3 July 2009

Kerja Gila # 1

Satu malam, tengah gua lepak-lepak dengan kengkawan gua di rumah sewa, gua dapat satu sms dari mak gua.

"Salam yid, mak dalam perjalanan ke kelantan ni dengan abah. tengah hari esok insya Allah mak ngan abah sampai".

Gua jadi auto tersenyum baca sms. mana taknya, bukan senang mak abah gua nak datang kelantan melawat gua. ni kalau datang boleh jugak gua pow duit belanja lebih. tak pun bawak pegi pasar wakaf cik yeh borong jersey banyak-banyak. ada rezeki lebih sikit, gua racun pulak pergi rantau panjang shoping sakan. dah lama gua nak terjah masuk pegi siam nun. dengar cerita barang gila babi murah. murah rezeki gua bulan tu.

Seperti yang dijanjikan, tengah hari esoknya mak, abah, adik beradik, uwan dengan mak ngah gua sampai. peh, macam lawatan sambil belajar pulak datang ramai-ramai. habis gua bawak dia orang jalan pusing kelantan. dengan gua-gua sekali gua rasa macam first time sampai kelantan. padahal dah 2 tahun gua bermukim kat situ. itu gua tak pedulik. yang penting apa yang gua nak termakbul. segala jenis pasar kat area kelantan gua pergi. restoran best-best yang gua hanya dengar sebelum ni gua ajak mak ayah gua pergi lunch dengan dinner. memang solid gua rasa masa tu. waktu tengah malam pulak, diam-diam gua angkat kunci spare pajero mak gua pergi lepak kat kedai mamak dengan abang gua. sambil borak sambil hisap rokok pung pang pung pang. takda ayat gua nak terjemahkan perasaan gua masa tu. berlonjak-lonjak riang beb.

Cukup 3 hari family gua kat kelantan, tiba saat perpisahan. lepas salam-salam dengan pow duit sorang-sorang, dia orang pun balik. gua terus sms kawan gua mintak jemput gua kat lobi hotel. apa gila gua nak menginap kat hotel lagi. siapa nak bayar bil karang. makan pun tak lepas, ini kan pula nak tidur hotel.

Lepas setengah jam, member gua sampai depan lobi. malas nak tunggu lama-lama terus gua balik rumah sewa. sampai-sampai je gua kat depan pintu rumah sewa, gua dapat satu panggilan dari mak gua.

"Muaiyid, kau ambik kunci spare pajero mak ke?". mak gua tanya ada nada bercampur marah.

"Hah?. jap2, nak cek dalam beg dulu kot2 ada". gua jawab sambil cemas-cemas cek beg gua.

"Ada2. terlupa nak pulangkan. nanti muaiyid bawak masa nak balik rumah ye". gua balas lemah

"Haih kau ni. asyik lupa je". jawab mak gua sambil mematikan talipon.


*****

1 bulan kemudian

Habis je final exam gua tak tunggu lama. gua pack gua punya barang, servis gua punya motor satu kali, kumpul budak-budak yang nak balik kampung arah selatan, terus cabut balik negeri sembilan. itu jam gua tak bagi tahu sorang pun ahli keluarga gua. cadangnya gua nak lepak rumah bujang kawan gua je. saja gua taknak balik rumah dulu. kang kalau balik kena jadi imam solat jemaah. abang gua bukan nak jadi imam. asyik-asyik gua je kena. mana tahan kalau hari-hari mengelatar lutut. tu belum kira kena servis kereta-kereta yang ada kat rumah lagi. gua paling boring kena tunggu lama-lama kat bengkel. kalau kereta sendiri takpala.

Dipendekkan cerita, gua selamat sampai ke rumah sewa kawan gua. enjoy sakan gua dengan kawan-kawan gua. waktu malam merempit sana sini. kemudian pergi karaoke kat kedai-kedai yang penuh dengan makwe-makwe. keluar petang balik subuh. subuh sampai petang pulak tidur terbungkang. ini kalau gua buat kat rumah gua ni boleh murah-murah je kepala gua makan pelempang. nasib baik gua bijak buat kat rumah sewa kawan gua je.

Selepas dua hari penginapan percuma di rumah sewa kawan gua, gua terima satu sms tak diundang dari kakak gua.

"Yid, nanti sebelum kau balik kau tolong belikan madu xxxxx kat KB MALL ye. aku dah cari kat sekitar seremban, tapi takda la. tolong ye". sms kakak gua mengharapkan ehsan.

Habis baca sms, gua auto jadi gelabah. berpinau kepala otak gua pikir macam mana gua nak buat sekarang. mana gua nak dapatkan madu tu. takkan gua nak kena patah balik kelantan semata-mata nak beli madu. itu kerja gila. otak gua ligat memikirkan cara nak auta kakak gua. puas jugak gua pikir, tapi tak dapat. melainkan dengan satu cara je. gua kena mengaku yang gua dah sampai seremban. itu jam kalau gua mengaku, masak lomak cili api gua kena dengan mak abah gua.

Gua tak pedulik, gua capai helmet dengan kunci motor terus pecut pergi dataran senawang. gua kena cuba cari jugak kot-kot madu tu ada kat area seremban yang akak gua terlepas pandang. habis gua pusing satu senawang malam tu. segala kedai ubat, farmasi, rumah urut, spa gua masuk. tapi satu kedai pun takda jual. yang ada jual pun jenis madu-madu dalam botol yang orang datang jual dari rumah ke rumah tu. jenis madu rasa gula je lebih. heran gua, jual madu pun nak menipu.

Tengah penat-penat turun naik kedai cari madu gila ni, gua dapat lagi satu sms.

"Yid, jangan lupa ye, balik nanti bawak kunci spare kereta pajero mak". sms mak gua meminta harapan.

Itu jam gua rasa dunia dah nak kiamat sebab kunci tu gua kasi tinggal kat rumah sewa gua kat kelantan.


bersambung..........


10 comments:

ika gawus said...
This comment has been removed by the author.
ika gawus said...

byk mkn semut....

zetty said...

tue laa diam2 blik...x bg tau fmily...tue laa pdah yerr...hahaha

antusabun said...

haha... mengong

mazru said...

len kali jgn kuat menipu..banyak main..hahaha,gurau je..

langkasuke said...

ika gawus,
banyak lg yg halal gua nak makan..

zetty,
memory cerita semalam..

antusabun,
cilakak..

koi,
ampun pak...

sambalgesekanaknogori said...

wah..abih ler..masak lomak cili api lah jawab eh...kompom...heh..heh..

halimah_jongang said...

haha
salam..tumpang baca yer, nice entry
klaka klaka~

langkasuke said...

sambalgesekanaknogori,
belum tahu lg beb..

halimah_jongang,
time kasih..

redSeptember said...

apa malapetakanya menimpa hang neh....