10 December 2009

Tok Mat Belanda

AHMADAN AFFANDI MUSTAFA


Kalau gua ikut jejak langkah tok sheikh ni kacak tak?. mak gua pesan kalau belajar kena lama. tak boleh kejap kejap. koman koman 20 30 tahun. baru macho ilmu di dada. sekarang gua nak cari sponser. anda berminat?, hubungi saya di laman ini. terima kasih.

*******

nota: balik jugak tok mat ye. gua doakan dia bahagia disamping anak anak buah tercinta. ada umur yang panjang, kita bertemu lagi. gua cilok gambar dari kosmo.

6 November 2009

Semangat Kenegerian


Esok bermulo eh final pialo Malaysia. nogori den bertombong dongan nogori kelantan. tapi yang malang eh mano den nak tengok live perlawanan ni?. hilang aka kalau telibisyen mosir tayang live. setelit berkuaso tinggi 3000 canel pun bolom tontu ado siaran eh. melilau dah den cari kek internet kot kot adolah sosek lives streaming perlawanan ni. kot korang semua jumpo link eh, jangan lupo bagi kek den yo.
*****
nota: gua ingat tak nak sokong mana mana team. sebab hati gua kat arsene wenger je ni. apa cerita?.

4 November 2009

Gua Manusia Yang Penuh Dengan Dosa Dosa

Satu hari gua bersama rakan sebaya berkunjung ke masjid azhar atas tujuan jihad fisabilillah. kelas pengajian usul fiqh yang sentiasa berlangsung seminggu 2 kali pada belah petang tidak akan gua lepaskan peluang untuk mengikutinya. memandangkan rakan sebaya gua pertama kali menghadirinya walaupun sudah bermastautin selama 4 tahun di mesir, gua terpaksa berlakon hero menerangkan selok belok tentang pengajian yang akan berlangsung kejap lagi. padahal gua bukan paham sangat pun. harap angguk dari awal sampai abis je. yang penting keberkatan majlis ilmu tu gua dapat.

Sampai masjid azhar, gua tengok majlis tak start lagi. bakal pejuang pejuang Islam pun dah ramai menanti sheikh sampai. gua bersama rakan sebaya amik port belakang belakang. mak gua pesan tak baik langkah langkah orang. nanti kena sumpah seranah. gua memang setuju nasihat tu. karang langkah langkah orang semata mata nak duduk depan tapi tak paham lepas tu kena marah lagi tak guna jugak. jadi gua nasihat sekali rakan sebaya gua supaya duduk belakang je. beliau akur. huh, macam ustaz jugak gua ni sekali pandang.

5 ke 10 minit sheikh yang akan mengajar tiba. gua dah standby awal awal buka kitab dan baca doa doa belajar. doa tidur memang gua tak baca. nak mati tidur depan sheikh. adab kena jaga beb. ini pun antara pesan mak gua dulu masa gua hari hari kena panggil masuk bilik guru sebab asyik tidur dalam kelas waktu pelajaran bahasa omputih. cilakak, nak marah depan gua sorang sudah lah. kenapa mesti libatkan mak gua sekali dalam arena leteran ni?. jatuh air muka gua tahu tak?, jatuh.

Minit minit pertama pengajian memang gua paham. tak paham memang bangang orang cakap. dah tentu muqaddimah pengajian dengan selawat dan doa doa belajar. gua sungguh sungguh tadah tangan mengAminkan doa. doa ulama' jangan macam macam. kadang kadang gua pikir balik gua duduk mesir ni kerja gua amik berkat ulama' je. belajar malas. haih!!.

Start pengajian sheikh syarah pung pang pung pang. gua kat belakang angguk pelan pelan sambil kerut kerut dahi tak paham. rakan sebaya gua rileks dan tenang je sengih sengih pandang gua. siap gelak gelak lagi bila sheikh buat lawak. apahal gua sorang sorang buat muka serius orang lain ketawa.

Dekat dekat sejam pengajian sheikh gua simpulkan pengajian. siapa nak tanya waktu tu memang digalakkan. takut tak paham balik buat ajaran sesat pulak nanti. dah datang kelas serta mendengar penerangan sheikh pun still lagi kabur untuk memahami. betapa tingginya ilmu agama untuk difahami. dan gua tambah kompius bila orang zaman sekarang ni amik jalan mudah untuk belajar ilmu agama dengan hanya melalui pembacaan buku buku serta input dari internet. kepala hotak lu mengaji macam tu.

Habis pengajian gua selit selit kedepan nak salam dengan sheikh. rakan sebaya gua entah dari mana tahu tahu dah dekat depan gua. memang jenis nak potong trip betul. gua tengok sheikh selamba hulur tangan untuk orang lain salam dan menciumnya. rakan sebaya gua pun tak ketinggalan. sampai turn gua, baru gua nak tunduk sikit cium tangan, sheikh gua tarik tangannya. gua sedikit kecewa dan berlalu pergi. dalam hati gua dapat salam pun jadila.

Tengah tengah gua nak keluar dari tempat pengajian, gua pusing pandang sheikh gua balik. terdetik dalam hati gua, "mungkin ini sebab dosa dosa yang gua buat". tiba tiba sheikh gua mengalihkan pandangannya ke arah gua sambil tersenyum manis. gua pusing terus balik rumah dalam keadaan hati berdebar debar.

*****

nota: musim sejuk ni gua rasa gua kalah dengan selimut setebal buku teks sejarah tingkatan 4. damn!!.. malas gile nak pergi talaqqi.

29 October 2009

Wang Buat Saya Lupa Segalanya

wang yang akan dilaburkan di Legasi 43 Karat

Lama gile rasanya saya tak update. sekali dia punya feel malas datang, macam nak buang paswed blog dalam sungai nile je. maklumla sekarang dah nak masuk krismas. musim sejuk pun slow slow datang membuatkan hikmat tidur saya meningkat ketahap paling kurang 12 jam sehari. ahhh, tulis blog bukan boleh kaya pun. waktu tengah kaya ni malas dia lain sikit. nanti saya dah jatuh miskin saya tulis blog balik ye.

CEO Legasi 43 Karat

*****

nota: line tengah panas sekarang ni. jadi penggunaan 'gua lu-gua lu' terpaksa dikurangkan untuk sementara waktu bagi menjaga karier gua sebagai blogger. harap maklum.

10 October 2009

Carik Carik Bulu Ayam, Lama Lama Bercantum Jua

abang gua masa kecik kecik

Zaman gua kecik kecik dulu, rumah siapa ada internet memang dah dikira advance, luas pengetahuan, berdaya saing dengan masyarakat luar dan berwawasan. tak kira keluarga papa kedana ke atau kaya raya. yang penting teknologi terkini dah meresap dalam saluran wayar talipon rumah. masa tu slogan satu rumah satu komputer mana wujud lagi. gomen lambat pick up lagi masa tu. sekarang pun lambat jugak .

Satu hari abah gua isytihar nak pasang line internet kat rumah. gua masa tu mula hilang arah. mula bayang macam macam yang senonoh dan yang kurang senonoh. benda alah borak borak dengan makwe makwe tanpa melihat wajah muncul satu persatu. nak hantar kad raya pakai email pun ada. mana boleh tahan nganga telan air liur dengar sembang sampah kawan kawan. kemodenan gua tercabar. setakat gua terer lumba lari dan main galah panjang masih belum cukup untuk gua jadi ketua kongsi gelap. sedikit sebanyak internet ni dapat membantu gua dalam pemilihan akan datang.

Hari yang dinantikan muncul. gua dengan abang gua dah tak sabar sabar tunggu orang telekom sampai rumah. masing masing berebut duduk depan komputer. apa nak buat benda ada satu. nak kena kongsi sampai 6 orang adik beradik. tu tak campur mak ayah gua lagi. kuasa pemerintahan rimba terpaksa digunakan. siapa kuat dapat pakai dulu. dan macam biasa gua mengalah sebab abang gua dah tarik muka masam macam budak budak.

Selesai orang telekom pasang, abang gua dah stanby depan komputer. tekan sana tekan sini, godek sana godek sini, picit sana picit sini tapi tak dapat bukak jugak internet explorer. gua duduk kerusi belakang sengih sengeh. ingat cekap sangat kata gua dalam hati. bila dah give up, baru abang gua tanya kat abah gua.

"Bah, nape tak boleh bukak internet ni?. dari tadi tak dapat dapat".

Abah gua yang dari tadi duduk perati anak anak dia macam tak pernah jumpa menatang internet bangun menuju ke arah gua dan abang gua.

"Memang la tak boleh bukak. dah kau tak connect lagi. haih..". keluh abah gua

Gua tahan gelak kat belakang. sangkaan gua yang abang gua power serba serbi pasal komputer dengan internet meleset sama sekali. penat gua jaja nama dia kat kawan kawan gua. nasib baik tak kantoi.

"Ni siap kena ada password lagi ni. apa password dia bah?". abang gua tanya lagi.

"101080" ringkas jawapannya.

"Macam pernah dengar je nombor tu". ngomel abang gua.

"Memangla pernah dengar. tu tarikh lahir kau. sebab aku sayang kau la aku letak password camtu". terang abah gua.

Gua tengok keadaan abang gua dah tak tentu arah bila abah gua cakap camtu. pantang orang sayang. pelan pelan gua bangun masuk bilik. dasar yang abah gua gunakan sama sekali gua tak dapat terima.

*****

nota: gua wish birthday lu dalam blog beb. kira gua sayang kat lu ni. jangan lupa RX7 gua bila lu dah kaya nanti.

5 October 2009

Takda Hala Tuju

Hati gua tak tenteram. gundah gulana. kacau bilau. macam kena santau pun ada. buat apa kerja semua jadi gampang. datang kelas rasa nak lempang budak pakistan, jawab pekse macam gua tengah nak amik PHD, soalan susah macam sial, masak nasi jadi cencaluk, masak lauk asyik terlebih garam, buat nescafe rasa teh susu, minum pepsi tekak jadi loya, macam teguk air sungai nile pun ada, tengok bola Arsenal menang hati gua tak rasa apa, tidur gua tak lebih sejam dua, dan baru tulis entry pendek ni gua rasa macam nak mencarut. babi punya line internet.
*******
nota: takde nota....

25 September 2009

Cairo-Dubai-KL-New Delhi-Cairo

Gua baru sampai Cairo. kepala hotak gua masih ingat lemang lagi ni. benda alah ni je yang takda kat mesir. habis alahan kulit gua sebab tak makan lemang cukup sebulan waktu raya. duit simpanan gua pun dah susut dengan teruk sekarang. tak pernah dibuat orang balik mesia seminggu semata mata nak raya. macam bapak gua bill gates gua buat.
*****
nota: gua jet lag lagi ni. apa gila raya gua dihabiskan bersama pramugari pramugari je. muka dia orang gua tengok pun ada riak sedih. gua buat buat paham sebab gua pun sama situasi dengan dia orang.

18 September 2009

Balik Kampung

Gua tengah bungkus kain baju, kitab kitab yang gua dah beli dalam kotak serta barang barang cendermata untuk keluarga dalam beg. dan gua juga dah memastikan yang gua tak lupa bawak pasport dan tiket kapal terbang yang baru gua beli semalam ke airport. apa nak jadi jadi lah, gua kena balik jugak raya ni. bederau darah gua rasa nak sambut raya kat sini. doakan penerbangan gua tak sibuk di awan biru.

*****
nota: antusabun, standby pagi raya jemput gua kat KLIA. jangan macam macam pegi semayang raya pulak.

13 September 2009

Manchester City 4 - 2 Arsenal

Sumpah gua tak masuk casino belakang tu walaupun Arsenal kalah

Kalah, menang, seri, Wenger mati kena tembak, Fabregas pindah Barca, Arsenal jatuh divisyen, 10 tahun takda piala, gua tetap sokong Arsenal. jangan sampai gua balik dari mesir ramai pakai baju Manchester City belakang tulis Adebayor sudah. memang gua stud muka sekor sekor. "he is not professional footballer"-Van Persie-.

*****

nota: bangang!!. kucar kacir tarawih gua dengar Arsenal kalah.

10 September 2009

Kekurangan

Gua masuk rumah separa banglo gua. gua tengok sekeliling ruang tamu. gua perhati betul betul. sofa ada dua jenis siap dengan meja tengah tengah ruang tamu ala ala jepun lagi. boleh la muat sekali 20 orang kalau nak datang raya ni. tibi pun tak kurang besar macam tibi bravia cuma 14 inci je saiznya. ada jugak gua dengar mega construction sebelum ni nak pakai 29 inci. tapi tak jadi sebab takda astro. macam gampang alasan.

Kemudian gua pandang arah tingkap. gua tengok pakai sejadah je ketip dengan penyepit baju buat jadi langsir. kira ekselen juga idea ni. jimat kos untuk belanja hari raya kata kawan serumah gua. "woi langsir dulu mana woi?. buat lap kaki ke?". jerit gua dalam hati.

Gua tengok bawah pulak. kapet taknak kalah pakai jenis baldu punya. tempat yang takda kapet disaluti dengan tikar jenama apa ntah gua lupa. tapi kawan gua cakap puluh puluh jugak harganya semeter. peh, taraf rumah exco kerajaan negeri ni. rumah gua kat mesia pun tak pasang tikar macam ni keliling rumah. silap hari bulan boleh kena potong pinjaman sebab hidup dengan kemewahan. haih.

Tapi gua tetap rasa ada kekurangan walaupun rumah gua boleh diketogorikan macam luar setinggan dalam banglo dah. sebab benda yang tampal tampal dan gantung gantung kat dinding takda satu pun sampai kat sini. tak seni langsung raya gua tahun ni.

Imarah 10, Blok 115
Jamaluddin Al-Syayyal street
7th District, Nasr City
Cairo, Egypt.

*****

nota: dah dekat 10 tahun gua tak pernah dapat kad raya. semua hantar pakai sms je. kedekut!!.

6 September 2009

Pendidikan Kelas Jasmani


Ni nak kira macam mana ni?. gua jadi tak reti nak terangkan dah. ganas mana pun gua takdalah sampai nak kencing muka ulama' ulama'. pewaris nabi tu beb. jangan Allah dah balas sok baru nak menyesal sudah la. ancaman Allah jangan lupe brader!!!.
*****
nota: ini bukan entry politik. ini cerita adab manusia dengan ulama' yang Allah angkat darjatnya tak sama dengan manusia biasa. ada otak letak kat mana?.

4 September 2009

FRU


gambar khas untuk FRU

Sekitar gua sekolah darjah darjah.

FRU adalah satu gelaran individu. individu yang banyak menyusahkan hidup gua kalau ada kenduri kendara kat surau kampung gua. lebih lebih lagi dibulan ramadhan. seorang yang penyibuk dan perangai macam apa ntah suka jaga tepi kain orang lain. hal budak budak pun nak busy body. biasa la budak budak suka main. takkan tu pun tak boleh.

Nama sebenar FRU ni gua tak ambil port sangat. yang selalu gua dengar orang orang kampung panggil dia pak abu. tapi lebih femes FRU dikalangan kanak kanak macam gua. gelaran FRU ni pulak idea sepupu gua. katanya perangai FRU memang macam ni. kacau orang tak tentu hala. pukul sana sini. paling teruk orang nak semayang pun dia nak jaga. macam gampang. nasib baik tak main tembak tembak air.

Kebiasaan time semayang tarawih budak budak kena duduk saff belakang. tak boleh campur orang tua kat saff depan. peliknya pak abu ni jenis suka duduk kat saff belakang jugak. dia pun nak sama macam budak budak. kenapa taknak rebut saff depan?. kan banyak ganjarannya tu. takkan ada kelonggaran orang macam dia duduk dengan budak budak kat belakang kot.

Paling gua sakit hati bila imam dah mula angkat takbir. dia buat rilek rilek je duduk macam takda pape. bile tengok gua ngan budak budak lain pun ikut rilek rilek macam dia, tahu pulak nak marah. kenapa lu tak nak jadi contoh kat budak budak?. siapa bayar lu pak abu?. sistem dasar apa yang cuba lu buktikan pada kanak kanak macam gua ni?. bila dengar imam dah nak ruku', baru gua perasan pak abu gopoh gopoh bangun nak angkat takbir. memang gua tak paham dengan FRU sorang ni.

Gua dan budak budak lain memang tunggu pak abu angkat takbir nak sembahyang. masa tu la waktu yang paling sesuai nak cabut pegi luar surau main mercun. kalau yang tak menyempat nak main mercun tu, dekat dalam surau dah gesek mercun mancis baling kat luar pintu surau. tunggang langgang budak budak lari takut mercun mancis masuk dalam baju. bangang tak bertempat. kesian gua tengok ada pakcik pakcik melatah dalam solat bila dengar bunyi mercun. budak budak macam ni lu jangan buat geng. susah hidup lu nanti.

Puas main mercun sampai lubang lubang baju melayu. gua dan angkatan kanak kanak yang lain tunggu tahiyyat akhir solat witir. imam bangun je dari sujud yang terakhir masing masing berlari masuk surau amik saff masing masing. mana yang tak sempat nak duduk kat saff kanak kanak sebab imam dah bagi salam terpaksa buat saff baru kat bahagian belakang. berterabur jugak gua tengok saff kanak kanak masa tu.

Lepas bagi salam gua buat buat tunduk macam takda pape berlaku. tapi gua dah yakin sangat habuan yang pasti gua dapat dari FRU. tak kena cubit kat peha, gua kena sepak kat kepala. gua tadah jelah dari gua kena ngan mak gua sendiri. paling kesian kalau ada yang kena tempeleng ngan FRU sebab kantoi dalam poket baju melayu ada mercun lebih. gua dah pesan habiskan stok mercun tu. siapa ingkar pesanan gua memang camtula jadinya.

***

Puasa tahun lepas gua terserempak dengan pak abu. ada jugak gua tegur sikit sikit tanya khabar. cuma yang gua perasan ada budak kecik selalu dengan dia berkepit sampai habis solat witir. gua syak anak dia. masalah sekarang kenapa lu taknak letak anak lu kat saff belakang?. tahu pulak lu takut gua cubit anak lu kalau mainkan.

*****

nota: lu tunggu gua balik pak abu. ada hutang tak berbalas lagi ni.

*****

update terkini: sumpah gua tak tahu pak abu dah meninggal. al-fatihah untuk beliau. moga rohnya dicucuri rahmat. ameen.

27 August 2009

Kegagalan Gua Update Selalu Dibulan Ramadhan

nak baca kasi tutup hp tu. gua tengah solat ni

4 hari lepas hari pertama gua kerja dangan bos gua. gua kena sediakan juadah berbuka kat budak budak rumah negeri . ada la dalam ratus ratus orang gua nak kena bagi makan. potong bawang pun boleh nangis nangis walaupun pakai specs. macam cilaka pedih.

Esoknya pulak gua buat buat kental taknak update. saja gua sibukkan diri dengan membaca Al-Quran. sikit lagi gua dah nak khatam. target gua sekarang 4 kali khatam bulan ramadhan ni. jadi ini alasan kukuh gua tak dapat update selalu.

2 hari lepas tengah baru nak klik mozilla firefox, gua dengar suara suara yang boleh dipercayai kata malam ni lailatul qadar dari kawan kawan serumah. dengan keadaan cemas cemas seronok gua bangun bentang sejadah terus semayang berbilang bilang rakaat. habis dekat 10 rakaat gua baca setengah juzu'. kemudian sambung balik solat. peh, hati gua tak pernah tenang macam ni.

Semalam pulak, baru je gua nak daftar masuk blogger dot com abang gua antar mesej suruh tahajjud. gua off komputer ambik wudu' semayang banyak rakaat. terima kasih kat abang gua sebab mengingatkan.

Hari ni gua gagahkan diri juga nak update. ini pun gua taip secara turbo. kejap lagi dah nak subuh dah. jadi tiada panggilan sepenting seruan Ilahi.

*****

nota: apa lebihnya amalan pada ramadhan kali ini dengan yang lepas?. renungkan sejenak.

21 August 2009

Countdown

Rutin harian gua akan berubah bermulanya 1 ramadhan. dan gua juga mempunyai misi misi yang agak mustahil untuk gua gapai dan takluk. lu orang usya carta kat bawah ni. mana tahu boleh praktikal sekali ngan gua.

1. Misi paling utama gua bulan puasa ni nak cari malam lailatul qadar. gua tak tahu sebelum sebelum ni gua pernah dapat ke tak. sebab dekat dekat nak raya je mesti gua pegi chow kit cari baju raya dengan kawan kawan. apa cerita?.

2. Kalau boleh gua nak khatam Quran sekali dalam bulan puasa ni. tak dapat sekali 4 kali. tak dapat jugak gua khatam hari hari. tapi gua target sehari 2 kali. amacam, kacak tak?.

3. Gua nak tambah berat badan. macam mana gua nak tambah kalau bulan tak puasa pun tak naik naik?. inisiatif gua sahur dengan buka gua telan kurma je. nasi makan sikit sikit. tu pun kalau gua punya gigil lapar dah sampai.

4. Gua taknak jadi imam bulan puasa ni. apa gila gua nak jadi kalau bersepah sepah budak tahfiz kat sini. nak kena tendang?.

5. Tiap tiap malam gua nak tukar tukar masjid cari imam yang baca best time solat tarawih. kalau dah jumpa gua akan stay kat masjid tu sampai malam yang terakhir. baru feel solat tarawih gua.

6. Siang hari gua dipenuhi dengan membaca Quran. malam pulak gua nak solat puluh puluh rakaat. blog gua?, hak tuih. tengok la kalau gua ada masa nak update.

Gua tak tahu dapat buat ke atau tak misi misi ni. cuma gua yakin sikit kat no 4 tu. lain lain gua doa moga Allah permudahkan. tak dapat semua, jangan tinggal semua.

*****

nota: kepada abang gua, selamat menjadi imam tarawih. tak baik main nyorok nyorok belakang tiang. kehkehkeh.

20 August 2009

Burnley FC 1 - 0 Manchester United

Petang semalam gua pulang dari asrama rumah melayu abbasiah (ARMA) dengan penuh kekecewaan. niat hati ingin bertemu dengan seorang tokoh ulama' yang paling gua kagumi iaitu Sheikh Dr Ali Jumuah yang akan berucap disana bagi sebuah majlis penutup. tapi apakan daya, beliau tidak dapat hadir atas sebab sebab tertentu. kekecewaan jelas terpancar diriak wajah gua dan juga teman teman. gua akur. mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini.

****

nota: kenapa kawan kawan gua ramai tak online malam ni ye?. setan merah kena bakar dengan burnley kot. maklumla nak masuk bulan Ramadhan kan.

18 August 2009

Muke Mukikah Ini?

Semalam gua jalan sorang sorang pulang dari kelas Quran. biasa kalau kelas Quran gua akan berdua bersama kawan serumah. tapi hari tu dia sakit mende ntah. jadi gua jalan solo je. ikut hati nak ponteng gak. panas weh. dugaan nak pegi talaqqi musim panas ni lain macam. nasib baik gua dah buat perjanjian dengan sheikh gua. sekali tak datang denda 10LE. kalau tak, dengan gua gua sekali boleh jatuh sakit mengejut macam kawan gua.

Sedang enak melayan perasaan, gua terpandang seorang lelaki melayu yang gua rasa gua teramat kenal. sah. memang sah mamat ni. muka dia gua takkan lupa sampai bila bila. nasib baik kemera hanpon gua 1.3 mp bukan cybershot. kalau tak boleh snap satu kali sambil berjalan.

Dekat dekat nak sampai gua ngan mamat tu, gua cuba buat tak perasan. jalan masa tu tunduk ibarat ahli sufi. mulut kumat kamit macam tengah ngulang Quran. otak gua ligat apa tindakan sewajarnya yang patut gua ambil. tendangan fabregas atau jari hantu?.

Ngam ngam sampai sebelah mamat tu gua angkat kepala. mata gua tepat ke matanya. maka berlakula perkara yang dituntut dalam Islam.

****

nota: petang tu gua berpakaian begitu siqah sekali. berbaju melayu berseluar slack. kopiah putih gua bubuh atas kepala. rambut gua dah potong pendek. takde nak rock rock dah. kata ahli sufi!!.

17 August 2009

Kerja Gila # 4

Jalan cantik tapi keliling hutan. peh, menangkap.

Perlahan lahan along bukak visor. dengan mata merah menyala, ditambah pula sinaran lampu jalan berwarna kuning. wajah along cukup tak mengerikan. macam nak lempang je gua rasa.

"Nasib baik kau jerit tadi. boleh terlelap pulak. ngantuk gile weh!!". suara along tenggelam timbul.

"Babila. dah dah, kau duduk belakang. bak sini sarung tangan tu, biar aku bawak lak. kalau eksiden tadi, memang aku terajang kau".

Dengan lafaz syukur tak terhingga ke hadrat Ilahi, gua meneruskan perjalanan semula.

***
Jasad gua dan along dah melepasi pekan Raub. bermakna tinggal pekan lipis je lagi sebelum gua sampai sempadan pahang-kelantan. along kat belakang dah lena diulit mimpi. bahu gua mula terasa berat. kenapa mesti letak kepala kat bahu gua?. ini kalau gua tolak sikit ni memang bersepai jatuh kat jalan ni. nasib baik gua tak sejahat tu.

Detik detik yang gua lalui juga bertambah bosan. lepas sebatang, sebatang rokok gua cucuh. yang paling gua tak tahan dengan along. gua berhenti nak cucuh rokok pun dia boleh steady je sandar kepala kat bahu gua. memang nak kena tendang. dah la gua sorang sorang layan perasaan atas motor tanpa peneman. suara pun takda nak nyanyi nyanyi lagi. apa gila gua nak main tegur tegur benda tepi jalan. salah tegur mendapat gua nanti. gua bukan along singai beb.

Sampai pekan lipis gua singgah satu Petonas. saja gua tak kejut along yang sedang enak melayan mimpi sambil letak kepala kat bahu gua. pelan pelan gua tarik badan pegi ke arah kiri sikit kasi kepala dia jatuh mengejut.

"Babila wei. potong stim betul. aku ngantuk ni". along marah sambil pejam mata.

"Ahh, banyak kau punye stim. dah sampai lipis dah ni. pi basuh muka tu. lepas ni kau bawak pulak". gua bagi arahan sambil tahan gelak ngan pekerja Petronas.

"Malas. aku nak tido ni".

Lepas 15 minit rehat dan bertengkar ngan along siapa punya turn nak kena bawak motor, akhirnya gua beralah jugak. ini pun untuk keselamatan bersama. kerajaan tak bagi memandu waktu mengantuk. jadi gua terpaksa akur dengan saranan tersebut. lagipun gua taknak pisang berbuah dua kali.

***
Ketibaan gua di stesyen minyak Shell Gua Musang disambut dengan senyuman oleh pekerjanya. gua syak gua dan along pelanggan yang pertama. malas gua nak main senyum senyum dengan orang pagi pagi buta ni. kalau makwe mungkin gua akan pertimbangkan. kepala gua still tengah kusut sebab masa perjalanan yang wajib gua tempuh untuk sampai ke PCB lebih kurang 5 ke 6 jam lagi. jadi gua kena serius sentiasa. no senyum senyum.

Dari Gua Musang nak ke Kuala Krai jalan paling tak best. keliling hutan pekat. lampu jalan jangan ditanya. memang takkan ada. kena pulak waktu dah subuh. kanak kanak berseragam putih kelihatan ditepi tepi jalan. gua terpaksa merendahan meter kelajuan akibat motor motor yang gua syak takda road tax memenuhi jalan raya. ada yang menghantar anak anak ke sekolah, dan mungkin juga ke kebun barangkali. yang buat gua marah kenapa tak nak pasang lampu kat motor?. gua tahu la motor kampung sekali pun. tapi lu dah menyusahkan pengguna pengguna seperti gua yang mahu mengejar masa. kalau gua langgar lu macam mana?.

Embun embun pulak turun dengan menggila. kejap kejap gua lap visor motor dengan sarung tangan. kejap kejap lap dengan sweater. macam tengah hujan pun ada. along kat belakang still macam cilaka. keadaan macam orang tengah berzikir tersengguk sengguk tahan kepala dari sandar kat bahu gua. paling tak tahan tengah sedap sedap gua bawak dia boleh berdiri kat belakang sambil nganga mulut. katanya dahaga nak minum air embun. perangai macam setan.

Dekat dekat nak habis subuh gua singgah satu masjid. kewajipan seorang muslim wajib diutamakan. niat hati lepas solat boleh pekena nasi lemak sekali. itu pun kena tengok harga jugak. kejap lagi tak lepas nak beli madu dengan duit minyak balik apa cerita?. duit bajet ngam ngam je ni. dan macam biasa along mesti mintak bukan bukan. selera taknak kalah. rokok dunhill dah bagi pun nak makan nasi lemak sambal sotong lagi. sekali lagi gua jugak kena beralah makan roti canai je. haram...

***
Nak sampai PCB gua pulas minyak motor kasi laju. harapan hanya satu. cepat sampai dan gua boleh terus tido sejam dua. kelopak mata dah mula jadi kecik. tekak dan lidah pun rasa lain macam. nak hisap rokok kena pikir dua kali. kelat kelat je gua rasa. jenis tak cukup tidor, perut lapar paksa hisap rokok. memang boleh buat gaduh rasa rokok time tu.

Sampai depan rumah sewa, gua senyum puas. tak sia sia gua susah payah bersengkang mata bawak motor ngantuk ngantuk, sampai jua akhirnya. gua langgar satu kali pintu rumah sewa gua kasi terbukak sikit. terus masuk parking motor dalam rumah. pintu ni pun satu. mana mahu tuan rumah nak baiki. tolak camtu je terus terbukak. mentang mentang sewa rumah murah. kebajikan ahli sewa langsung tak dipedulik. kasut bola gua pun boleh kene rembat. nasib baik gua tak pegi ngadu kat persatuan pengguna. kalau tak, nahas kakak tuan rumah tu kena saman.

Gua turun motor pelan pelan menuju ke arah rak kasut. gua punya kebas satu badan masa tu jangan cakap. macam orang cacat gua jalan. sampai depan rak, satu satu kasut mula gua selongkar.

"Sial!!, kunci rumah takda pulak kat kasut kasut ni. takkan pencurik curi kunci rumah kot?".

"Kau jangan macam macam. jauh jalan ni. tipon la kawan kau tanya. mana tahu dia letak tempat lain ke". along dah mula segar bila dengar kunci rumah takda.

"Jap, aku try call kawan aku dulu".

Gua auto dial nombor housmate gua seraya membuka helmet. apa gila gua nak talipon orang selit hanpon dalam helmet. tak gagah perkasa langsung kalau orang tengok. dah la pakai hanpon cakap kat tepi. lagi tak masuk akal kalau gua selit. along singai pun tak buat keje macam tu.

"Wei un, sape budak terakhir kuar rumah ni?. kunci takde pun kat rak kasut ni". tanya gua pantas.

"Hang ni jerit jerit pehal?. bagi salam la dulu kot ye pun. aku last skali balik. kunci aku bagi kat kak mah. pi la mintak kat dia. awat hang tanya?".

"Ok2. aku takde mase nak explain. lain kali aku bagi tahu na. assalamualaikum tuan sheikh". terus gua matikan talian.

"Kau tunggu kat sini jap. aku nak pegi amik kunci kat umah depan tu".

Gua start motor balik pecut pegi rumah kak mah. gua doa dalam hati janganla tuhan bagi ujian yang berat kat hambanya yang dhoif ni. mintak mintak kak mah ada kat rumah. tak sanggup dah gua nak tanggung beban ni lagi.

Sampai depan rumah kak mah, hati gua hancur berkecai. segala nama tingkap dan pintu tertutup rapat. takda tanda tanda rumah tu sedang didiami. terjelupuk kejap gua kat handle motor mengenangkan nasib yang bakal menimpa gua.

"AGGGGRRRRRHHHHHHHHHH". gua jerit dalam hati.

bersambung..

13 August 2009

Misi Gua Sekarang Mencari Baju Arsenal Belakang Tulis Eduardo Pulak


BPL belum start lagi Google dah cakap macam ni. bertambah malas la gua nak ulas lebih lebih. karang ada pulak yang makan hati berulamkan jantung. apa apa hal pun kita tunggu dan lihat je sampai akhir musim.

Gua harap takda siapa yang tuduh gua percaya benda benda tahyul ni. syirik dan khurafat apatah lagi. kalau tak memang gua tendang.

LONG LIVE ARSENAL

10 August 2009

Murad Budak Russia

Semalam gua ada pekse. macam pekse dulu dulu jugak, gua jawab biasa biasa je sebab malas nak tunjuk power. dah memang gua tak power mana. lulus pun dah kira ok. bukan guna sistem pointer pun. gua ingat last last nanti baru gua nak jawab cara orang luar biasa. amacam, licik tak gua?.

Untuk bahagian akhir kertas peperiksaan, gua kena buat karangan yang bertajuk surat kabar di negara anda. antara isi pentingnya siapa penulis yang masyhur di akhbar tersebut. entah siapa penulisnya pun gua tak kenal. gua hentam je janji bunyi nama orang.

Tengah tekun gua layan karangan yang diberi, tiba tiba seorang budak russia tegur gua.

"Muaiyid, kau tahu tak penulis akhbar yang paling masyhur kat negara aku?". murad tanya rileks macam bukan tengah pekse.

"Manala aku tahu. negara kau murad. nama orang rusia pun dah pelik pelik. kalau penulis lagila pelik aku rasa". jawab gua nak taknak.

"Cuba kau teka. penulis ni memang masyhur diserata dunia. aku yakin kau pun mesti tahu". murad paksa jugak macam budak budak.

"Aku tak tahu. kau bagi tahu je. kalau aku kenal memang penulis tu masyhur. kalau tak, tak payah paksa paksa lagi. karang kena koyak kertas peksa pulak". marah gua sambil tengok ustaz gua dah daring semacam dari tadi.

"Kau ni takut la. ustaz ni baik. takkan dia koyak kertas pekse punya. kau nak tahu tak siapa penulis yang masyhur tu?".

"Siapa?".

"Michael jackson". ringkas jawapan murad.

*****

nota: semua perbualan dalam bahasa russia. gua dah belajar sikit sikit dari murad. lepas ni boleh ajar kat orang kampung.

6 August 2009

Jika Kau Tahu (if you know)

Aku bertemu dengannya di sebuah kedai kopi lama di desa minang ini. Kerapkali orang memandang kami yang sedang berbual disalah sebuah meja yang ada di situ. Mungkin perbezaan dari segi gaya pertuturan kami ataupun orang-orang di sini memang suka memerhati perbualan orang lain. Atau mungkin kedudukan kami begitu hampir dengan kaki lima. Ah kataku dalam hati.

"Ah," katanya, "sialkan orang-orang itu", bila aku menyuarakan pandangan-pandangan yang ditujukan kepada kami.

"Mereka semua anti kuasa." ujarnya lagi.

Aku seperti selalu, pura-pura bingung dengan pandangan orang ramai dan kemudian menghadap apa jua yang ada di hadapanku. Dan buat masa ini di hadapanku adalah dia. Dia yang bercerita itu dan ini. Dia yang mengosongkan mindaku dari jeling pandang orang yang lalu lalang. Dia yang terlalu agung untuk diajak berbicara. Dia yang melontarkan pada ku buih-buih kisah. Dia yang kau tak perlu hidup bagi aku bercerita bersama dengannya.

"Jika kau tahu," tuturnya, dan aku tidak pula melihat mulutnya berbunga-bunga dan hidungnya keluar api yang menyambar makhluk hidup seperti aku yang selalu ku dengar dari cerita-cerita purbakala yang terkadang cerita-cerita purba itu datangnya dari negeri-negeri eropah. Sial, kataku pada cerita-cerita purba itu. Tetapi cerita sial itu pada pengetahuanku telah mendewasakan aku, kamu dan seluruh anak-anak hingusan di maya pada ini. Ah, kita semua telah ditipu.

"Jika kau tahu pasti", ditekannya kalimah pasti itu sambil jari-jemari digengam erat.

"pasti kau akan berlumba di atas bangunan setinggi beratus-ratus tingkat lalu beramai-ramai terjun ke bawah, menghentakkan kepala dahulu dari anggota badan yang lain, mengharap ubun-ubun hancur menyerpih dan urat-urat di dalam otak terburai memaliti segala-galanya." Dia menarik nafas.

Aku tersentak merasai gelombang tengkorak yang berkecai dan serpihan tadi terpelanting ke serata arah dengan seketul otak yang berselaput telah bersepai dan berselerakan ke sekelian sudut. Aku terpegun dengan warna merah darah yang telah diganti lendir-lendir putih.

"Tak cukup dengan itu," aku mendengar katanya sambil aku menahan nafas berberapa detik untuk menghindar dari bayangan hanyir.

"kau akan menggali sebuah lubang sebesar satu benua sedalam lautan dan di dalam lubang itu kau tanam berupa ranjau dari batang-batang besi sebesar jari pada setengah ketinggian lubang itu yang telah diruncingkan setajam mata pisau yang dihalakan tegak lalu kau beramai-ramai terjun dengan mata yang terbuka memandang hujung besi yang ditajamkan itu hingga mata-mata kamu ditusuk tembus besi tadi," Dia menggeleng-gelengkan kepala.

"dan kamu timpa-menimpa di atas besi tajam tadi sehingga orang yang paling bawah mencium dasar bumi dimana besi yang kamu tanam berceracak dibadannya yang padanya masih tersisa nyawa dan degup nadi."

Aku juga turut berbuat demikian, menggeleng-gelengkan kepala menahan ngeri tusukan besi menembusi segenap anggota badan, mata, mulut, leher, hidung dan ah! Sial, kataku. Peri sakitnya menjalar saat ini.

"Tidakkah itu kejam." Tukas ku. Dan aku memejamkan mata tidak dapat membayangi detik-detik tadi.

"Tidak!" Dia memekik padaku.

"Jika kau tahu kejamnya neraka!"

Dan aku ingin benar melolong dan memekik dari saat dia bercerita hingga kini.

*****

nota: terima kasih kepada saudara Sidra Kamar atas kesudiannya membenarkan gua mencetak semula hasil karya beliau. semoga menjadi ikhtibar kepada pembaca.

4 August 2009

Samseng

mujahid dan muaiyid masa muda muda

Gambar ni gua jumpa kat celah mana ntah gua dah lupa. gua syak masa ni abang gua tengah dengki dengan gua sebab gua lahir kat dunia ni. mentang mentang gua takda kudrat nak melawan, boleh la lu.

Gua tak boleh tulis entry ni panjang panjang. nanti jadi perbalahan dua kuasa besar dunia. sikit sikit je boleh. ini pun gua dah rasa macam ada orang nak mengamok. apa apa hal baik gua chow dulu.

*****

nota: kecik kecik dah samseng. dah besar sok tahula pak teh kejekan.

1 August 2009

Demonstrasi

Hari ini ada demo kat kolumpo. demo pasal nak mansuhkan ISA. demo mintak dibebaskan tahanan tahanan ISA dan ditutup kem kemunting. mari pergi beramai ramai. jangan tanya gua pergi ke tak. roh gua dah sampai masjid negara dah. jasad gua je tinggal kat mesir ni.

*****

nota: dekat mesir pun bakal ada jugak demo demo ni. demo yang akan gua handle kalau peksa gua batal sekali lagi.

30 July 2009

Gua Memang Budak Kampung

Tahun:2006
Lokasi: dalam KLCC
Waktu: dekat dekat nak maghrib

"Lat, aku sakit perut ni. kau tahu mana tandas kat sini tak?". gua tanya lalat selaku kawan gua.

"Mana aku tahu. ini kira first time sampai ni. tanya signboard jelah". lalat jawab sambil garu garu tangan.

"Ha jom jom. dah memang tak boleh blah dah ni".

Masa tu jangan cakap perut gua berkata kata. dia punya mintak nak keluar tahap kalau orang buat lawak pun boleh makan pelempang. gua pusing satu tingkat kat KLCC tu berpandukan signboard mencari hala tuju yang dikehendaki. lama jugak gua dengan lalat cari. dekat 5 minit baru gua jumpa.

Sampai depan tandas gua tak tunggu lama. gua pecut masuk mana tandas pintu yang terbukak. kalau gua pilih pintu yang tertutup boleh jadi isu nanti. apa gila satu kali tu gua main tolak tolak pintu tandas ada mamat tengah baik melepas tak kunci pintu. ngeri gila babak tu kalau gua nak ingatkan balik.

Baru je gua nak melepaskan segala kehendak perut gua dalam tandas, gua rasa tak sedap hati. gua pandang sekeliling gua. gua perhatikan ada sesuatu yang kurang dalam toilet tu. cilakak!!, mana paip air?. yang ada masa tu tisu putih je. gua mula cemas. nasib baik tak lepas dulu. kalau tak sampai esok gua duduk dalam tandas ni. gua auto jerit nama lalat.

"Woi lat, tandas ni takda paip air la. macam mana ni weh?". jerit gua sambil cari punca air.

"Hah!!. kau biar betul. KLCC ni beb". jawab lalat menghina.

Gua ikat tali pinggang balik terus keluar. mulut gua mula sumpah seranah. gua test tengok kat tandas lain. pun sama jugak. apa gila buat tandas takda paip air. teknologi apakah ini?.

Gua ajak lalat cari tandas lain. gua syak mungkin tandas tingkat ni pakai teknologi jerman. mana tahu teknologi malaysia kat tingkat bawah. nak tak nak gua kena cari jugak tandas. gua dah la kat kolumpo. datang pun naik KTM. apa-apa jadi kat seluar gua boleh mengundang aib sepanjang perjalanan pulang nanti. gua taknak malukan sesiapa.

Sampai kat tingkat bawah gua tengok keadaan tandasnya sama. takda yang lain. teknologi yang diserapkanpun lebih kurang. gua jadi buntu. gua keluar balik pegi cari pak guard. hanya pak guard je harapan gua sekarang. lalat pun tak boleh harap. tak kolumpo lansung.

Jumpa pak guard gua suruh lalat terangkan situasi yang sebenar. lalat mintak dia tunjukkan jalan yang sebenar bagi memenuhi tuntutan perut gua. masa tu gua dah cengkam bahu lalat dah tahan sakit perut. memang dah tak boleh cakap dah masa tu. ini kalau gua cangkung ni silap hari bulan terus barai je ni.

Lepas lama berbincang, pak guard mintak gua dan lalat tunjukkan mana tandas yang tiada air. sampai kat depan tandas pak guard tu senyum kat gua. gua rasa macam nak sepak je muka dia.

"Dik, tandas ni mana ada paip air. kat sini punca air dia kat mangkuk tandas tu. adik nampak lubang kecik kat mangkuk tu?. ha, kat situla keluar air. suis die kat tepi tu. kalau pakai paip, nanti permukaan lantai basah. orang tak suka masuk tandas lantai basah basah". terang pak guard tu panjang lebar.

*****

nota: kalau gua pegi KLCC lagi lepas ni gua taknak lepak lama lama. kena sakit perut lagi macam mana?. tak fit langsung qadha' hajat kat situ.

27 July 2009

Kerja Gila # 3

Gua dan along memulakan perjalanan dengan hati yang riang. takda nak risau atau takut. rasa macam nak pegi vocation pun ada. kena pulak motor along baru keluar kedai. kompom-kompom lepas roadblock. tak payah nak susah-susah pusing bila nampak polis. tapi gua ada jugak suspen sebab motor along ni bukan beli new. jenis angkat second hand je mamat ni. gua tinjau spoket motor die tadi macam dah tajam semacam je. ini kalau naik bukit berdua sah-sah gua kena turun dari motor. kalau tak, memang tercabut rantaila jawabnya.

Untuk memudahkan perjalanan, gua memutuskan untuk mengikut jalan gua musang. kalau ikut jalan terengganu atau grik, silap-silap petang esok pun belum sampai. gua dah set masa ngam-ngam. sebelum pukul 12 tengah hari esok gua dah terpacak kat umah sewa gua. boleh tidor barang sejam dua. sebelum masuk highway seremban-kuala lumpur, gua isi minyak kasi penuh dulu. bancuh 2t cantik-cantik kemudian gua angkat 2 botol kosong dekat tong sampah kitar semula di stesyen minyak. dalam hati gua minyak spare wajib ada. kang tetiba minyak motor kering tengah-tengah hutan lipis siapa nak menjawab?.

Lepas semua dah selesai, along bersuara,

"Apa lagi, bacala doa. kalau kau nak pi solat kat surau tu pun boleh. aku tunggu kat sini". kata along sengih-sengih sambil tarik asap rokok.

"Ceh, orang kalau nak jalan jauh kat rumah tadi dah doa siap-siap dah. ni kau dah suku jalan baru nak buat. ah, jom gerak. dah nak pukul 12 dah ni. kang tengah hari pulak sampai KB". gua balas sambil letak botol minyak kat bakul motor.

"Aaa, ok2".

Perjalanan awal gua bagi along bawak motor dulu. kalau gua bagi dia bawak tengah-tengah hutan karang, silap-silap ke gaung diamnya. gua tahu sangat kelemahan along bawak motor. pekse QTI masa ambil lesen dulu pun rasuah. memang tak boleh harap langsung. inilah sebabnya banyak eksiden kat malaysia. ambik lesen pun nak rasuah. SPRM bila nak siasat?.

Atas motor gua nyanyi lagu-lagu yang membina semangat. lagu rock kapak 80an menjadi pilihan gua masa tu. ada jugak gua selit lagu-lagu nasyid. harap-harap perjalanan gua ada berkat. kadang-kadang lepas setengah jam gua mintak along berhenti sebab nak cucuh rokok. along pulak jangan harap nak nyanyi. jenis ambik hujung-hujung je lirik lagu yang gua nyanyi. menyirap betul gua masa tu. tak reti nyanyi diam-diam jelah. ini boleh menimbulkan kemarahan pendokong industri muzik macam gua. nasib baik gua tak baca Quran je atas motor. kena dia buat perangai yahudi mabuk ambik hujung-hujung ayat jugak, memang gua sepak dari belakang.

Masuk je highway karak, gua stop nyanyi. suara gua masa tu dah serak-serak dah. gila nyanyi dari seremban sampai hujung selangor. amy search pun boleh angkat bendera putih. jalan masa tu pun dah gelap. mana ada lampu jalan kat highway karak. lampu motor along pulak macam segan-segan je nak suluh jalan. tiba-tiba along bersuara,

"Woi, ada perhentian tak?. minyak dah susut ni. perut aku pun dah lapar. boleh kau belanja makan kejap lagi". along cakap jerit-jerit sambil pegang visor takut tercabut.

"Macam cilake. ada-ada. kau berhenti kat hentian sepah. dah tak jauh dah. nanti aku belanja roti gardenia 5 posen. amacam?". balas gua.

"Babi kedekut". along carut sambil tutup visor helmet.

****
Sampai hentian sepah, along isi minyak dan gua menuju ke kedai mesra petronas. gua angkat rokok dunhill 14 sekotak dengan pall mall 20 satu. kenangkan along tengah lapar, gua angkat roti petak-petak yang harga dia 1.20 dengan air botol coke besar. nak belanja makan nasi duit tak berapa nak ada. gua takut sampai kelantan menginap terus kat sana je tak balik-balik. takkan nak mintak mak gua masuk duit. apa alasan gua nak bagi kat mak gua. gua harap along tahu bersyukur. sampai time nak bayar, mamat cashier tu tegur gua,

"Dari mana nak ke mana bang?. pagi-pagi lalu highway karak ni". tegur mamat berbaju belang hijau putih kepada gua.

"Dari seremban nak pegi kelantan". gua jawab sambil mata melilau kot-kot ada barang yang perlu dibeli.

"Kerja kat sana ke?. atau masih belajar?".

"Belajar lagi. ni nak sambung sem baru la ni". gua jawab konfiden.

"Ooo. bawak motor elok-elok. biar laju sekalipun asal selamat". nasihat mamat cashier tu kat gua sambil memulangkan duit baki.

Gua ambil duit baki sambil tersenyum. puas jugak gua nak tahan gelak masa tu. bodoh-bodoh je kena tipu. siapa suruh peramah sangat dengan gua. lain kali duk diam situ je. gua tak suka dedahkan identiti gua kepada masyarakat. nanti nyawa gua terancam. sampai kat luar kedai gua tengok along daring gua semacam.

"Wei kedekut, beli la kuih pau ke jagung rebus tu ke. ni roti je. tak berkhasiat langsung. roti mana kenyang".

"Banyak bunyi la kau ni. makan je lah. yang ada ni pun dah syukur. aku beli gula-gula je kang baru kau tahu". marah gua sambil menghulurkan rokok dunhill 14 kat along.

"Kalau camni, tak payah beli makanan pun takpe. ini pun dah cukup". along capai rokok sengeh-sengeh.

***
Perjalanan gua dah melepasi pekan bentong. dekat pekan bentong tadi ada jugak along mintak berhenti. katanya nak tengok bebudak tengah racing. boleh hilang mengantuk katanya. memang gua ketuk kepala dia sekali. jenis mudah lupa matlamat. pantang gua bila jumpa orang macam ni.

Antara bentong dan raub jalan sunyi gila. kereta pulak tak banyak. sekeliling gua kampung-kampung yang gua tak ingat namanya. gua selaku pembonceng dah cemas-cemas usya belakang kalau-kalau ada makhluk halus ikut menumpang. tak cukup tanah kejap lagi gua nak lari. time-time macam ni segala ayat hafalan gua dah lupa dah. otak ingat nak tido je. dia punya sakit pinggang jangan cakap la. kerusi urut ogawa je boleh membantu waktu macam ni. lepas ni gua nak usulkan kat parlimen motor keluaran mesia ada tempat sandar. macam motor harley davidson. amacam?.

Sedang gua leka layan perasaan sambil tersengguk-sengguk mengantuk, gua merasakan pemanduan along semakin rapuh. kejap-kejap masuk line orang. kejap-kejap hampir langgar tiang jalan. badan along masa tu tegak semacam je. takkan kena rasuk kot tengah-tengah hutan ni?. gua panik. gua cuba gerak-gerakkan badan dia. tapi keras takda maklum balas. hala tuju motor yang sedang gua bonceng pun semakin tidak keruan. karang kalau gua loncat dari motor ni silap-silap boleh patah kaki gua. tak buang masa gua jerit satu kali.

"Woi long, apahal kau bawak motor cam yahudi ni?". gua jerit tepi helmet along.

Tiba-tiba tangan along macam menggigil. arah motor masa tu jangan cakapla. macam ular gua tengok. lama jugak gua cemas-cemas kat belakang. gua harap jangan excident sudahla. tak pun ada hantu dah masuk dalam badan dia. mana nak cari tok dukun tengah hutan ni. belum sempat gua habis buat andaian macam-macam, along tekan break berhenti tengah jalan. nasib baik takda lori follow belakang. kalau tak boleh melayang nyawa gua.

Dekat tengah jalan along diam seribu bahasa. pelan-pelan gua ke belakang sikit. risau jugak kot ada hantu dah masuk. mahu diterkamnya gua nanti. tak sampai 5 saat along pusing pandang gua tanpa membuka visor gelap milik beliau.


bersambung................



25 July 2009

Metal 00-09

Maut tak kenal lu siapa. maut tak kenal lu bujang atau dara. maut juga tak kenal umur lu berapa. dan maut tak kenal lu dah bersedia atau sebaliknya. ingatlah!!, maut itu lu kena yakin kebenarannya. kalau tak lu pasti binasa. lu kena ingat hidup ni bukannya lama. siapa yang yakin dalam masa 5 minit lagi dia masih bernyawa??.

Buat sahabat gua Arif bin Zakaria, segala kebaikan yang lu dah buat pada gua selama gua dan lu kenal, gua memohon agar Allah membalasnya dengan berlipat ganda kebaikan. dan moga Allah meredhai selama mana lu hidup di dunia ini.


baju merah hitam, duduk dibarisan hadapan


Nota: satu-satu kawan gua pergi menghadap Allah dahulu. pergi dalam usia yang amat muda. pergi meninggalkan segala-gala yang berada di dunia melainkan 3 perkara iaitu sedekah jariah, amal kebaikan serta doa anak yang soleh. andai kata giliran gua lepas ni, adakah gua sudah bersedia?. ya Allah....














Al-Fatihah......















Alam Roh - Alam Rahim - Dunia - Alam Barzakh - Akhirat

20 July 2009

Nak Melawak biar bertempat

Lu tengah naik motor atau kereta. basikal pun boleh jugak kalau lu tak mampu nak pakai motor lagi. tiba-tiba lu kena tahan dan ditegur dengan kengkawan atau sedara mara lu. ayatnya berbunyi begini.

"Weh, nak kemana naik buraq ni?. laju semacam je". tanya insan yg berkenaan.

Agak-agak apa yang lu akan buat?.

*****

Nota: sempena sambutan isra' wal mi'raj.

17 July 2009

Setel!!!

Dari awal lagi gua dah nasihat, dah cakap elok-elok dan dah bawak bincang. tapi semua tak jalan. sekarang sapa susah?. lu orang jugak yang susah. lu orang cabar tahap kesabaran gua. kesabaran gua ada limit beb. kan dah tak pasal-pasal dua-dua dapat makian gua. sekarang gua lepas tangan. apa nak jadi gua takkan ambil pusing. nak berjaya ke, nak melingkup atau nak terbalik itu lu orang punya pasal. gua tetap steady.

Gua tak pernah halang benda baik yang orang lain nak buat. malah gua lagi menggalakkan. tapi jalan nak ke arah tujuan yang baik tu lu orang pandai-pandai ikut kepala otak sendiri. benda baik kalau ikut jalan nafsu yang ntah apa-apa boleh mengundang kecelakaan. kenapa tak mahu terima pandangan orang lain?.

Gua malas nak syarah benda ni panjang-panjang. siapa gua nak cakap lebih-lebih kalau pandangan gua pun bulat-bulat ditolak. lu orang semua dah besar. tanggungjawab gua pun dah selesai. kot lepas ni nak salahkan gua jugak atau orang-orang yang terdekat memang makan pelempang. cuma gua nak ucapkan good luck dalam menghadapi insan-insan yang menanti lu orang semua di malaysia.

*****

updates: tak paham klick sini. kalau tak paham jugak simpan dalam hati je. gua malas nak terang lebih-lebih.

10 July 2009

Kerja Gila # 2

Kepala otak gua ligat memikirkan cara untuk atasi masalah gila ni. gua ingat kalau pemimpin tertinggi dunia sekali pun dapat masalah gua ni mahu pitam dibuatnya. gila berat masalah yang menimpa gua ni. tengah-tengah pikir sambil garu-garu kepala, gua teringat kawan gua ada sorang lagi tak balik negeri sembilan. mungkin sedang usya mek-mek kelantan kat sana. tu pun boleh dikategorikan kerja gila jugak tu. lantas gua auto dial nombor dia.

"Hello dam, ko kek mano skang?". gua tanya dengan harapan jawapannya dia masih di kelantan.

"Den kek umah la. kat jemapoh". adam jawab serius.

"Cilakak. ok takpo-takpo". gua maki sepam seraya mematikan perbualan.

Gua kembali buntu. mati gua camni. jam dah menunjukkan pukul 10 tepat. masa berjalan begitu pantas. kalaulah ada doraemon, tetiba gua berangan yang gua ni nobita. dalam duk angan-angan gua tu gua dapat satu idea gila. gua start motor pecut pergi seremban pulak. tujuan gua nak ke bank islam. nak usya dalam bank gua ada berapa sen. sambil-sambil bawak motor gua usya jugak kiri kanan dengan kereta-kereta yang lalu. mana tahu kot-kot sepupu sepapat gua ada yang merayau tengah-tengah malam ni. mampos gua kalau kantoi. dahla warna motor gua ni satu je ada kat seremban. nilah bahayanya kalau motor warna pelik-pelik.

Sampai-sampai je depan bank gua loncat dari motor ala-ala macam cerita orang putih. peh, macam antonio banderas pulak gua rasa masa tu. terus keluar kad bank pergi mesin ATM. gua masuk kad bank, tekan no pin, tekan button baki, gua tunggu dia loding. cantik!! baki gua ada dalam seratus malaysia. dalam beg duit ada dalam 50. cukupla kot kata gua dalam hati. gua kasi keluar semua duit, ambil resit ngan kad bank terus cabut pergi rumah kawan gua. rumah kawan gua yang ni memang tempat port ala-ala kongsi gelap. gua kena bagi tahu pengerusi kongsi gelap gua dulu sebelum membuat kerja gila ni. manala tahu ada sumbangan dari pihak atasan.

Sampai depan rumah kawan gua, gua tengok bebudak yang sebaya dengan gua tengah lepak-lepak sambil main gitar. gua senyum meleret. bukak helmet, mati enjin motor kemudian kasi tupang. kang tak tupang jatuh pulak bini gua ni.

"Long, esok kau keje tak?". gua tanya sambil jerit-jerit. ahli kongsi gelap ni bukan dengar pun kalau gua cakap slow-slow.

"Keje la, kau ingat aku pemalas ke. apsal?". along jawab suara serak-serak. gua ingat suara dia hilang lepas tarik lagu amy search tadi.

"Camni, aku nak pegi kelantan ni. kau nak ikut tak?. semua aku support. ade masalah sikit la. kang aku citer time jalan. tapi naik motor kau la. moto aku kau paham-pahamla. minyak macam air". gua terang panjang lebar.

"Aku takde hal. tapi keje aku macam mana?. potong gaji kang". along tanya gua balik.

"Alah, kau mcm tak biase plak. beli mc la. nanti aku bayar". gua balas dengan cadangan bernas.

"Cantik. ko pegi umah botak, ambik tiub, pam ngan spare part bukak tayar. kang ko datang sini balik, aku siap jap". along bingkas bangun meninggalkan geng-geng kongsi gelap yang lain yang sedang melalak.

Gua tak buang masa. masa tu kan emas. gua pecut pergi rumah botak angkat barang-barang yang telah diberi arahan kepada gua. gua mula melihat cahaya-cahaya harapan yang telah along berikan kepada gua. terharu gua dapat kawan macam dia. nasib baik tak menangis je atas motor. lepas semua dah siap packing, gua gerak pegi standby depan rumah along. masa tu gua dah siap-siap pakai glove bell, kasut boot red wing dengan jeket kulit. nak jalan jauh keselamatan kena diutamakan. sambil-sambil tunggu along, mak along sapa gua.

"Kau nak pegi mana yid?. along cakap nak pegi kelantan. betul ke?". tanya mak along kompius.

"Haah pegi kelantan. ada masalah sikit la cik". gua ngaku malas nak menipu lagi.

"Nanti beli keropok lekor ek". adik-adik along jerit dari dalam rumah.

"Dah dah. jangan ngada-ngada. kat pasar malam belambak. beli kat sini je". along keluar gaya mat rempit sejati.

Gua senyum je adik-adik along kena marah. selamat sen gua dari kena beli keropok lekor. budak-budak ni tahu nak 'pow' gua je. bukan paham masalah gua.

"Long, moto aku nak letak mane? port umah ko bahaya la. buatnye abang aku lalu masak beb". gua tanya cemas-cemas.

"Pegi hantar rumah amad. ko gerak dulu. kang aku sampai sana". along bagi cadangan.

Laju gua terima arahan dari along menuju rumah amad. harapan gua amad sporting kasi gua park bini gua kat rumah dia. sampai depan rumah amad, gua tengok amad sedang mengelap motor kepunyaannya di depan rumah. lepas menerangkan situasi dan tujuan gua datang. amad accept gua punya cadangan. katanya member-member punya pasal dia sanggup tolong. sekali lagi gua hampir menitiskan air mata. memang payah jumpa kawan-kawan yang baik ni. bisik gua dalam hati.

Lepas 5 minit, along sampai depan rumah amad. gua dengan along salam amad satu kali dan mintak dia doakan perjalanan gua selamat. sebelum gua bertolak, amad meninggalkan pesan kat gua dan along.

"Baik-baik jalan wei. korang bukan nak pergi mambau. ni nak pegi kelantan. kerja gila ni. naik motor plak tu. pepehal msg la ye". amad pesan menikam jiwa raga gua.



bersambung...........................

6 July 2009

Kelajuan Itu Membunuh

Zaman kanak-kanak memang ekselen. tak payah pikir nak keja cari duit, susah payah bangun malam study macam orang gila sebab esok exam. yang ada dalam kepala otak main je tahu. bila lapar balik rumah mintak nasi. silap hari bulan makan pelempang jugak sebab bawak lumpur masuk rumah. tapi memang main tak kira waktu. dari pagi sampai ke time rehat waktu sekolah. balik pulak dari sekolah standby depan jam dinding tunggu pukul 5 nak sambung main lagi dengan kengkawan. kalau tengok kaki gua masa tu siap line selipar jepun lagi sebab berjemur tengah panas.

Antara kelebihan gua yang lu orang semua tak tahu ialah gua mampu membuat larian persis err.. usain bolt. apa sahaja permainan yang melibatkan larian pasti gua yang mengunggulinya. jadi, untuk memperkasakan larian gua, pelbagai teknik dan latihan yang telah gua lakukan. antaranya berjoging tiap hari, test pick up lari dengan anjing-anjing liar kat taman perumahan gua, dan yang paling penting tidur yang secukupnya. bila di sekolah, gua akan menguatkan lagi otot-otot dan sendi-sendi gua. apa yang perlu gua buat hanya bermain polis entry bersama murid-murid lain di waktu rehat. masa tu jangan cakaplah gua punya king. berebut budak-budak nak team dengan gua. sampai yang senior pun dah cop gua dulu waktu perhimpunan pagi. sebab dia orang tahu kalau tag team dengan gua je pasti mencapai kemenangan.

Satu hari macam biasa, lepas je makan kat kantin gua menuju ke padang sekolah. gua tengok budak-budak dah berkumpul kat padang. semua standby nak main polis entry. bila gua sampai je, masing-masing daring gua semacam. yang senior darjar 6 ngan 5 pandang gua sengih-sengih. gua paham sangat maksud jahat dia orang tu. gua buat-buat tak nampak nak cover line taknak budak-budak lain perasan. lepas je bagi kumpulan kepada dua, game pun bermula. team gua pulak mendapat undi mejority jadi pencuri dulu. yang tak dapat team dengan gua telan air liur je la. sampai habis rehat la jawabnya diorang jadi polis disebabkan kewujudan gua.

Main punya main gua tengok sekor-sekor team gua kena tangkap. last-last tinggal gua sorang je jadi pencuri. gua mula cemas. memang tak boleh harap team gua ni. terpaksa gua menggunakan strategi rahsia gua. takkan nak duduk rumah pencuri je sampai habis waktu rehat. nak tak nak kena keluar jugak. gua lipat seluar kemas-kemas, masuk baju dalam kasi susah polis-polis ni nak tarik baju kemudian buat muka bengis. baru je gua nak lari selamatkan kuncu-kuncu gua, datang sorang senior darjah 6 dari team polis merangkap ketua ke rumah gua. lepas berbisik dan berbincang seketika, senior tu pun blah. gua pun standby balik nak selamatkan kawan-kawan gua yang dah kena tangkap.

*****

Esok pagi waktu nak pergi sekolah

"Mak, nanti duit belanja sekolah minggu ni mak masuk dalam tabung haji ye. muaiyid ada duit untuk minggu ni". gua cakap lembut selaku anak soleh.

"Ai, mana kau dapat duit belanja sekolah?". tanya mak gua heran.

"Ada simpan dulu-dulu. jadi muaiyid guna lah. belanja yang akan datang boleh simpan terus kat tabung hajikan". jawab gua bangga.

"Bagus-bagus. macam nilah baru bijak". puji mak gua melambung.

4 July 2009

Hati Gua Sekarang Kalau Belah Keluar Botol Susu

Malas gua nak tulis panjang-panjang. gua dapat berita pun dari sini. yang penting gua dah tak sabar-sabar nak balik malaysia. gian gua nak menyakat anak buah gua yang kedua makin membuak-buak. kepada anak buah gua yang pertama pulak jangan takut dan cemas. pak teh akan memberi kasih sayang yang sama rata kat korang berdua.

******

nota: takde sorang pun ahli keluarga gua sms bagi tahu kakak gua dah selamat bersalin. apa cerita?.

3 July 2009

Kerja Gila # 1

Satu malam, tengah gua lepak-lepak dengan kengkawan gua di rumah sewa, gua dapat satu sms dari mak gua.

"Salam yid, mak dalam perjalanan ke kelantan ni dengan abah. tengah hari esok insya Allah mak ngan abah sampai".

Gua jadi auto tersenyum baca sms. mana taknya, bukan senang mak abah gua nak datang kelantan melawat gua. ni kalau datang boleh jugak gua pow duit belanja lebih. tak pun bawak pegi pasar wakaf cik yeh borong jersey banyak-banyak. ada rezeki lebih sikit, gua racun pulak pergi rantau panjang shoping sakan. dah lama gua nak terjah masuk pegi siam nun. dengar cerita barang gila babi murah. murah rezeki gua bulan tu.

Seperti yang dijanjikan, tengah hari esoknya mak, abah, adik beradik, uwan dengan mak ngah gua sampai. peh, macam lawatan sambil belajar pulak datang ramai-ramai. habis gua bawak dia orang jalan pusing kelantan. dengan gua-gua sekali gua rasa macam first time sampai kelantan. padahal dah 2 tahun gua bermukim kat situ. itu gua tak pedulik. yang penting apa yang gua nak termakbul. segala jenis pasar kat area kelantan gua pergi. restoran best-best yang gua hanya dengar sebelum ni gua ajak mak ayah gua pergi lunch dengan dinner. memang solid gua rasa masa tu. waktu tengah malam pulak, diam-diam gua angkat kunci spare pajero mak gua pergi lepak kat kedai mamak dengan abang gua. sambil borak sambil hisap rokok pung pang pung pang. takda ayat gua nak terjemahkan perasaan gua masa tu. berlonjak-lonjak riang beb.

Cukup 3 hari family gua kat kelantan, tiba saat perpisahan. lepas salam-salam dengan pow duit sorang-sorang, dia orang pun balik. gua terus sms kawan gua mintak jemput gua kat lobi hotel. apa gila gua nak menginap kat hotel lagi. siapa nak bayar bil karang. makan pun tak lepas, ini kan pula nak tidur hotel.

Lepas setengah jam, member gua sampai depan lobi. malas nak tunggu lama-lama terus gua balik rumah sewa. sampai-sampai je gua kat depan pintu rumah sewa, gua dapat satu panggilan dari mak gua.

"Muaiyid, kau ambik kunci spare pajero mak ke?". mak gua tanya ada nada bercampur marah.

"Hah?. jap2, nak cek dalam beg dulu kot2 ada". gua jawab sambil cemas-cemas cek beg gua.

"Ada2. terlupa nak pulangkan. nanti muaiyid bawak masa nak balik rumah ye". gua balas lemah

"Haih kau ni. asyik lupa je". jawab mak gua sambil mematikan talipon.


*****

1 bulan kemudian

Habis je final exam gua tak tunggu lama. gua pack gua punya barang, servis gua punya motor satu kali, kumpul budak-budak yang nak balik kampung arah selatan, terus cabut balik negeri sembilan. itu jam gua tak bagi tahu sorang pun ahli keluarga gua. cadangnya gua nak lepak rumah bujang kawan gua je. saja gua taknak balik rumah dulu. kang kalau balik kena jadi imam solat jemaah. abang gua bukan nak jadi imam. asyik-asyik gua je kena. mana tahan kalau hari-hari mengelatar lutut. tu belum kira kena servis kereta-kereta yang ada kat rumah lagi. gua paling boring kena tunggu lama-lama kat bengkel. kalau kereta sendiri takpala.

Dipendekkan cerita, gua selamat sampai ke rumah sewa kawan gua. enjoy sakan gua dengan kawan-kawan gua. waktu malam merempit sana sini. kemudian pergi karaoke kat kedai-kedai yang penuh dengan makwe-makwe. keluar petang balik subuh. subuh sampai petang pulak tidur terbungkang. ini kalau gua buat kat rumah gua ni boleh murah-murah je kepala gua makan pelempang. nasib baik gua bijak buat kat rumah sewa kawan gua je.

Selepas dua hari penginapan percuma di rumah sewa kawan gua, gua terima satu sms tak diundang dari kakak gua.

"Yid, nanti sebelum kau balik kau tolong belikan madu xxxxx kat KB MALL ye. aku dah cari kat sekitar seremban, tapi takda la. tolong ye". sms kakak gua mengharapkan ehsan.

Habis baca sms, gua auto jadi gelabah. berpinau kepala otak gua pikir macam mana gua nak buat sekarang. mana gua nak dapatkan madu tu. takkan gua nak kena patah balik kelantan semata-mata nak beli madu. itu kerja gila. otak gua ligat memikirkan cara nak auta kakak gua. puas jugak gua pikir, tapi tak dapat. melainkan dengan satu cara je. gua kena mengaku yang gua dah sampai seremban. itu jam kalau gua mengaku, masak lomak cili api gua kena dengan mak abah gua.

Gua tak pedulik, gua capai helmet dengan kunci motor terus pecut pergi dataran senawang. gua kena cuba cari jugak kot-kot madu tu ada kat area seremban yang akak gua terlepas pandang. habis gua pusing satu senawang malam tu. segala kedai ubat, farmasi, rumah urut, spa gua masuk. tapi satu kedai pun takda jual. yang ada jual pun jenis madu-madu dalam botol yang orang datang jual dari rumah ke rumah tu. jenis madu rasa gula je lebih. heran gua, jual madu pun nak menipu.

Tengah penat-penat turun naik kedai cari madu gila ni, gua dapat lagi satu sms.

"Yid, jangan lupa ye, balik nanti bawak kunci spare kereta pajero mak". sms mak gua meminta harapan.

Itu jam gua rasa dunia dah nak kiamat sebab kunci tu gua kasi tinggal kat rumah sewa gua kat kelantan.


bersambung..........


28 June 2009

Siri Cerita Bersiri # 2

Pelajar-pelajar semua senyap buat muka baik. gua buat-buat tak layan sambil menguap entah ke berapa puluh kali.

"Saya dapat laporan ada 2 orang pelajar telah melakukan kesalahan besar. nama yang saya panggil sila ke depan dewan dengan segera. paham!!". leman jerit kuat-kuat.

"Muaiyid sani bin abd rahim dan ............(gua tak ingat nama dia). sila ke atas dewan sekarang". leman cuba buat suara keras sebut nama gua.

Gua tersentak. aura mengantuk gua hilang sekelip mata. apa gila nama gua kena sebut pegi depan. apa kena mengena budak tu dengan gua. budak tu pun gua tak kenal. hati gua jadi gelabah. dengan hati yang berat pelan-pelan gua bangun. satu dewan dah mula pandang gua. budak yang lagi sorang tu pun dah mula jalan menuju depan dewan. gua follow slow-slow dari belakang.

Sampai depan dewan gua rasa macam nak pitam. berapa ratus pasang mata pandang gua masa tu. macam orang bodoh pulak gua rasa. gua cuba ingat kot-kot gua ada buat salah. damn!!, takde langsung!!. gua tambah musykil. apa yang sebenarnya leman ni nak buktikan pun gua tak tahu. gua syak dia salah orang je.

"Weh, aku kenal kau ke?. apahal aku ngan kau boleh kene panggil kat depan ni?". gua cuba jadi ramah.

"Kau panggil aku ganu. mane aku tau. aku rase aku tak wat salah pape pun". ganu jawab muka cuak-cuak.

"Kau hisap rokok tak?. mane tahu kot die orang ade nampak kau hisap rokok ke". tanya gua cube selidik.

"Takde, takde. aku tak pernah hisap bende alah tu". ganu tambah cuak jawab soalan gua.

Gua semakin musykil. puas gua cuba rewind apa yang gua dah buat sepanjang orientasi ni. makin gua ingat makin gua tambah tak steady berdiri kat depan. kalau pasal rokok tak munasabah. gua hisap dalam bilik je. tak pun kalau nak masuk tandas. kalau pasal barang amanah, elok je gua simpan telur ayam ni dalam poket gua. apa gampang yang fesi-fesi ni nak cuba buktikan?. tengah elok-elok jadi model kat depan dewan, sorang fesi datang kat gua dengan ganu.

"Baik korang mengaku kesalahan cepat. kang semua budak tido dalam dewan ni kang. pagi esok nak qiam lagi. aku dah penat ni korang tahu tak?". fesi tu cuba ugut gua dengan ganu.

"Mane ade wat pape. ape gila nak ngaku kesalahan yang tak buat". gua jawab kasi panas line. ganu angguk pelan-pelan tanda setuju.

"Oh melawan. korang tahu la nasib korang kejap lagi. ingat benda ni main-main ker?". jawab fesi tu sambil geleng-geleng kepala ke arah leman.

"Kamu berdua taknak ngaku ye. baik. sekarang pelajar-pelajar lain akan tanggung kesalahan yang kamu berdua telah buat". leman mula bersuara kembali.

Budak dalam dewan mula merungut tak memasal. masing-masing bisik-bisik nak salahkan gua dengan ganu sebab tak ngaku bila buat salah. gua macam biasa rasa seronok bila gua buat salah ada orang lain tanggungkan.

"Semua pelajar berdiri. saya akan denda kamu semua sebab kawan kamu yang dua orang ni taknak mengaku kesalahan dia orang". leman start bagi arahan.

"Alaaaaaaaaaaaaaaaaaa". satu dewan merungut.

"Memandangkan jam dah menunjukkan pukul 12. maka tarikh bertukar ke 28 hari bulan jun. mereka berdua mempunyai hari lahir yang sama. jadi mari kita nyanyikan lagu selamat kepada mereka berdua". leman dan fesi-fesi lain tersenyum kat gua dan ganu.

*****

nota: selamat hari jadi buat ganu dan juga al-fatihah buat arwah kawan gua yang mempunyai tarikh lahir yang sama dengan gua.

27 June 2009

Siri Cerita Bersiri # 1

Memang dah menjadi kebiasaan dan kezaliman, asal bulan jun dengan bulan julai je kolej-kolej ataupun seluruh universiti tanah air akan mengambil pelajar-pelajar baru. tak kira la budak lepasan SPM ke, STPM ke atau sijil-sijil yang berkaitan dengannya. memang bulan jun dan julai musim budak-budak masuk U. musim mak ayah gadai tanah atau bendang nak bagi anak-anak dia orang pergi pelajar. musim kita dengar keluhan-keluhan budak-budak miskin tak dapat masuk U pun ada. bodoh gomen ni. zakat pegi simpan buat lawan sesama negeri siapa kutipan zakat paling tinggi.

Gua juga mula rasa bimbang bila bulan jun ni tiba. perasaan ini gua rasa semenjak 4 5 tahun kebelakangan ini. gua memang tak paham kenapa gua rasa takut, gelabah dan macam ada orang perhatikan gua sepanjang masa. debaran yang gua rasai tu semakin klimaks bila hampir tiba bulan julai. gua cuba selidik dan membuat research kenapa gua menjadi begitu. setelah lama mengkaji baru gua dapat tahu apakah punca sebenarnya.

Peristiwa tu berlaku ketika gua baru masuk belajar di sebuah IPTS. biasala kalau baru masuk tu mesti nak buat orentasi. benda yang paling gua menyampah sekali. gua tak nampak kebaikan melainkan nak membuli orang je kerja bebudak fesilitator ni. pakai name tag besar-besar, bawak barang-barang amanah macam telur atau biskut yang dah dicop dengan cop rasmi kolej. kalau pecah barang amanah ni lu orang paham sendiri apa yang bakal lu orang kena dengan fesi-fesi skema ni. tak dia orang dajal bawak baldi 24 jam, disuruhnya nyanyi kuat-kuat kat dataran kolej tengah malam lagu negaraku. abah dia ajar. boleh malu dengan orang kampung kalau dapat tahu.

Satu malam tu ada satu program kat dalam dewan. tak silap gua malam tu malam yang ke 3 gua kena orentasi dengan senior-senior yang skema ni. masa tu jam dah pun menunjukkan pukul 11.50. ketua fesi gua yang bernama leman ni tak habis-habis marah dengan bebudak baru akibat kurangnya disiplin. semua kesalahan dari hari pertama sampai ke malam tu diungkitnya. entah apa-apa ntah. orang dah besar pun nak kongkong-kongkong lagi. nasihat sikit-sikit dah la. bukan budak-budak pun nak ajar marah-marah. gua punya mata masa tu jangan cakap la. dia punya mengantuk macam beribu setan dah tenggek kat kelopak mata gua ni. si leman ni pun satu. macam takda perasaan tengok gua dengan bebudak lain dah terbabas-babas tidur. dia boleh buat selamba badak je membebel kat atas pentas sorang-sorang.

Malam tu seingat gua memang lain dia punya tune. malam-malam yang sebelum ni tak pernah pulak habis lewat. paling lewat pun pukul 11. kang habis lewat nak tidur pukul berapa. dah la hari-hari ada qiamullail. segala sembahyang sunat fesi-fesi ni buat. sembahyang sunat tasbih pun ada. mengantuk tambah letih jawapannya boleh tumbang time rukuk solat sunat tasbih tu. tapi yang palatnya fesi-fesi yang turun berapa kerat je. itu pun yang ditugaskan menjadi imam. yang lain gua syak tengah terbungkang kat dalam bilik membuta. sembang disiplin pung pang pung pang. tapi diri sendiri tak mahu cermin. bikin buat gua nak ong bak je sorang-sorang.

Gua dah mula mencarut-carut dalam hati. rasa nak terajang leman ni pun ada. mata gua dah bersepah-sepah tahan ngantuk masa tu. dah la duk dalam dewan ada air cond. lagi la syok kalau dapat tidur. apa yang leman cakap pun gua dah tak berapa nak clear masuk dalam kepala. fesi-fesi yang lain pulak tunjuk muka bengis kat depan dewan. bajet siswi-siswi baru nak pandang muka. jenis fesyen bodoh nak ngorat makwe. takda maknanya. tiba-tiba brader leman bersuara.

"Kamu semua tahu tak kenapa saya marah betul hari ni?". suara leman memecahkan keheningan dewan sambil kerut-kerut dahi buat muka ganas.


bersambung..................

21 June 2009

Batu Kikir Jambatan Bosi


Esok pagi akan berlangsungnyo hari keluargo bagi anak-anak nogori sembilan. ini satu mosir tau. mano-mano kek no IC eh ado tulih 05 kono datang. tak kiro la yang duduk kek colah-colah padang pasir pun. sapo tak datang zakat dio kono potong. ni den yang kobar. bukan MAINS. sajo nak takut-takutkan bebudak yang nak boikot.

Den dah tak sabor-sabor nak tunggu esok sobonar eh. sobab eh den dongar makan kono tanggung. pengangkutan pun dio orang bagi. nasib takdo duit poket yo. lopeh tu pulak banyak aktiviti-aktiviti yang menarik. ado lawan futsal, takraw(yang ni den tak roti main), debat, who wants to be a dai'e dan macam-macam laie. kalau buleh den nak masuk semuo. kalah takpo, janji den cubo. sapo marah den paranawei.

Andai katolah den monang banyak pertandingan yang den masuk, ini bermakno den memang terer. tak dinafikan laie. tapi kalau den banyak kalah, memang ekau semuo tak doakan den. jadi pakat-pakatlah doakan den yo. bukan kono bayar pun. kalau den sompek atau tersingkir mano-mano pertandingan di peringkat awal, den update la blog ni. kalau tak, paham-paham sendiri.


*******

nota: amacam speking german gua. ada siapa nak celen?

19 June 2009

Rabun Dekat

Gua start bekerjaya sejurus tamat peperiksaan SPM. kerja ni kalau nak mintak tak payah pakai sijil apa-apa. resume apatah lagi. jenis orang tak sekolah pun boleh apply. gua kerja pun untuk menampung keperluan rokok, minyak motor dan top up handpon gua. tambah pulak gua jenis kutu lepak malam-malam. memang duit jadi amat penting masa tu. nak mintak mak gua duit bukan selalu dapat. kat abah gua pulak, gua tak berapa nak berani. jadi usaha kena la ada. baru nama anak laki.

Kerja pertama yang gua maksudkan ialah sebagai pencuci kereta di sebuah carwash. ini carwash milik abang saudara gua. memang mencabar dan perlu ada jati diri. sebabnya nak buat palat kat bos kang abang sedara. nak malas-malas kerja pulak di report kat mak abah gua nanti. kalau ponteng senang pulak nak detect. bila matikan handpon pun boleh call rumah je. kesimpulannya memang susah kalau kerja bawah sedara ni.

Nak dijadikan cerita. peristiwa tu berlaku pada hari ahad. memang hari ahad hari yang paling cilakak sekali. kereta datang bertimbun-timbun. paling kurang pun 30 bijik. peh... memang kejang-kejang tangan dibuatnya. tu belum campur lagi yang nak wax dengan polish. kereta kot sama jenis takpe la. ini ade saiz kecik besar tinggi rendah. kena datang sekali 10 pajero. tak mati lu orang panjat nak basuh bumbung pajero tu. tu belum dikira kereta-kereta yang baru keluar hutan. pandai-pandaila lu orang hitung tahap kepenatan gua macam mana.

Hari tu lepas je makan dan solat tengah hari gua kasi rehat kejap. gua bukan mengular. gua jenis rajin beb. ini disebabkan takda kereta yang masuk. gua kena kumpul balik tenaga sambil menghadam dan mencernakan makanan dalam perut gua. disebabkan letih yang teramat sangat, rehat kejap gua pun boleh jadi tidur.

"Oi, tidur plak. tu ade keta masuk. pegi cuci". bos gua jerit kasi roh gua auto masuk dalam badan.

"Ha ha.. ok2". terkulat-kulat gua bangun dan dengan akur menerima arahan.

Bila gua tengok, ada sebijik kereta kat tempat cuci. kereta jenis datsun warna putih. body pulak dah berkarat. gua mula menyumpah. benci betul gua dengan kereta macam ni datang nak cuci. tak payah cuci la kereta cam ni. vacume sudah. sambil ngomel-ngomel gua bangkit lipat seluar sampai lutut. kemudian nyala rokok sebatang bagi segar. gua jalan slow-slow ke tempat cuci sebab mamai gua tak hilang lagi.

"Dik, cuci luar dalam ek. tayar kasi wax. body tu sental kuat sikit. maklumla keta lama". brader tu sengeh-sengeh bagi arahan.

"Ok2. abg pi duk sane. kang basah pulak". gua pulak bagi arahan.

Gua angkat getah paip, kasi bukak volume paling kuat sekali terus on water jet. kereta lama macam ni kena tembak kuat sikit. baru karat-karat hilang kata gua dalam hati. dari depan kereta bawak ke tepi sampai ke belakang gua tembak. memang syok betul main dengan water jet ni. pernah jugak gua guna menatang ni tembak dinding rumah gua masa abah gua suruh cat rumah dulu. tak payah susah-susah kikis secara manual. jimat masa dan fleksible.

Tiba-tiba gua rasa tak sedap hati. tangan gua mula mengeletar. gua mula panik. rasa macam nak lari luar negara pun ada. tuan punya kereta dah mula bangun tengok gua dari jauh. abang sedara merangkap bos gua pulak dah cekak pinggang. pelan-pelan gua tutup water jet garu-garu kepala.

*****


nota: dah tahu kereta takda cermin buat apa hantar carwash. cuci sendirila kat rumah. sekarang siapa susah. betul-betul luar dalam gua cuci.

15 June 2009

"nak 20sen bah beli coki coki"

Memory 1

Masa tu gua umur 5 tahun. petang tu gua tengah cabut rumput dekat halaman rumah dengan abah gua. tengah layan baik punya cabut rumput abah gua tanya soalan cepu emas.

"Dah besar nanti cita-cita nak jadi apa?". tanya abah gua rileks.

"Takda cita-cita. tak tahu nak jadi apa". jawab gua lagi rileks.

"Takkan takda cita-cita. cita-cita nak beli basikal pun takda ke?". abah gua sindir tikam jantung dan paru-paru.

Gua diam tunduk cucuk rumput. dalam hati gua simpan niat nak jadi orang hafaz Quran.

Memory 2

Biasa malam jumaat gua sekeluarga berkumpul baca yasin bersama. ayah gua ketua yang lain follow belakang. gua macam biasa bajet pandai baca kuat-kuat. habis semua tajwid, huruf, panjang pendek berterabur. gua pedulik apa masa tu. umur baru 6 tahun tak silap. baca jelah mana gua tahu. tiba-tiba abah gua jerit.

"Dah dah berenti. kau ni kenapa ha?. baca bersepah-sepah. makin teruk pulak aku dengar. apa yang mak kau ajar kau tak ambik pedulik ke?".

Gua kaget. cuba buat tak paham main kuis-kuis buku yasin yang gua pegang. abah gua sambung baca balik. kali ni gua buat tak pandai baca. diam je main dengan kapet. habis doa abah gua bangun terus masuk bilik. gua lempar buku yasin tu kat lantai pegi bucu ruang tamu. puas jugak mak gua pujuk malam tu. tapi gua ada cakap kat mak gua sesuatu. sampai sekarang gua ingat.

"Tengok la nanti bila orang dah pandai. masa tu baru tahu. orang akan buktikan".

Memory 3

Gua baru dapat result PMR. tak silap gua masa tu bulan puasa. memang teruk gila result bahasa arab gua. gua ingat gua dapat pangkat C masa tu. dari time gua tunjuk result tu tengah hari kat abah gua, sampaila waktu berbuka. abah gua tak pandang langsung kat gua. tegur pun tak. senyap je. tiba time berbuka abah gua mula bersuara.

"Apa kene ngan kau ni?. kau belajar ke tak?. apasal malukan mak ngan abah?. belajar arab dari kecik. ini je ke yang kau dapat?". abah gua start marah.

"Kau dah taknak ngaji agama dah ke?. ko nak masuk mane lepas ni?. abah malas dah nak tolong. pandai kau la". sekali lagi abah gua bagi.

Satu keluarga pandang gua. mak gua pun tak ketinggalan top up sikit-sikit. marah betul dia orang malam tu. santapan berbuka gua pun dah rasa tak sedap. depan rezeki gua kena marah. tak best langsung. gua angkat pinggan pegi dapur. pastu masuk bilik ambil kopiah terus keluar buat pegi masjid nak solat terawih.

*****

Itu sebahagian memori gua dengan abah gua. sekarang satu-satu gua dah buktikan kat abah gua. cuma memori yang pertama tu belum ada rezeki lagi. tengok la 2 3 tahun lagi insya Allah. lain2 memori gua continue tahun depan. ini sempena hari bapa je. walau apapun berlaku, abah gua tetap king dalam hati gua. sebab marah, sindir, pukul dia tula yang buat gua jadi manusia


nota: kepada antusabun. jangan pepandai tunjuk entry ni kat abah. gua racun turbo lu nanti.

13 June 2009

Panas

Musim panas dah menjelma. kulit gua yang elok-elok putih dah bertukar menjadi gelap. dah tak macho langsung. nak keluar tengah hari buta jalan-jalan memang orang kata gila. kalau boleh waktu nak pegi kelas gua nak berlari-lari anak biar cepat sampai. sebab kelas gua ada ekon. gua ingat lepas ni nak mintak zakat kat MAINS la. nak pasang ekon kat rumah pulak.

Bila dah panas makhluk-makhluk yang tak pernah muncul musim sejuk start tunjuk muka. tikus, lalat, lipas semua wujud. macam cilaka. paling king makhluk bernama lalat ni. dia punya ramai sampai boleh buat muktamar kat rumah gua. bersih macam manala rumah tetap ada. gua tak kisah kalau nak berhibur di rumah gua sangat. tapi yang pegi berkelah kat kelopak mata gua sapa suruh?. gelila bodoh!!.

Sekarang gua dah dapat cara macam mana nak slow downkan lalat kat rumah ni. gua baru dapat ilham tadi. apa nak jadi, jadilah. gua nak pelihara katak pisang kat rumah gua. bernas tak idea gua?


*****


nota: gua belum jumpa lagi katak kat mesir ni. gua ingat dah pupusla sebab banyak sangat melantak lalat. pupus akibat banyak makan.

12 June 2009

Standby La Dari Sekarang

Rock-rock jugak, sesekali gua layan nasyid nak tenangkan fikiran yang kusut. ingat mati kan orang yang bijak. jadi layan lagu yang gua terbangkan khas dari egypt. jangan panik, lirik dalam bahasa melayu.





*****

nota: takde lagi gua dengar budak mesir cakap kumpulan ni tak sedap. orang mesir pun suka. lu orang pernah dengar tak?.


11 June 2009

Kalaulah Guna Hukum Hudud

Tarikh : gua tak ingat. tahun 2007
Waktu : 5 ke 6 petang
Lokasi : ruang tamu rumah sewa gua

Petang tu memang damai. gua dan akim asyik bersembang melepaskan penat setelah pulang dari kuliah. sesambil itu kami mengunyah pisang goreng yang baru dibeli dan dicicah dengan air coca cola. siapa punya idea pun gua tak tahu. tak sedap langsung. dasar pemalas nak buat air, inilah jadinya. sah-sah menyalahi adat. sambil mengunyah, mulut pun jalan mengumpat sana sini. habis orang kami umpat. entah bila gua jadi mak andam pun gua tak tahu. kawan dengan hakim macam-macam boleh jadi. memang dasar anak pengetua, pandai pengaruhi fikiran orang betul.

Sekadar makluman, rumah sewa gua jenis apartment. keliling ada pagar. kalau nak masuk mesti kena soal siasat dengan jaga dulu. siap pakai stiker kenderaan lagi. keselamatan gua auto terjamin. rumah pulak kat tingkat 7. serangan makhluk-makhluk halus seperti lalat nak datang ziarah pun terpaksa pikir 2 3 kali. boleh pitam dibuatnya encik lalat tu sebab gayat. kena hari cuti lagi happening. dapat bersidai depan koridor tengok orang mandi laut. masing-masing pulak sanggup beli teropong dari saiz kecik sampai ke besar. siap warna-warni lagi cermin depan teropong tu. dah macam askar kombat pun ada. huh, naik juling jugakla usya orang mandi.

Sambung cerita balik. topik mengumpat gua dan akim pun dah sampai tahap menghina orang. memang rancak sampai tumpah-tumpah air tersepak cawan. sedak goreng pisang pun dah naik terabur. tengah baik punya sembang tak semena-mena pintu rumah gua dibuka separuh. sesi mengumpat terbantut buat seketika. kemudian kami sambung kembali topik perbincangan yang terputus. masing-masing sangka baik kawan serumah baru balik. tiba-tiba.

Pang..!! keletang..!! keletung..!! keleting..!! gedebuk..!! tap..!! tap..!! tap..!! tap..!!

Gua berpandangan sesama hakim. gua bangun terus berlari ke pintu. akim menyusul dari belakang. pergerakannya agak lambat kerana faktor permakanan yang berlebihan. gua buka pintu untuk melihat apa yang berlaku. gua tengok botol air loncan depan rumah gua berterabur. kelibat seorang manusia berkaki ayam berseluar pendek tidak berbaju sedang berlari kearah tangga.

"Woi, jangan lari..!!". gua jerit spontan. dengan tak pakai baju, pakai kain pelekat berkaki ayam gua kejar pencuri tu.

Akim tak dapat follow kerana beberapa masalah tertentu..!!



*************************************************************************************



nota: siang-siangpun nak pecah masuk rumah orang. siap guna pintu depan lagi. kalau gua dapat pencuri tu, memang gua benam kepala dia dalam mangkuk tandas.