27 July 2009

Kerja Gila # 3

Gua dan along memulakan perjalanan dengan hati yang riang. takda nak risau atau takut. rasa macam nak pegi vocation pun ada. kena pulak motor along baru keluar kedai. kompom-kompom lepas roadblock. tak payah nak susah-susah pusing bila nampak polis. tapi gua ada jugak suspen sebab motor along ni bukan beli new. jenis angkat second hand je mamat ni. gua tinjau spoket motor die tadi macam dah tajam semacam je. ini kalau naik bukit berdua sah-sah gua kena turun dari motor. kalau tak, memang tercabut rantaila jawabnya.

Untuk memudahkan perjalanan, gua memutuskan untuk mengikut jalan gua musang. kalau ikut jalan terengganu atau grik, silap-silap petang esok pun belum sampai. gua dah set masa ngam-ngam. sebelum pukul 12 tengah hari esok gua dah terpacak kat umah sewa gua. boleh tidor barang sejam dua. sebelum masuk highway seremban-kuala lumpur, gua isi minyak kasi penuh dulu. bancuh 2t cantik-cantik kemudian gua angkat 2 botol kosong dekat tong sampah kitar semula di stesyen minyak. dalam hati gua minyak spare wajib ada. kang tetiba minyak motor kering tengah-tengah hutan lipis siapa nak menjawab?.

Lepas semua dah selesai, along bersuara,

"Apa lagi, bacala doa. kalau kau nak pi solat kat surau tu pun boleh. aku tunggu kat sini". kata along sengih-sengih sambil tarik asap rokok.

"Ceh, orang kalau nak jalan jauh kat rumah tadi dah doa siap-siap dah. ni kau dah suku jalan baru nak buat. ah, jom gerak. dah nak pukul 12 dah ni. kang tengah hari pulak sampai KB". gua balas sambil letak botol minyak kat bakul motor.

"Aaa, ok2".

Perjalanan awal gua bagi along bawak motor dulu. kalau gua bagi dia bawak tengah-tengah hutan karang, silap-silap ke gaung diamnya. gua tahu sangat kelemahan along bawak motor. pekse QTI masa ambil lesen dulu pun rasuah. memang tak boleh harap langsung. inilah sebabnya banyak eksiden kat malaysia. ambik lesen pun nak rasuah. SPRM bila nak siasat?.

Atas motor gua nyanyi lagu-lagu yang membina semangat. lagu rock kapak 80an menjadi pilihan gua masa tu. ada jugak gua selit lagu-lagu nasyid. harap-harap perjalanan gua ada berkat. kadang-kadang lepas setengah jam gua mintak along berhenti sebab nak cucuh rokok. along pulak jangan harap nak nyanyi. jenis ambik hujung-hujung je lirik lagu yang gua nyanyi. menyirap betul gua masa tu. tak reti nyanyi diam-diam jelah. ini boleh menimbulkan kemarahan pendokong industri muzik macam gua. nasib baik gua tak baca Quran je atas motor. kena dia buat perangai yahudi mabuk ambik hujung-hujung ayat jugak, memang gua sepak dari belakang.

Masuk je highway karak, gua stop nyanyi. suara gua masa tu dah serak-serak dah. gila nyanyi dari seremban sampai hujung selangor. amy search pun boleh angkat bendera putih. jalan masa tu pun dah gelap. mana ada lampu jalan kat highway karak. lampu motor along pulak macam segan-segan je nak suluh jalan. tiba-tiba along bersuara,

"Woi, ada perhentian tak?. minyak dah susut ni. perut aku pun dah lapar. boleh kau belanja makan kejap lagi". along cakap jerit-jerit sambil pegang visor takut tercabut.

"Macam cilake. ada-ada. kau berhenti kat hentian sepah. dah tak jauh dah. nanti aku belanja roti gardenia 5 posen. amacam?". balas gua.

"Babi kedekut". along carut sambil tutup visor helmet.

****
Sampai hentian sepah, along isi minyak dan gua menuju ke kedai mesra petronas. gua angkat rokok dunhill 14 sekotak dengan pall mall 20 satu. kenangkan along tengah lapar, gua angkat roti petak-petak yang harga dia 1.20 dengan air botol coke besar. nak belanja makan nasi duit tak berapa nak ada. gua takut sampai kelantan menginap terus kat sana je tak balik-balik. takkan nak mintak mak gua masuk duit. apa alasan gua nak bagi kat mak gua. gua harap along tahu bersyukur. sampai time nak bayar, mamat cashier tu tegur gua,

"Dari mana nak ke mana bang?. pagi-pagi lalu highway karak ni". tegur mamat berbaju belang hijau putih kepada gua.

"Dari seremban nak pegi kelantan". gua jawab sambil mata melilau kot-kot ada barang yang perlu dibeli.

"Kerja kat sana ke?. atau masih belajar?".

"Belajar lagi. ni nak sambung sem baru la ni". gua jawab konfiden.

"Ooo. bawak motor elok-elok. biar laju sekalipun asal selamat". nasihat mamat cashier tu kat gua sambil memulangkan duit baki.

Gua ambil duit baki sambil tersenyum. puas jugak gua nak tahan gelak masa tu. bodoh-bodoh je kena tipu. siapa suruh peramah sangat dengan gua. lain kali duk diam situ je. gua tak suka dedahkan identiti gua kepada masyarakat. nanti nyawa gua terancam. sampai kat luar kedai gua tengok along daring gua semacam.

"Wei kedekut, beli la kuih pau ke jagung rebus tu ke. ni roti je. tak berkhasiat langsung. roti mana kenyang".

"Banyak bunyi la kau ni. makan je lah. yang ada ni pun dah syukur. aku beli gula-gula je kang baru kau tahu". marah gua sambil menghulurkan rokok dunhill 14 kat along.

"Kalau camni, tak payah beli makanan pun takpe. ini pun dah cukup". along capai rokok sengeh-sengeh.

***
Perjalanan gua dah melepasi pekan bentong. dekat pekan bentong tadi ada jugak along mintak berhenti. katanya nak tengok bebudak tengah racing. boleh hilang mengantuk katanya. memang gua ketuk kepala dia sekali. jenis mudah lupa matlamat. pantang gua bila jumpa orang macam ni.

Antara bentong dan raub jalan sunyi gila. kereta pulak tak banyak. sekeliling gua kampung-kampung yang gua tak ingat namanya. gua selaku pembonceng dah cemas-cemas usya belakang kalau-kalau ada makhluk halus ikut menumpang. tak cukup tanah kejap lagi gua nak lari. time-time macam ni segala ayat hafalan gua dah lupa dah. otak ingat nak tido je. dia punya sakit pinggang jangan cakap la. kerusi urut ogawa je boleh membantu waktu macam ni. lepas ni gua nak usulkan kat parlimen motor keluaran mesia ada tempat sandar. macam motor harley davidson. amacam?.

Sedang gua leka layan perasaan sambil tersengguk-sengguk mengantuk, gua merasakan pemanduan along semakin rapuh. kejap-kejap masuk line orang. kejap-kejap hampir langgar tiang jalan. badan along masa tu tegak semacam je. takkan kena rasuk kot tengah-tengah hutan ni?. gua panik. gua cuba gerak-gerakkan badan dia. tapi keras takda maklum balas. hala tuju motor yang sedang gua bonceng pun semakin tidak keruan. karang kalau gua loncat dari motor ni silap-silap boleh patah kaki gua. tak buang masa gua jerit satu kali.

"Woi long, apahal kau bawak motor cam yahudi ni?". gua jerit tepi helmet along.

Tiba-tiba tangan along macam menggigil. arah motor masa tu jangan cakapla. macam ular gua tengok. lama jugak gua cemas-cemas kat belakang. gua harap jangan excident sudahla. tak pun ada hantu dah masuk dalam badan dia. mana nak cari tok dukun tengah hutan ni. belum sempat gua habis buat andaian macam-macam, along tekan break berhenti tengah jalan. nasib baik takda lori follow belakang. kalau tak boleh melayang nyawa gua.

Dekat tengah jalan along diam seribu bahasa. pelan-pelan gua ke belakang sikit. risau jugak kot ada hantu dah masuk. mahu diterkamnya gua nanti. tak sampai 5 saat along pusing pandang gua tanpa membuka visor gelap milik beliau.


bersambung................



15 comments:

antusabun said...

oit lahanat. pehal bersambung pulak ni... lagi satu aku nak tanya, vocation tu apa?

kataku said...

isk..ape ni :(
org tgu dekat seminggu neh..
dan dan lak sambung lagik..adehh

Miss Izah Mohamed said...

mak aih besambung lagi ke.. time suspen je besambung.. penat ah gini! hahaha

tp yg peliknye kn, beli rokok ade duit, tp nk beli nasi xckup duit.. xke songsang namenye tu.. hahaha

relevan said...

Doh besh2 baca..ralit dah alih2 sambung pulok ishkk..ko ni..

cark young said...

ala dh best2 + kusyuk dh bace tau...
nape tetibe plk bersambung...
bile nk sambung ni...

-gOrN- said...

ade episode???

btul2 climax cite ni...

ak nk tgk spe menang...along ke dak yg nk blnje along roti gardenia tu...
haha...(nth ad yg menang ke tidak)
hahaha!!

jgn lmbt2 episode tu..
tgh follow menggile ni...

haha

langkasuke said...

woi2.. sabar la.. tak sporting langsung..

an2blur said...

vacation la tu.
along. along.
haha.

nyampah ar bersambung lagi.

syura said...

ni cte merujuk zaman lampau ke? haha. bentong dh x pekan dh weyy

Anonymous said...

salam
vocation = vacation ke?

langkasuke said...

vacation titik!!!!!

latz said...

ak pon pening nk tggu cte ni
walaupon mse tu ak de
n tau situasi kowank ber2
hahahaha
tp biorler dowank sume tgu kesudahan citer ni

sambalgesekanaknogori said...

boleh wat novel nih...bersambung..heh...heh...

mazru(9m2mzr) said...

pembetulan=Hentian Sempah bukan sepah

bandar bentong bukan pekan bentong..

buat citer x bleh abis..hampeh betul la

Anonymous said...

Mane citernya...dari tahun 2009 sampai 2012 tak sambung2 citer ko.production tutup dh ke?suspen betui la...rugi masa aku hang tau dak.dh la aku tgk bc mlm2 ni...hmmm