30 July 2009

Gua Memang Budak Kampung

Tahun:2006
Lokasi: dalam KLCC
Waktu: dekat dekat nak maghrib

"Lat, aku sakit perut ni. kau tahu mana tandas kat sini tak?". gua tanya lalat selaku kawan gua.

"Mana aku tahu. ini kira first time sampai ni. tanya signboard jelah". lalat jawab sambil garu garu tangan.

"Ha jom jom. dah memang tak boleh blah dah ni".

Masa tu jangan cakap perut gua berkata kata. dia punya mintak nak keluar tahap kalau orang buat lawak pun boleh makan pelempang. gua pusing satu tingkat kat KLCC tu berpandukan signboard mencari hala tuju yang dikehendaki. lama jugak gua dengan lalat cari. dekat 5 minit baru gua jumpa.

Sampai depan tandas gua tak tunggu lama. gua pecut masuk mana tandas pintu yang terbukak. kalau gua pilih pintu yang tertutup boleh jadi isu nanti. apa gila satu kali tu gua main tolak tolak pintu tandas ada mamat tengah baik melepas tak kunci pintu. ngeri gila babak tu kalau gua nak ingatkan balik.

Baru je gua nak melepaskan segala kehendak perut gua dalam tandas, gua rasa tak sedap hati. gua pandang sekeliling gua. gua perhatikan ada sesuatu yang kurang dalam toilet tu. cilakak!!, mana paip air?. yang ada masa tu tisu putih je. gua mula cemas. nasib baik tak lepas dulu. kalau tak sampai esok gua duduk dalam tandas ni. gua auto jerit nama lalat.

"Woi lat, tandas ni takda paip air la. macam mana ni weh?". jerit gua sambil cari punca air.

"Hah!!. kau biar betul. KLCC ni beb". jawab lalat menghina.

Gua ikat tali pinggang balik terus keluar. mulut gua mula sumpah seranah. gua test tengok kat tandas lain. pun sama jugak. apa gila buat tandas takda paip air. teknologi apakah ini?.

Gua ajak lalat cari tandas lain. gua syak mungkin tandas tingkat ni pakai teknologi jerman. mana tahu teknologi malaysia kat tingkat bawah. nak tak nak gua kena cari jugak tandas. gua dah la kat kolumpo. datang pun naik KTM. apa-apa jadi kat seluar gua boleh mengundang aib sepanjang perjalanan pulang nanti. gua taknak malukan sesiapa.

Sampai kat tingkat bawah gua tengok keadaan tandasnya sama. takda yang lain. teknologi yang diserapkanpun lebih kurang. gua jadi buntu. gua keluar balik pegi cari pak guard. hanya pak guard je harapan gua sekarang. lalat pun tak boleh harap. tak kolumpo lansung.

Jumpa pak guard gua suruh lalat terangkan situasi yang sebenar. lalat mintak dia tunjukkan jalan yang sebenar bagi memenuhi tuntutan perut gua. masa tu gua dah cengkam bahu lalat dah tahan sakit perut. memang dah tak boleh cakap dah masa tu. ini kalau gua cangkung ni silap hari bulan terus barai je ni.

Lepas lama berbincang, pak guard mintak gua dan lalat tunjukkan mana tandas yang tiada air. sampai kat depan tandas pak guard tu senyum kat gua. gua rasa macam nak sepak je muka dia.

"Dik, tandas ni mana ada paip air. kat sini punca air dia kat mangkuk tandas tu. adik nampak lubang kecik kat mangkuk tu?. ha, kat situla keluar air. suis die kat tepi tu. kalau pakai paip, nanti permukaan lantai basah. orang tak suka masuk tandas lantai basah basah". terang pak guard tu panjang lebar.

*****

nota: kalau gua pegi KLCC lagi lepas ni gua taknak lepak lama lama. kena sakit perut lagi macam mana?. tak fit langsung qadha' hajat kat situ.

13 comments:

antusabun said...

Skang lu tengok jamban mesir teknologi mana? Advance tak?

apei said...

jamban mesir kalau masuk kena bayar 20sen tak?

abOo said...

oo..sebab taknak bagi basah rupanya pakai kepala paip camtu..lama jugak duk fikir pasal benda ni

latz said...

bongok tul la..
memalukan je g tandas klcc xjpe paip

amarwonbin said...

wa pun klu g klcc x kan berak kat toilet die..jiwa masih kampung beb..x bleyh berak klu xde paip..haha..klu nak buang pun g ar masjid die..hehe

relevan said...

he he he..bulan lepas kwn g klcc..tandas kt mesejid sedang di renowit..

makteh said...

eh btol ar pe ko kate..
aritu aku g tandas yg serupa neraka camtu gk..
saje2 masuk igt nk mmbazir air je so masuk2 tak tutup pintu terus tekan satu button yg nmpk mnarik kt ctu
skali tpancut kne minah yg tgh jalan n bernawaitu nk melepas..
larikk aku takot kne keringkan baju die..klcc tmpt cantik..tp nk melepas rasa cm kt jamaica doe..

langkasuke said...

antusbun,
peh, advance gile beb..

apei,
tandas mesir tepi jalan.. mane bayar pape..

aboo,
gua pun baru tahu mase tu..

latz,
gampang.. lu pun sama tak tahu jgk..

amarwonbin,
lu ngn gua jiwa sama beb..

relevan,
lepas ni tandas masjid pun jd cam tandas klcc..

makteh,
jamaica tandas mcm maner weh??..

naDDy said...

ish ish ish.tragedi perut dan usus yang sukar di kawal.ok gak tu, jumpa tandas tapi takde air.leh gak beli air mineral ke buat backup.kalau takde tandas langsung, cemane nak melepas?

FdausAmad said...

Lu kena adjust stended kasi liberal sikit..

xoxoc said...

ko mcm x penah lak gne tisu...haha

kataku said...

tandas KLCC mmg hampeh..
da 3 thn xjejak KLCC, xberubah2 lg yer..huhu

mazru(9m2mzr) said...

poyo...