27 June 2009

Siri Cerita Bersiri # 1

Memang dah menjadi kebiasaan dan kezaliman, asal bulan jun dengan bulan julai je kolej-kolej ataupun seluruh universiti tanah air akan mengambil pelajar-pelajar baru. tak kira la budak lepasan SPM ke, STPM ke atau sijil-sijil yang berkaitan dengannya. memang bulan jun dan julai musim budak-budak masuk U. musim mak ayah gadai tanah atau bendang nak bagi anak-anak dia orang pergi pelajar. musim kita dengar keluhan-keluhan budak-budak miskin tak dapat masuk U pun ada. bodoh gomen ni. zakat pegi simpan buat lawan sesama negeri siapa kutipan zakat paling tinggi.

Gua juga mula rasa bimbang bila bulan jun ni tiba. perasaan ini gua rasa semenjak 4 5 tahun kebelakangan ini. gua memang tak paham kenapa gua rasa takut, gelabah dan macam ada orang perhatikan gua sepanjang masa. debaran yang gua rasai tu semakin klimaks bila hampir tiba bulan julai. gua cuba selidik dan membuat research kenapa gua menjadi begitu. setelah lama mengkaji baru gua dapat tahu apakah punca sebenarnya.

Peristiwa tu berlaku ketika gua baru masuk belajar di sebuah IPTS. biasala kalau baru masuk tu mesti nak buat orentasi. benda yang paling gua menyampah sekali. gua tak nampak kebaikan melainkan nak membuli orang je kerja bebudak fesilitator ni. pakai name tag besar-besar, bawak barang-barang amanah macam telur atau biskut yang dah dicop dengan cop rasmi kolej. kalau pecah barang amanah ni lu orang paham sendiri apa yang bakal lu orang kena dengan fesi-fesi skema ni. tak dia orang dajal bawak baldi 24 jam, disuruhnya nyanyi kuat-kuat kat dataran kolej tengah malam lagu negaraku. abah dia ajar. boleh malu dengan orang kampung kalau dapat tahu.

Satu malam tu ada satu program kat dalam dewan. tak silap gua malam tu malam yang ke 3 gua kena orentasi dengan senior-senior yang skema ni. masa tu jam dah pun menunjukkan pukul 11.50. ketua fesi gua yang bernama leman ni tak habis-habis marah dengan bebudak baru akibat kurangnya disiplin. semua kesalahan dari hari pertama sampai ke malam tu diungkitnya. entah apa-apa ntah. orang dah besar pun nak kongkong-kongkong lagi. nasihat sikit-sikit dah la. bukan budak-budak pun nak ajar marah-marah. gua punya mata masa tu jangan cakap la. dia punya mengantuk macam beribu setan dah tenggek kat kelopak mata gua ni. si leman ni pun satu. macam takda perasaan tengok gua dengan bebudak lain dah terbabas-babas tidur. dia boleh buat selamba badak je membebel kat atas pentas sorang-sorang.

Malam tu seingat gua memang lain dia punya tune. malam-malam yang sebelum ni tak pernah pulak habis lewat. paling lewat pun pukul 11. kang habis lewat nak tidur pukul berapa. dah la hari-hari ada qiamullail. segala sembahyang sunat fesi-fesi ni buat. sembahyang sunat tasbih pun ada. mengantuk tambah letih jawapannya boleh tumbang time rukuk solat sunat tasbih tu. tapi yang palatnya fesi-fesi yang turun berapa kerat je. itu pun yang ditugaskan menjadi imam. yang lain gua syak tengah terbungkang kat dalam bilik membuta. sembang disiplin pung pang pung pang. tapi diri sendiri tak mahu cermin. bikin buat gua nak ong bak je sorang-sorang.

Gua dah mula mencarut-carut dalam hati. rasa nak terajang leman ni pun ada. mata gua dah bersepah-sepah tahan ngantuk masa tu. dah la duk dalam dewan ada air cond. lagi la syok kalau dapat tidur. apa yang leman cakap pun gua dah tak berapa nak clear masuk dalam kepala. fesi-fesi yang lain pulak tunjuk muka bengis kat depan dewan. bajet siswi-siswi baru nak pandang muka. jenis fesyen bodoh nak ngorat makwe. takda maknanya. tiba-tiba brader leman bersuara.

"Kamu semua tahu tak kenapa saya marah betul hari ni?". suara leman memecahkan keheningan dewan sambil kerut-kerut dahi buat muka ganas.


bersambung..................

No comments: