?. ustaz datang bukan nak tengok ajim diam. takyah nak buat muka kesian. ustaz bukan pedulik pun". gua up lagi volume suara gua. masa tu gua tak pikir apa dah. gua sesah lagi kat belakang badan dia 2 3 kali. mengelintin gua tengok dia masa tu tahan sakit. sambil tu gua syarah pung pang pung pang dengan niat supaya dia sedar.

Lepas penat gua syarah kat ajim, gua ambil nafas kejap. ajim mula angkat kepala. dia selak helaian buku iqra' 2 3 helai. gua syak dia dah mula sedar. mungkin dia nak start baca balik lepas gua bagi syarahan tadi. kemudian ajim pandang tepat ke arah mata gua.

"Ustaz, malam ni abis awal ek. nak tengok survivor episod akhir". ajim mula berkata-kata.

"Err.. errrr....". gua hilang kata-kata.


*******

nota: gua nak peksa minggu ni. doakan gua berjaya dapat pangkat cemerlang. aktiviti memblog gua tinggalkan sementara waktu. doakan weh...!!!!

4 June 2009

Gua bukan sengaja beb


gambar ini sekadar gambaran sebelum lu baca entry di bawah


Ini cerita 9 tahun sudah, masa tu abang gua eksiden motor yang boleh diketogorikan parah. gua dapat tahu pun masa tu gua kat asrama. oleh kerana keadaan abang gua parah ala-ala stabil, jadi pihak sekolah tak bagi gua cuti balik. katanya mati dengan nazak je baru dibenarkan. ntah mende pun gua tak tahu. memang pihak pentadbiran dengki dengan gua. lebih-lebih lagi warden tua tu. ntah apa nama dia pun gua dah tak ingat. dulu rumah gua buat kenduri pun camni jugak. alasannya tak payah susah-susah balik. sedara mara lain boleh tolong. takda gua pun kenduri tu boleh jalan. macam cilakak gua rasa masa tu. terpaksa gua pulangkan balik duit kengkawan gua yang tempah stok rokok.


Cukup akhir bulan gua cabut balik rumah. sekolah bagi gua cuti 2 hari dengan pelajar-pelajar lain. lu paham sendiri sebab apa. sampai rumah gua campak beg tukar baju cargas pegi hospital. tak sabar nak tengok abang gua apa rupa. bila sampai hospital mata gua tak boleh kelip. terkedu gua sekejap. memang gua sedih kemain tengok abang gua terlantar kat hospital dengan kaki tergantung. masa tu baru lepas operate masuk besi kat kaki dia. muka pun ada rabak-rabak. memang keja apa pun tak boleh buat. semua kena orang tolong. makan minum, pakai baju, sampai tahap nak 'melepas' pun atas katil je guna bekas yang bentuk mangkuk tandas tu. memang seksa gua tengok cakap lu. main istinjak je asal boleh.


Oleh sebab gua cuti, mak gua apply jaga abang gua waktu tu. gua cuba tolak. bagi alasan keja sekolah gua banyak. tapi tak jalan. alasan gua ada kenduri rumah kawan pun mak gua suruh kenselkan. nak suruh jugak duduk hospital. sia-sia cuti gua 2 hari. apa best tidur kat hospital. makan tak sedap, tidur atas kerusi malas warna-warni je. nak hisap rokok pulak susah, nurse kat wad tu pun dah tua-tua. tak selera gua nak pandang. semua status makcik. jenis kalau gua panggil akak kembang tak memasal. nurse praktikal yang lawa-lawa dah takda kut gamaknya. gua nak borak dengan sapa nanti. sohih-sohih gua nganga sorang-sorang.


Jam dah pukul 7. bermakna waktu melawat pun automatik tamat. pakcik guard kat bawah pun dah naik bising suruh pelawat-pelawat balik. mak ayah gua semua kena balik. hati gua mula rasa tak sedap. adik gua dah ejek-ejek tunjuk isyarat padan muka kat gua. pastu lari belakang mak gua. cilakak, mana aci. kalau tidak maunya gua tapak muka dia. lepas salam semua, dia orang terus blah. abang gua dah tersengeh jahat menandakan gua bakal jadi hamba dia lepas ni. takda mood gua nak layan. tiba-tiba ada mamat cuit gua,


"Dik, boleh abang mintak tolong sikit?". mamat tu memulakan bicara.

"Nak mintak tolong ape". gua tanya sambil cekak pinggang.

"Abang kena balik sekarang. adik tolong tengok-tengokkan adik abang boleh?. katil dia yang kat sebelah katil abang adik tu. abang tak dapat nak jaga dia. ada hal penting kat rumah malam ni." terang mamat tu sungguh-sungguh.


Gua usya budak kat sebelah katil abang gua. keadaan dia macam abang gua jugak. tapi teruk dia lagi. kaki dua-dua tergantung siap cucuk-cucuk dengan besi. bala apa pulak yang datang ni?. gua nak jaga abang gua pun dah sepah-sepah alasan gua buat. ini pulak nak kena tambah lagi sorang. gua tengok budak tu siap buat muka sweet lagi. apa dia ingat gua ni awek dia nak tunjuk muka camtu. agak lama berbincang, akhirnya gua setuju. lepas ucap tima kasih dengan usap-usap rambut gua semua. mamat tu turus blah. itu jam gua tengok abang gua dengan budak tu pandang gua sambil sengeh sama-sama. masak gua hari ni jadi pencacai, gua berkira-kira dalam hati.


Lepas je makan malam, gua layan tv dengan makcik-makcik nurse. ada jugak pesakit-pesakit lain layan sama. nak borak dengan abang gua tak berapa nak masuk. budak sebelah katil dia tu lagi la. senyap je tak cakap pape. dengar suara pun time dia mintak tolong. lain takda. lepas habis layan dunia jam 10, gua balik ke tempat gua. bila sampai gua tengok dua-dua dah tido. senyuman mula terukir kat bibir. selesai keja gua setakat hari ni. gua angkat satu kerusi malas letak tengah-tengah antara katil abang gua dengan katil budak tu. pastu tarik kat tempat letak tangan tu kasi turun sikit. senang gua nak tido dalam keadaan berbaring. penat punya pasal jadi babysitters hari tu terus gua lena.


*******


"Kenapa tak panggil nurse yang bertugas?. penjaga kamu mana?. dah tahu keadaan macam ni penjaga mesti ada. sekarang siapa nak cuci najis kamu ni. habis katil ni kamu kerjakan". tengking makcik nurse kat budak sebelah katil abang gua.


Gua bangun pelan-pelan, pura-pura buat pegi tandas amik wudu' nak solat subuh.

2 June 2009

Pelarian

Baru sekarang gua tahu apa yang mat-mat indon dan bangla kat Malaysia rasa. perghhhhhh perit gila cakap lu. semua keja gua buat tak jadi. nak keluar rumah pun dah serupa komunis. awek arab pun gua dah tak boleh nak kacau. kena gua kacau tiba-tiba dia SB ke, ha tak mampus gua masuk penjara bawah tanah.


Dah-dah gua nak pegi imegresan sekarang ni. nak pegi cuba hidupkan visa gua yang dah lama mampos. lu doakan gua dapat visa kejap lagi. penat dah ni ulang alik tak dapat-dapat.


******


Gua datang sini mengajila siamang. bukan jadi buruh binaan....