10 September 2009

Kekurangan

Gua masuk rumah separa banglo gua. gua tengok sekeliling ruang tamu. gua perhati betul betul. sofa ada dua jenis siap dengan meja tengah tengah ruang tamu ala ala jepun lagi. boleh la muat sekali 20 orang kalau nak datang raya ni. tibi pun tak kurang besar macam tibi bravia cuma 14 inci je saiznya. ada jugak gua dengar mega construction sebelum ni nak pakai 29 inci. tapi tak jadi sebab takda astro. macam gampang alasan.

Kemudian gua pandang arah tingkap. gua tengok pakai sejadah je ketip dengan penyepit baju buat jadi langsir. kira ekselen juga idea ni. jimat kos untuk belanja hari raya kata kawan serumah gua. "woi langsir dulu mana woi?. buat lap kaki ke?". jerit gua dalam hati.

Gua tengok bawah pulak. kapet taknak kalah pakai jenis baldu punya. tempat yang takda kapet disaluti dengan tikar jenama apa ntah gua lupa. tapi kawan gua cakap puluh puluh jugak harganya semeter. peh, taraf rumah exco kerajaan negeri ni. rumah gua kat mesia pun tak pasang tikar macam ni keliling rumah. silap hari bulan boleh kena potong pinjaman sebab hidup dengan kemewahan. haih.

Tapi gua tetap rasa ada kekurangan walaupun rumah gua boleh diketogorikan macam luar setinggan dalam banglo dah. sebab benda yang tampal tampal dan gantung gantung kat dinding takda satu pun sampai kat sini. tak seni langsung raya gua tahun ni.

Imarah 10, Blok 115
Jamaluddin Al-Syayyal street
7th District, Nasr City
Cairo, Egypt.

*****

nota: dah dekat 10 tahun gua tak pernah dapat kad raya. semua hantar pakai sms je. kedekut!!.

8 comments:

relevan said...

salam ..lu raya kat perantauan tak ada rasa sedih ke?..kat sana ada org main bunga api tak?..

FdausAmad said...

gua pun 10 tahun jugak..
gua marah dengan henpon.

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

kali ini orang ucap pakai blog je.lagi kedekut kan?

selamat ari raya~

langkasuke said...

relevan,
takde sedih2.. mana ade musim tu semua..

fdausamad,
boikot hp je kalau cmt.. amacam?..

naddy,
peh, tak tahan kedekut die..

{lumut} said...

sume org dah lupekan kad raya..
isk.
aku sempat hantar 6 keping kad raye je taon ni.
tanda aku masih bg kerja berat dekat posmen menjelang hari raya.haha

langkasuke said...

lumut,
lu tak nak hantar kat gua ke kat raya?..

zetty said...

siap bg alamat...
mgharap dpt kad raya ke???
aa...mengharap kat sape tue???...
hahaha...

antusabun said...

kad raya dari mesir takder ke buat family di tanah air?