27 August 2009

Kegagalan Gua Update Selalu Dibulan Ramadhan

nak baca kasi tutup hp tu. gua tengah solat ni

4 hari lepas hari pertama gua kerja dangan bos gua. gua kena sediakan juadah berbuka kat budak budak rumah negeri . ada la dalam ratus ratus orang gua nak kena bagi makan. potong bawang pun boleh nangis nangis walaupun pakai specs. macam cilaka pedih.

Esoknya pulak gua buat buat kental taknak update. saja gua sibukkan diri dengan membaca Al-Quran. sikit lagi gua dah nak khatam. target gua sekarang 4 kali khatam bulan ramadhan ni. jadi ini alasan kukuh gua tak dapat update selalu.

2 hari lepas tengah baru nak klik mozilla firefox, gua dengar suara suara yang boleh dipercayai kata malam ni lailatul qadar dari kawan kawan serumah. dengan keadaan cemas cemas seronok gua bangun bentang sejadah terus semayang berbilang bilang rakaat. habis dekat 10 rakaat gua baca setengah juzu'. kemudian sambung balik solat. peh, hati gua tak pernah tenang macam ni.

Semalam pulak, baru je gua nak daftar masuk blogger dot com abang gua antar mesej suruh tahajjud. gua off komputer ambik wudu' semayang banyak rakaat. terima kasih kat abang gua sebab mengingatkan.

Hari ni gua gagahkan diri juga nak update. ini pun gua taip secara turbo. kejap lagi dah nak subuh dah. jadi tiada panggilan sepenting seruan Ilahi.

*****

nota: apa lebihnya amalan pada ramadhan kali ini dengan yang lepas?. renungkan sejenak.

6 comments:

apei said...

lu tak update pasal baca Quran gua tak kisah. Tapi kalau lu tak update pasal sibuk baca novel cinta memang gua sebat bontot lu!

relevan said...

Kwn pun sama pendapat mcm apei..

Antusabun said...

Kawan pun sama.. Tapi murtabak tanah air lagi best. Apa la sangat to'miyah ngan shawarma sos tomato tu kan? Kan? Kan?

zetty said...

mari laa kite same2 mmbaca al-quran di bulan rmadhan nie...
org insyaallah...khatam laa...wlupun skali mase bln rmadhan nie....huhuhu

mazru(9m2mzr) said...

diam-diam dah laa..x yah citer kat semua org..huhuuhuh

gua dah tepek..

cek it out.

FdausAmad said...

kahkahkah..kahkahkah

Tandukk..kahkahkah..

Cantek gilaa..kahkahkah..

Alumina blurr..kahkahkah

Kena backstab dengan Di*abi kahkahakha....

Tuhan menyebelahi penyokong yang benar...